Wednesday 31 August 2022

MRI & KLAUSTROFOBIK

*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*

Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.

Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur...

Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru MRI mengenai proses MRI.

Sebagaimana yang dah diketahui,
Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.

Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,
Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.

Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.

Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.

Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.

Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan...

Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.

Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!

Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi  mcm pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.

5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nk menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas. 
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi.

Berkali2 aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi.
Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.

Ya Allah, aku tidak tahan...
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong. 
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.

MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.

Setelah ditenangkan oleh juru MRI, 
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI.
Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.

Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung...
Aku Klaustrofobik... Sessi dihentikan.

Aku tidak mahu teruskan MRI ini.
Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, 
maka MRI diteruskan pada petangnya dgn mengunakan ubat tidur (sedation).

Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepda pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.

6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi.
Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.

Ya Allah, 
aku takut himpitan kuburMu...

Di kubur nanti, 
Mana bola untuk aku ramas?
Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia?
Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?

MRI prosedur yang menginsafkan....
MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik...

C&P
Facebook
Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli.
****saya merupakan seorang juru x-ray yang mengendalikan mesin x-ray tetapi mesin Mri belum sempat belajar lagi..nadia bekerja di Hospital Kulim .bila kes Mri untuk pesakait dari Kulim kami semua pinjam mesin Mri di Hospital Sg Petani.kena bertugas di sana.**




mesin MRI








KAWAN@SAHABAT

Bukan nak menyendiri atau tak nak berkawan.

Bila kita makin dewasa, matang dan tua ini, semua kawan nampak menghilang.

Tetapi sebenarnya masing-masing sibuk dengan kerja, dengan keluarga, sibuk membesarkan matlamat dan sibuk berjuang untuk kelangsungan hidup.

Maka, kawan-kawan yang kita rapat itu nampaklah macam "ghaib". Hehe!

Yang tinggal pun mungkin tak ramai.
Yang rapat pun cuma seorang dua je.
Yang masih berhubung pun juga sedikit sangat.

Kawan yang berbalas, respon dan sentiasa ada bila kita cari dan perlukan, yang itulah kita hargai sungguh-sungguh ya.

Mana yang sudah tak berhubung tu, jangan risau ya. Jika ada rezeki dan jodohnya, pasti ada masa untuk ukhuwah ini terjalin juga.

", saya dah tak ramai kawan ni? Betul ke hidup saya dah jadi sendu?"

In shaa Allah, semua okay saja tu. Jangan risau ya.

Untuk sesiapa yang dah menginjak ke fasa lain, kawan-kawan semua yang baru berumahtangga atau mulakan hidup berkeluarga ni, kita kena faham mereka.

Usia yang lebih matang, kita tak kejar kuantiti.

Tetapi kita jaga kualiti.

Memang kita akan faham, jika nak diingat semula, kenangan masa ramai kawan ni seronok sangat. Gembira dan meriah je rasa.

Namun kena ingat juga, semua orang sedang berjuang dan meneruskan hidup masing-masing. Kawan-kawan kita tak pernah lupa kita, tetapi terlalu banyak perkara nak diingat dalam hidup ini. 

Komitmen dan tanggungjawab silih berganti.

Jika kamu sentiasa teringatkan kawan-kawan kamu, berdoalah untuk kesejahteraan dan kebahagiaan mereka walau di mana sahaja. Moga semua sahabat dan sesiapa pernah mengenali kita ini, diberikan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah ya.




COPY PASTE
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Carilah sahabat dunia akhirat.







rakan- rakan semasa belajar di Kolej Universiti MAHSA





rakan - rakan juru x-ray di Jabatan Radiologi




JOM SIHAT..DIET YANG BETUL


alhamdulillah syukur nadia turun berat 10 kg buat diet suku suku separuh



4 JENAMA UBAT KURUS YANG CONFIRM MENJADI. 

Jom hari ni saya nak kongsi tentang UBAT KURUS yang mujarab. Malah saya lihat, dan saya alami sendiri. Tak perlulah beli ubat kurus macam pil, serbuk atau teh. Atau nak pergi rawatan wrap tubuh. 

