Wednesday 25 May 2022

SEKADAR GURAUAN SAHAJA NAA...



gambar ni sekadar hiasan sahaja..gurauan sahaja..sebenarnya kami sebagai seorang juru x-ray akan buat x-ray yang telah di order oleh doktor dari jabatan kecemasan,cumanya kami akan bertanya balik dan call semula doktor yang order x-ray yg minta x-ray yg bukan-bukan yang tidak melibatkan tempat yang sakit.hat tu yang kami argue kenapa perlu buat x-ray pada tempat anggota badan yang langsung tak rasa sakit.

sebagai seorang pegawai perubatan@ doktor perlu faham dan prihatin juga jumlah radiasi yg akan pesakit dapat apabila perlu di x-ray.jadinya perlu beringat janganlah order perkara yg bukan-bukan..apa yg perlu nak tengok takpala..ni kan pesakit mengadu sakit kat jari  kaki sahaja tetapi doktor order suruh kami buat x-ray sampai naik ke paha...ishhk ..ishk..tak patut aih..x-ray tempat yg perlu sahaja.

sebagai seorang juru x-ray yg tak suka engkar dan menghormati arahan doktor, kami akan cuba bagitau dan hubungi doktor dahulu jika kami rasa perlu bincang dulu apa yg penting perlu di x-ray dahulu.sebenarnya kerjasama antara juru x-ray dan doktor sangatlah penting dalam melancarkan sesuatu kerja..kena saling menghormati dan mengetahui skop kerja  masing-masing.

Sunday 15 May 2022

SALAM AIDILFITRI 2022


juru x-ray Jabatan Radiologi Hospital Kulim





Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.

Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Di muara banyak buaya,
Buaya timbul setiap hari,
Covid-19 sungguh berbahaya,
Semua diharap tidak lupa jaga diri,
Fasa endemik akan terjadi
Selamat Hari Raya Aidilfitri







gimik bermaaf-maafan sesama kami 





pose tanpa facemask tanpa penjarakan sosial
fasa endemik




hiasan di Jabatan Radiologi Hospital Kulim





Kaunter pendaftaran Jabatan Radiologi Hospital Kulim




bergambar kenangan bersama adik student praktikal dari KSKB Sg Buluh

5 NASIHAT UNTUK LELAKI YANG BAKAL BERKAHWIN



Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat2 ini...

1. Solat.

Kalau sekrg ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jgn pernah tggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu...tp klu kita masih sama, masih bwk perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didlm rumahtangga yg akan didirikan, maka rumahtangga tu xkan dpt bertahan lama...sbb imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia...

2. Kerja.

Bila nak kawin, pastikan anda dh ada keje yg stabil, yg mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu utk satu tempoh yg tertentu...nak bela ank org, nk jaga ank org, keje xbleh ikut suka, xbleh keje sekejap, berenti, pastu menganggur sehingga dpt keje yg sesuai, yg ikut citarasa anda sendiri...xbleh mcm tu sbb kita ada ank bini utk ditanggung dan disara dgn hasil gaji yg kita dpt setiap bulan...jadi, pastikan anda mempunyai keje yg stabil dan pendapatan bulanan yg tetap dahulu...

3. Perangai bujang.

Perangai bujang ni byk klu nk disenaraikan...merempit, melepak, kluar umah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya...maka kita perlu ubah smua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dgn bwk motor berhati2, kurangkan keluar melepak, kluar umah pd masa2 yg sesuai dan balik umah sebelum tgh mlm...didik diri utk selesa dgn amalan mcm tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung utk buat perangai2 masa kita bujang dulu...

4. Belajar mengemas.

Jgn terus letak dlm minda yg keje rumah adalah keje isteri shaja...kita sbgai lelaki juga perlu tahu utk buat keje2 umah...perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yg kita dh biasa buat, dh selalu buat tu...percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebyk 50% dan lelaki nmpk macho jika tahu utk buat keje2 rumah...

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.

