Saturday 2 July 2022

KECIL HATI ,CUBA BERTAHAN,MANISNYA SABAR

BUKAN BENCI TAPI DAH KECIL HATI

Kalau kita dah tersinggung dengan kata-kata orang, tengok muka pun tak tegur, malas rasanya.
Ia bukan benci tetapi ia sudah menyentuh hati.

Orang yang pernah merendahkan kita, biarkan mereka.....
Tidak perlu kita tersinggung, apatah lagi bersedih.
Yang penting kita kekal yakin dan jangan rasa rendah diri.
Jika kita dinilai dengan baik, bersyukurlah..
Dinilai tidak baik, terpulang kepada mereka.

Setiap perkara dalam hidup kita mempunyai peranannya yang tersendiri 
Sama ada mereka memberi kita kebahagiaan atau memberi kesakitan.
Memaksa diri kita untuk disukai oleh semua orang sangat memenatkan.
Oleh itu, jadilah diri sendiri walaupun anda tidak disukai ramai,
Jauhi orang yang mengecewakan kita.
Berhenti cuba untuk menggembirakan orang yang tidak pernah menghargai kita.

Semakin kita jauhi mereka yang meracuni jiwa,
Kita akan hidup jauh lebih sihat.
Ketenangan dengan hati
Mengharungi hari demi hari
Penuh dengan kebahagiaan
Dengan cara kita sendiri
Kebahagiaan adalah apa yang kita ciptakan

# sabar itu indah 🌻🌻





BUKU-BUKU ILMIAH MENENANGKAN HATIKU

Mencari ketenangan dengan melihat buku-buku di public library iaitu Perpustakaan Awam Kulim.almaklumlah nadia memang suka membaca dan ambik nilai2 positif ,pedoman & pengajaran dalam apa jua bahan bacaan.

Kadang2 hidup kita memang akan diuji dgn apa2 masalah..setiap orang memang akan hadapinya juga walaupun  kita rasa agak payah nak handle masalah yg kecik & telah menjadi rumit.
Kata kuncinya janganlah kita cepat melatah..buatlah sesuatu perkara yang boleh mengubati hati kita yg telah tersakiti dan dikhianati..mungkin Allah bagi ujian ni untuk memberi ganjaran  pahala kepada kita yg sentiasa SABAR walaupun agak goyah.ingat Allah sentiasa bersama-sama orang yg mengingatiNya ketika susah & senang.Insyaallah Allah akan tunjuk jalan utk kita berusaha menangani masalah itu.

🌟Lagi satu ADAB sangat penting dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini.kalau la cerdik pandai pun tetapi adab bercakap dgn orang kurang ajar & tidak sopan itu memang tidaklah patut.cubalah jadi manusia yang beradab & menghormati privasi orang sekeliling.sekadar luahan hati saya berdasarkan pengalaman hidup menjadi insan yg memerhati orang sekeliling.

Ok, apa pun JOM POSITIF.BIARLAH ORANG BUAT KITA CAMNAPUN,TETAPI KITA SENTIASA BERBUAT BAIK KEPADA MEREKA..ALLAH ADA KAN.ALLAH TAU SIAPA YG TIDAK HIPOKRIT💝💐

#ladynadia #mamaarsyadhakeemharraz #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #PartTimeBlogger #lifemummyof3sons #staypositive #sharingiscaring #ilovereading #booklovers








buku ensiklopedia tajuk Adab




Perpustakaan Awam Kulim
public library



melayan & ambil ilmu baru drpd buku




sorang2 takpa..syok gak me time di library