Saya akan dedahkan hari ni satu benda yang saya jarang kongsikan. 

JENAMA 1. Banyakkan/cukupkan minum air kosong.
Kenapa - tubuh adalah 60% air dan air yang mencukupi akan bantu tubuh berfungsi dengan baik. Minum air kosong juga sebagai penahan perasaan lapar. Bila kita dahaga, pada kebanyakan masa signal dahaga akan disalah tafsir sebagai lapar oleh otak. Sebab tu kita akan makan lebih banyak. Wal hal kita hanya dahaga. Hal ini ada kajian dan telah dibuktikan. 

JENAMA 2. Jangan malas. Banyakkan bergerak dari menghadap fon atau tv. Buat kerja rumah atau kerja pejabat. Aktiviti NEAT (Non-exercise activity thermogenesis) atau pergerakan harian bukan senaman adalah penyumbang besar pembakaran kalori setiap hari. Contoh, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, berjalan. 

JENAMA 3. Tidur yang mencukupi. Ini juga ubat kurus yang mujarab. Banyak peel pemakanan kita yang berlebihan, cenderung untuk makan makanan manis adalah disebabkan hormon kita tak stabil. Ia disebabkan kita tidur lewat dan bangun lewat. 

JENAMA 4. Lebihkan makan protein dan sayuran. Boleh makan nasi pun, cuma sukat nasi kalian dengan sifir sebesar genggaman setiap kali makan. Dan lebihkan makan sayur dan sumber protein. Ini dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh yang membantu kalian membakar lebih banyak kalori kalian. 

4 JENAMA ubat kurus yang saya kongsikan ini matlamatnya adalah mengurangkan pengambilan makanan dan menambah pembakaran kalori. Ia asas kepada sifir penurunan berat badan. Saya syorkan kalian usaha lakukan 5 perkara ini. 

Dan jangan mudah percaya dengan apapun produk kurus di luar sana. Sebab apa pun produk yang ada, akhirnya kembali kepada asas juga. Mereka yang menjual produk kurus akan minta kalian jaga makan untuk membuktikan produk mereka berkesan.

Maaf saya mohon jika kalian yang baca ni kecewa sebab saya sebut JENAMA. Dan percayalah kalau kalian masih cara satu ubat atau supplemen untuk bantu kalian kurus, kejayaan kalian nak turunkan berat badan masih sangat jauh. Jom sihat bersama..

copy paste
facebook group diet


Saturday 13 August 2022

MESIN LAMINATE


mesin laminate & kertas untuk dilaminate




harga di Shopee


Saja share barang beli 2 bulan lepas..sis beli & guna mesin laminated & kertas laminate..sangat mudah digunakan.

Pulun kan sis beli sebabnya 😉
👍 Harga kat Shopee berpatutan..taklah mahal sgt pun..ada harga sis letak kat ruang gambar di bawah na.
👍Sis suka laminated kertas yg diprint utk lekatkan kat ruang yg bersesuaian kat rumah ni.
👍Untuk lampiran homeschooling anak3 sis..bila dah laminated taklah lunyai sgt bila kerap dok guna .almaklumlah hero kan pegang kasaq.
**Sebenarnya sis dok survey mesin laminated ni kat kedai buku kebanyakannya mahal sgt .harga lebih drpd  rm100...sis baru tau ada jg kat online bila kawan senior sis bagitau murah lg beli online kat Shopee..ok done beli & guna .sangat praktikal & mesin ni sesuai utk urusan laminated kertas yg taklah heavy load sama ada utk kerja di rumah @ pejabat.