Sekrg, sebelum kawin, mgkin kita mempunyai ramai kawan perempuan...smua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dgn mereka atas nama "kawan"...tp bila dah berkahwin, kita dh tak bleh kluar dgn perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sbb kita dah beristeri, dan tiada keperluan utk kita ada kwn perempuan yg kita masih rapat lagi...kwn perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang shja...anda dh perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kpd seseorang...

Perkahwinan merupakan ikatan yg suci, yg menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan...Perkahwinan bukan sekadar utk memuaskan nafsu semata2 tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah utk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kpd seorang perempuan yg diciptakan dari rusuk kiri kita yg bengkok, utk diluruskan dlm kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t...

Maka, ubah tabiat2 yg dinyatakan jika kita ada niat utk mendirikan rumahtangga... 😊

kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat
sumber : Facebook







Friday 13 May 2022

WIRELESS HEADPHONES


menjadi milikku..dah lama idamkan nak jenama Realme..
syukur alhamdulillah


pelbagai jenis headphone kat pasaran sekarang ni..dulu kalau nak guna headphone perlu sambungkan dengan wayar connector lepas tu baru boleh guna dan dengar..tetapi zaman sekarang dah canggih guna headphone tanpa perlu sambungan wayar dah..terus guna connection melalui Bluetooth saja.mudah kan..tak perlu dah wayar bersambung.

baru-baru ni nadia  beli headphone jenis Realme..memang berkualiti dan mudah nak sambung dengan connection Bluetooth sebab cepat detect.bukan apa sebelum ni nadia beli jenama biasa-biasa ja iaitu jenama dari negara China selalu jadi masalah nak detect walaupun dah on Bluetooth dah..lambat sangat detect sampai kena tunggu lama sangat..aiyooo geram gak..

tu la kan bezanya headphone yg ada jenama dengan jenama biasa ja..lebih baik beli yang lebih berkualiti walaupun harganya mahal sedikit kan.mudah nak dapat connection Bluetooth dapat memudahkan urusan kita juga..betul tak?

headphone ni boleh connect dengan semua barangan elektonik yang ada connection Bluetooth.selalunya yang nadia dok guna connect dengan telefon la.nak dengar lagu ka, tengok movie kat Netflix, dan sebagainya.

kawan-kawan camna pula suka guna jenis yang mana?jenama apa?



warna kuning :jenama Realme
warna merah : jenama dari China

ANGKA 10





10 negara dengan kadar pelacuran tertinggi 

  1. Thailand (Buddhisme)
  2. Denmark (Kristian)
  3. Itali (agama Kristian)
  4. Jerman (Kristian)
  5. Perancis (Kristian)
  6. Norway (Kristian)
  7. Belgium (Kristian)
  8. Sepanyol (Kristian)
  9. Amerika Syarikat (Kristian)
  10 Finland (Kristian)
 
10 negara dengan kadar tertinggi kecurian dan rompakan.

  1. Denmark dan Finland (agama Kristian)
  2. Zimbabwe (Kristian)
  3. Australia (Kristian)
  4. Kanada (Kristian)
  5. New Zealand (Kristian)
  6. India (agama Hindu)
  7. Inggeris (Kristian)
  8. Amerika Syarikat (Kristian)
  9. Sweden (Kristian)
  10 Afrika Selatan (Kristian)
 
 10 negara dengan jumlah alkoholik terbesar
  
  1. Moldova (Kristian)
  2. Belarus (Kristian)
  3. Lithuania (agama Kristian)
  4. Rusia (Komunis + Kristian)
  5. Republik Czech (Kristian)
  6. Ukraine (Kristian)
  7. Andorra (Kristian)
  8. Rom (Kristian)
  9. Serbia (Kristian)
  10 Australia (Kristian)
 
