Saturday 25 June 2022

TOXIC PEOPLE

Nurses : Toxic People is everywhere




Mungkin kau pernah berjumpa dengan seorang matron, penyelia , boss, Pegawai atasan, HR, Pengetua dan sebagainya yang memiliki ijazah, master bahkan PhD sekalipun tetapi perangai dalam memimpin tidak langsung menggambarkan tahap pendidikan yang ada.
Akhlak dan adab ke laut !

 Marah sana, tengking sini. Pengurusan berdasarkan secara perintah langsung tiada peluang menerima kau memberi idea apatah lagi memperjuangkan keinginan orang bawahan.

 Mungkin juga kau pernah melihat seorang ketua, sister, incas, pegawai kanan yang sering mandang kau salah. Apa yang keluar dari mulut kau semua tidak betul walaupun kau menggunakan hujah yang konkrit.  Semua yang betul hanya ada pada dia. 

Mungkin juga kau sering bekerja dengan senior yang sering membuli kau di tempat kerja dengan alasan, "Akak dulu lagi teruk kena" atau "Akak buat ni untuk kau cepat pandai". Sedang kau sibuk bekerja, si senior sibuk membelek telefon dan melayari media sosial. Amboi apakah ini?

Mungkin juga, kau pernah bekerja dengan junior yang langsung tidak menghormati kau. Mentang-mentang baru tamat kolej, ilmu teori masih segar di dalam kepala dan mempelajari banyak praktis-praktis terkini berdasarkan kajian. Lalu, dengan bangga dan egonya menyindir kau, "Eh, itu pun akak tak tau. Benda basic kot. Bacalah buku kak. Update sikit ilmu akak ni". Sentap dan membuat darah kau menyirap semaksima yang mungkin . Sungguh, benda ini berlaku.

Hakikatnya, perkara-perkara sebegini akan membuatkan tugasan di tempat kerja yang senang pun menjadi susah. Benda ringkas akan menjadi rumit. Persekitaran yang seronok menjadi toksik, bosan dan stress.

Guys, Toxic people is everywhere. 
Jadi, abaikan mereka ini. Kalau kau fikir hendak tukar ke jabatan lain, unit dan tempat kerja sekalipun, masalah persekitaran toksik ini tidak akan selesai.

Baik yang lelaki egoism dan tegas tidak bertempat, yang perempuan pula terkadang memimpin dengan emosi tidak terkawal dan bahana mulut yang lebih laju dari tangan.

Maaf jika ini menyinggung kalian semua. 

Anggap sahaja mereka ini seperti sampah. Bayangkan ketika kau melintas di tempat pembuangan sampah, bau busuknya mengganggu ketenteraman jiwa sehingga hidung kau tidak mampu untuk bernafas dengan betul.abaikan mereka dan kita buat hal sendiri jer.

Namun, adakah perkara yang waras jika kau berhenti dan memarahi sampah,

"Wei sampah, kenapa kau busuk sangat? Baik kau mamposs terbakar cepat sikit. Sakit hidung aku".

Apa perubahan yang kau dapat? 

Sampah akan tetap menjadi sampah dan busuk. Jalan penyelesaian terbaik ialah, "MOVE ON". Jalan terus. Usah pedulikan mereka-mereka yang 'annoying' disekitar kau.

 Akhirnya, apabila kau fikir balik, hidup kau adalah hak kau. Tiada siapa yang berhak menentukan kebahagiaan dan kegembiraan hidup kau melainkan kau sendiri.

Persetankan mereka yang menyetankan kau.  Kelak mereka yang terlalu toksik akan hancur dimamah keasidan perangai busuk sampah mereka sendiri. Move on, senyum selalu walau tersembunyi dibalik facemask.
Hihihi. 

Ingat, kau kuat apabila emosi kau tidak bergantung dengan kata-kata orang lain yang toksik di mana-mana sekalipun.

#HidupKauHakKau
#KitaBerhakGembiraDgnCaraKita

👉KREDIT FROM FACEBOOK💢


               walaupun nadia berada di kawasan kerja yang ada radiasi sebab bekerja sebagai juru x-ray tetapi nadia cuba menjadi orang yang sentiasa positif & tidak menjadi toksik


SYUKUR 10 TAHUN BEKERJA SEBAGAI JURU X-RAY




10 tahun nadia bekerja sebagai 
juru x-ray di hospital kerajaan.
Syukur alhamdulillah❤️
💥2012 - 2022💥
Pelbagai kenangan suka duka & rasa pahit,manis,masin,masam,kelat hadapi cabaran & dugaan bekerja sebagai seorang juru x-ray.