💕Terima Kasih sesiapa yg sudi baca barang yg nadia review ni..yg tak baca tapi tgk gambar pun takpa..hihi💜💝

#sharingiscaring #review #onlineshopping #shopee #PartTimeBlogger #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #lifemummyof3sons #supermummy #superwoman #ladynadia #ladyxray  #mamaarsyadhakeemharraz



HAPPY BIRTHDAY ABAH🎂 🎉🎉





My backbone💞
My sayang💞
My good advicer & motivator💝
You are my special person in my life💕
     I ❤️ U
Hope everything will be fine🤗
May Allah bless you,my sweetheart.

Thanks & sorry for everything, Abah..
Aziz Halim HAPPY BIRTHDAY 🎉🎊
🌟Sweet 64 years old💝

#mylovelydaddy #myfamilymyeverything #mylove #thebestdaddyever #mylife


Thursday 11 August 2022

CARA BAGI ANAK SUKA MEMBACA

CARA BAGI ANAK SUKA MEMBACA
(Long-winded post. Be warned)
penulis : Ilyani Idris kakak senior SAINA

Ramai orang selalu tanya saya, macam mana Raihanah boleh membaca dengan lancar dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. In fact, cikgu tadika dia sendiri pun dok tanya. Hahahha

Sapa yang rapat dengan saya tahu bahawa saya tak download benda-benda merapu kat tab Raihanah. Games candy crush ka hair salon kaa girl manicure pokemon apa kaaa memang tiada dalam kamus hidup kami.

Dan Raihanah bukan jenis mengadap tab/phone 24hrs. Dia cuma dibenarkan main masa emak tengah melepak atau menyembang dengan orang. Kalau tak ada orang lain, dia pun tak minat nak pegang. Apasal ntah. Haha. 

Dulu, masa mula-mula Raihanah kenal huruf, saya bagi dia tengok youtube series BETWEEN THE LIONS dengan SUPER WHY. Dua cerita ni memang akan kaw-kaw polish reading readiness dan vocab range anak anda.

Selain itu, saya download ebooks kat dia. Kalau yg read-along/interactive English ebooks memang bersepah kat internet tu. Bahasa Melayu punya pulak tak berapa banyak. Kebanyakannya anda kena baca sendiri. Maka, bacalahhhh. 

Saya juga download apps seperti READ ME STORIES dan ABCMOUSE. Yang abcmouse tu kena bayar lebih kurang RM30 sebulan subscription fee. Jangan nak berkira sangat la kot. Hangpa shopping online beli kasut handbag semua boleh, apa la sangat educational apps untuk anak kan 

Ok settle cerita pasai gadgets.

Sejak Raihanah kecik jugak, saya memang amalkan baca satu buku (physical book) setiap malam sebelum tidur. Memang rasa azab, sebab most of the time emak akan terkuak-kuak menguap sambil mata tertutup membaca kat dia....penat! Tapi orang putih kata "perseverance" itu penting.

Janganlah sehari baca, empat hari tak baca, pastu baca balik. Be consistent. Setiap hari MESTI baca. Tak habis baca pun tak apa, asalkan make it a habit untuk baca. Lama-kelamaan bila Raihanah dah pandai, dia start membaca sendiri. (Lega banyak sebab emak boleh mula baca buku emak pulak!)

Masa mula-mula dia akan tanya "mami how do you pronounce this?" usually saya ajar Raihanah tutup perkataan tu guna jari. Sebut sukukata satu-persatu, sikit-sikit. Kalau time busy/malas (hihi saya pun manusia), saya habaq je terus cara sebutan. Kalau anda taktahu cara sebut apa-apa perkataan, boleh google.

Bila anda berada di luar bersama anak, bagi depa baca segala signboard dan poster. Kalau makan kat luar, kami selalu main game spelling sambil tunggu makanan. Selalunya dia yang akan beri perkataan, suruh saya eja. Saya pula akan pura-pura tak reti eja. Pastu dia akan marah cakap "mami ni tu pun taktau ke" kemudian dia akan eja sendiri. Ha, nampak takkk taktik yang emak guna. Kalau ada orang meja sebelah yang gelakkan anda, persetankan mereka. You will be amazed at how tererrrr your anak can be at spelling bila anda amalkan begini. 