10 negara dengan kadar pembunuhan tertinggi

  1. Honduras (Kristian)
  2. Venezuela (Kristian)
  3. Blaise (Kristian)
  4. El Salvador (Kristian)
  5. Guatemala (agama Kristian)
  6. Afrika Selatan (Kristian)
  7. Saint Kitts dan Nevis (Kristian)
  8. Bahama (Kristian)
  9. Lesotho (Kristian)
  10 Jamaica (Kristian)
 
Nama kumpulan pembuli yang paling berbahaya di dunia

  1. Yakuza (bukan Islam)
  2. Egbers (Kristian)
  3. Wow Singh (Kristian)
  4. Jamaica (Kristian)
  5. Primero (Kristian)
  6. Persaudaraan Arya (Kristian)
  7. Darah (Kristian)
  8. Gang 18th Street (Kristian)
  9. Manjke (Kristian)
  10 Mara Salarotha (kristian)

Mafia pengedar dadah terbesar di dunia 

  1. Pablo Escobar - Colombia (Kristian)
  2. Amado Carilo Fuentes - Mexico (Kristian)
  3. Pemimpin Carlos - Jerman (Kristian)
  4. Griselda Blanco Colombia (Kristian)
  5. Joaquin Guzmán dari Mexico (Kristian)
  6. Raphael Caro Quintero Mexico (Kristian)

Namun, media Barat dan Timur mengatakan:
Islam adalah penyebab semua jenis keganasan di dunia.
Berdasarkan ini, ramai orang Islam yang jahil dan naif mempercayai tuntutan palsu dan kosong ini.
Jangan biarkan orang lain mengawal pemikiran anda.

Berbangga dengan agama anda, Islam.
  
Islam adalah agama yang benar yang mengajar kesejahteraan, keamanan dan kedamaian. 

"Seluruh isu adalah trend media yang memusuhi Islam dan umat Islam."

#maafkansayadoakansaya 

~HS~

COPYPASTE FROM FB

Thursday 5 May 2022

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2022


nadia bersama suami dan 3 orang permata hati

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan tulus ikhlas saya dan keluarga. 



familiku tercinta
mak abah bersama 4 orang anak perempuan & menantu serta cucu dan adik lelakiku yang masih solo

Sunday 1 May 2022

SELAMAT TINGGAL PELITUP MUKA@FACEMASK


Memakai pelitup muka boleh menyembunyikan rupa wajah kita yang sebenar kan..hihi

rakyat Malaysia tidak diwajibkan memakai pelitup muka @ facemask bermula 1 Mei 2022..digalakkan pakai pelitup muka jika berada di kawasan yang sesak dengan orang dan dalam keadaan ramai dalam tempat tertutup.

rasa janggal pula bila kita tak pakai pelitup muka sebab dah pakai sejak zaman Covid tahun 2020 .masa tu wajib pakai untuk mengurangkan risiko kena jangkitan virus Covid.tetapi terpulanglah kepada semua orang kot rasa selesa lagi memakai pelitup muka, pakai ja laa..lagipun mungkin ada yang masih ada stok banyak kan.

cuma bila dah pakai pelitup muka ni  kita kena pandai menjaga diri kita..jaga SOP walaupun takdak dah penjarakan sosial.

kita jaga kita

Selamat Hari Pekerja 2022



hari ini 1 Mei merupakan Hari Pekerja..kebetulan hari pekerja ni jatuh dekat dengan hari raya puasa.jadi bagi negeri di selatan yang bercuti pada hari Ahad dapat cuti gantian hari Isnin..syoknya dapat boleh terus sambung dengan cuti raya terus..syukur alhamdulillah.tapi, saya masih lagi bekerja hari ni.esok pun masih kerja lagi.nadia start cuti raya pada hari raya pertama nanti.

oklah selamat hari pekerja kepada sesiapa yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta.moga kita semua dapat jadi pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang.moga kita sentiasa bersemangat meneruskan kerja dan sentiasa melakukan kerja dengan ikhlas dan penuh dedikasi.



gambar ruang menunggu di tempat kerjaku





hiasan raya bilik general x-ray




selamat menyambut hari raya aidilfitri