1️⃣Hospital pertama posting Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF,Muar)
2️⃣Hospital kedua berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB, Alor Setar)
3️⃣Hospital Ketiga berpindah selepas berkahwin ke Hospital Kulim.

🌟Paling lama bekerja di Hospital Kulim & masih di sini lagi mencari rezeki.almaklumlah nadia dah beli rumah berdekatan dgn hospital..mudah untuk ulang alik pi keja balik sekiranya dipanggil bertugas tengah2 malam..biasa la kan kami juru x-ray kadangkala perlu bertugas onkoll 24 jam @ shift pagi,malam & petang.

Pendapat nadia sebagai kakitangan awam yg bekerja di hospital kerajaan,benda penting yg perlu diterapkan oleh setiap pekerja perlu ada semangat KERJASAMA sesama rakan sekerja.apa-apa dalam pengurusan kerja memang perlukan kerjasama sesama rakan bagi melancarkan kerja.memang penting bekerjasama berganding bahu sesama rakan sekerja.

 KOMUNIKASI juga penting dalam melancarkan sesuatu kerja..kita perlu bercakap untuk menerangkan & menjelaskan kepada pesakit perlu buat x-ray di bahagian mana..jangan biarkan pesakit terpinga-pinga bila kita terus x-ray tanpa memberitahu & menerangkan bagaimana keadaan mereka untuk mengatur posisi anggota badan yg di x-ray.
Moga Allah memberi kesihatan yg baik untuk nadia terus berkhidmat kepada masyarakat.terus cekal & tabah hadapi dugaan & cabaran bekerja 
pada era baru ni.

💝Terima Kasih kepada sesiapa yg sudi membaca coretan nadia..dah nak dekat 3 pagi ni,nadia menulis coretan ni .kebetulan nadia bekerja shift malam.saja la menulis kata hati ni berkongsi benda yg positif💞 #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #sayaanakkedah #LadyNadia  #mamaarsyadhakeemharraz#parttimeblogger #sekalisekalamenulis #coretanmalam #berjagamalam

Saturday 11 June 2022

SUKA DENGAR LIVE TIK TOK USTAZAH ASMA HARUN


live Tik Tok Ustazah Asma bersama suaminya


Ustazah Asma Harun antara seorang pendakwah yang terkenal di Malaysia.nadia suka juga dengar ceramah dan perkongsian ilmu daripada beliau.beliau pandai mengupas sesuatu tajuk dan berjaya menyampaikn ilmu  tersebuat bagi mudah pendengar  faham apa yang disampaikan..jelas dan nyata..Ustazah Asma dah menjadi ustazah kegemaran nadia..nadia sangat mengagumi beliau yang sangat komited dengan tugasnya sebagai pendakwah menyebarkan ilmu dan menasihati .



biodata Ustazah Asma' Harun

Nama: Asma’ Binti Harun

Asal: Kuala Terengganu, Terengganu

Tempat Tinggal: Seremban, Negeri Sembilan

Pekerjaan: Pendakwah, penceramah bebas, motivator, perundingcara rumahtangga, bekas penolong pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan penolong pengarah Bahagian Halal

Pendidikan:

  • SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka
  • SMU (A) Maahad Muhammadi Lil Banat (pendidikan awal)
  • Diploma Syariah (KUSZA)
  • Ijazah Syariah (Universiti Al-Azhar)
  • Master Pengajian Islam (OUM Negeri Sembilan)

Nama Pasangan: Tengku Fazli Bin Tengku Yahya

Pekerjaan: Pensyarah kejuruteraan kimia

Anak: 7 Orang (Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.)

Nama Bapa: Harun Bin Ismail  

Pekerjaan : peniaga nasi ayam & pendakwah.

Nama Ibu: Fikriah Binti Awang

Pekerjaan : guru fizik

moyang : Tok Guru Haji Abbas  

datuk :  Ustaz Haji Awang Abu Bakar. 

***Bukan calang-calang salahsilah keluarga ustazah Asma’.**

 adik beradik : 10 orang (Najihah, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.)






sweet tengok pasangan suami isteri ni..
pasangan bahagia
syukur alhamdulillah