Setiap hari sebelum tidur Raihanah baca buku lain-lain title.  Sebab tu siapa yang mai rumah kami akan nampak laaa timbunan buku tepi tangga ni. Perabot takdak, buku ja lebih. Nerds. Haha. 

Lagi satu habit Raihanah sekarang kalau dia nak overnight mana-mana pun mesti kena bawak dua tiga buku favourite. Kalau tak, dia susah sikit nak tidoq. 

Cuma....kalau tengok youtube, dia dah taknak tengok sangat dahh cerita-cerita ilmiah tu. Sebab sekarang dah pandai type sendiri "JUSTIN BIEBER" maka itu sajalah video yang dia nak tengok. 😐😐😐😐😐

======

Edited:

1. Sapa yang ada anak lebih daripada seorang maybe rasa slightly difficult nak focus and give enough attention to each. Tapi saya penah tengok sendiri a mother of three baca buku kat anak dia before bedtime. Semua diamm je dengar. The rule is, she is the one who gets to pick which book to read and no arguing. Otherwise, no bedtime story at all. But then again, different people, different parenting style lah.

All I can say is, utilise and make FULL use of the time spent with them. Janganlah emak bapak busy mengadap phone dan biar anak main game. Kalau nak biar sangat anak main game pun, biarlah yang ada real value.

2. Ini bukan cara nak bagi anak PANDAI ye. Saya tak kata anak saya terlebih bijak atau genius ka apa. Ni cara saya tanamkan sifat sukakan buku dan suka membaca. Saya tak penah paksa dia study literature ka belajaq algebra ka apa. Pushing and instilling are two different things. Anda kena PUPUK minat membaca tu dan nak memupuk tu will take a long time. It doesn't happen overnight. Sila jangan dok target anak nak jadi genius terlebih dari kecik. Jangan stress kalau anak tak pandai baca. ANDA YANG KENA BACAKAN DULU setiap hari sampaiiiii depa rasa tak lengkap hidup kalau tak membaca. Tapi make sure depa syok2 fun2 sendiri at their own pace. Get it?? 

C&P
Facebook
💝Ilyani Idris


























KAMI DARAH PAHLAWAN..JOM BELAJAR SILAT 💝

Bangkitlah saudaraku,

🌟Tidak mampu menyumbang pencak,kata bicara senjata wali,
🌟Jika diam seribu rentak,ibarat bangsa sudah mati
💝Pejuang Malaya

🌟Setiap gerak ada Seni,
🌟Setiap Seni ada Rahsia,
🌟Setiap Rahsia atas Rahsia,
🌟Hanya yg bergerak & digerak yg Mengetahui erti Gerak
💝Jom belajar ilmu pertahanan diri..ilmu warisan zaman berzaman
** Ilmu SILAT

Sumpah Pendekar Melayu💞
🌟Biar mati jiwa Jangan mati agama
🌟Biar jasad hapus Jangan bangsa pupus
,🌟Biar hilang nyawa Jangan hilang bangsa & Negara
Ayuh, BANGKIT SEMUA ANAK MELAYU BELAJAR SILAT💝

Sebab utama Nadia & suami bagi kebenaran kpd Anak sulung kami,Arsyad masuk belajar silat,bukan kerana penangan & pengaruh drpd Filem Mat Kilau tetapi mahukan Arsyad mempunyai ilmu pertahanan diri menjadi bekalan masa depan. Lagipun,nadia pun dulu pernah belajar Silat Pusaka Gayung semasa bersekolah di SBP(SAINA)...arsyad pula belajar Silat Lincah ..nama pun silat tetapi bunga ada jg lain skit...
Moga berjaya na Anak mama ,Arsyad.

Terima Kasih Cikgu Asyraf jurulatih Silat Lincah mengajar Anak sy & anak3 yg lain.. 👉GatherCare Utara nama Facebook beliau. moga anak2 kita akan belajar bersungguh sungguh & bakal menjadi pesilat di arena antarabangsa...menggunakan ilmu silat ke saluran yg betul & tidak ada salahguna pula .

#PartTimeBlogger #kejakujuruxray #MalaysianFrontliners #ladyxray #LadyNadia #radiographerlife☢️ #tukangambikgambartulangmanusia #lifemmumyof3sons #sharingiscaring

Saturday 6 August 2022

ARWAH ADIBAH NOOR HILANGLAH PERMATA DUNIA SENI MALAYSIA


1970 -2022




Allahyarhamah Adibah Noor seorang biduanita negara yang pandai berlakon,mengacara dan menyanyi..lagu2 beliau sangat merdu & menusuk kalbu.boleh rasa bagaimana kesungguhan beliau menyampaikan lagu beliau..so amazing..dengan suaranya yang lunak merdu..Allahuakbar terkejut bila dengar berita kematian beliau sebab tak pernah pun tau beliau ada barah@cancer.moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..jom sedekahkan alfatihah(dibaca) kepada beliau.

7 kebaikan Allahyarhamah Adibah Noor yang wajar kita semua contohi:

1. Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah. 

2. Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti. 

3. Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau. 

4. Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.

5. Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan. 

Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas. 

6. Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya. 

7. Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya. 

Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya. 

Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet ya. 

C&P

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, 
Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya.




alfatihah (dibaca) salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan rakan2 seperjuangan..
orang baik selalunya ramai orang sayang..insyaalah


Friday 5 August 2022

LELAKI VS WANITA


muslim vs muslimah 
lelaki vs wanita




LELAKI

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki 
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Mati hanya sekali👌
Maka Jadikannya pada jalan Allah👀

kredit: Wawa Balqis
Facebook



DULU Vs SEKARANG PANTANG LARANG WAKTU BERPANTANG BERSALIN

Mai tengok penulisan perubatan seorang doktor di England, Dr Eben Watson, pada tahun 1869. 

Kenapa zaman dulu-dulu, ada ibu yang baru bersalin, kalau dia minum banyak-banyak, rahim dia boleh kembang dan bahagian farajnya boleh becak, maka ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan minum air banyak-banyak. 

Ini cerita benar zaman dulu, masa tok-tok zaman dulu bersalin di rumah, tetapi bukan lagi benar di zaman sekarang.

Zaman sekarang, ada banyak perubahan di dalam penjagaan kesihatan ibu hamil dan ibu bersalin, di mana 99.5% bersalin di hospital. Kita tak benarkan lagi ibu yang bersalin dapat masalah yang menyebabkan becak-becak ni. Sebab itulah saya bagi nasihat kepada anda semua, anda boleh tinggalkan amalan pantang-larang zaman dulu. 

Adat berpantang selepas bersalin zaman dulu hanya untuk orang zaman dulu. TAK relevant lagi dah di zaman sekarang, dan tak perlu di ikut. 

Kebanyakan orang zaman sekarang yang tiada tauliah perubatan yang masih lagi mengamalkan petua orang tua zaman dulu, tak pernah tanya pun, kenapa ada petua-petua dan pantang larang macam tu. Kalau di tanya orang tua, akan kena marah sebab banyak soal, disuruh dengar dan ikut saja. Depa kata jangan menderhaka. 

Sebab sebenarnya depa marah ialah ramai orang tua-tua yang mengamalkan petua dan pantang-larang tu sendiri tak tahu pun kenapa mereka buat amalan tu, dan depa tak boleh jawab soalan tu. Orang yang marah-marah kita kalau kita tanya dia soalan, selalunya marah sebab dia tak ada ilmu dan tak boleh jawab soalan tu. Maka dia suruh anda diam, sebab nanti dia malu, dia sebenarnya tak tau pun apa jawapannya. 

Depa tak tau apa jawapannya, sebab depa sendiri pun dah kena marah dengan orang-orang tua mereka kalau bertanya dan disuruh ikut saja, jangan menderhaka. Kalau kata jangan menderhaka saja, dan dan orang muda akan takut dan terdiam, tak tanya soalan lagi dah. Ikut saja lah. Kalau tak ikut nanti kena marah lagi. 

Sebenarnya, orang tua-tua kepada orang tua-tua yang mengamalkan petua dan pantang-larang tu pun tak tahu juga kenapa mereka mengamalkannya sebab depa sendiri pun dah kena marah dengan orang-orang tua-tua zaman dulu-dulu kalau berani bertanya dan disuruh ikut saja, jangan menderhaka.

Sampai laaa sekarang cucu cicit depa tak tau. 

Mai chek nak habaq. 

Chek boleh beri penjelasan kenapa. 

Kalau nak tau kenapa orang tua-tua zaman dulu mengamalkan petua dan pantang-larang dulu, anda kena belajar sejarah perubatan dan baca literature perubatan lama-lama yang hanya doktor-doktor saja yang boleh faham. 

Haaaaa perubatan pun ada sejarah tau. Apa yang doktor zaman dulu buat dan nasihatkan kepada pesakit zaman dulu pun sangat berlainan dari doktor zaman sekarang. Kebanyakan doktor-doktor muda-muda takdak masa laaaa nak baca tentang sejarah perubatan sebab depa tak habis belajar untuk pass specialist exams depa lagi pun.

Jadi kalau hangpa tanya doktor-doktor muda dan misi-misi ni, depa pun tak tau mana mai petua lama-lama dan adat pantang-larang ni. Ada yang juga terikut-ikut. 

Tetapi, doktor yang rajin belajar tentang sejarah perubatan zaman dulu, dan cari penulisan literature doktor perubatan zaman dulu-dulu, akan tahu bagaimana wujudnya punca nasihat yang disampaikan kepada orang tua-tua zaman dulu-dulu. 

Hakikatnya ialah orang tua-tua zaman dulu-dulu tak reti menulis dan membaca maka mereka tak tulis kenapa perawat zaman dulu beri mereka nasihat yang hanya sesuai untuk pesakit zaman dulu. Anak-anak depa lihat dan ikut saja. Sebab itulah sampai sekarang dibawa lagi amalan zaman dulu tanpa mengetahui sebab-sebabnya. 

Zaman dulu, bila bersalin di rumah, tiada bantuan untuk bersalin jika ada masalah. Ada ibu-ibu yang mengalami proses labour yang sangat lama, dan tak boleh bersalin dengan normal tanpa komplikasi. Ramai bayi dilahirkan meninggal dunia bila Labour lama-lama dan teran berhari-hari. 

Akibatnya ialah koyakkan yang besar berlaku diantara pundi kencing dan saluran faraj (vagina). Inilah dinamakan vesico-vaginal fistula. Vesico tu maknanya pundi kencing. Air kencing dari pundi kencing boleh terus masuk ke dalam saluran faraj dan keluar. Maka sebab itulah boleh becak-becak. 

Kalau lubang koyakkan itu kecil, ia boleh sembuh sendiri kalau catu air minum. Masalahnya kalau minum banyak-banyak ialah lubang di antara pundi kencing dan vagina tak boleh tutup dan ditarik menjadi lebih besar jika pundi kencing itu mengembang dan penuh dengan air kencing. Bila tiada air kencing, dan pundi kencing mengecil, baru lubang itu mengecil dan cepat pulih. 

Jika koyakkan itu lebih besar di antara rahim dan pundi kencing, kita namakannya vesico-uterine fistula. Hat ni, air kencing dari pundi kencing boleh terus masuk ke dalam rahim melalui lubang di antara rahim dan pundi kencing. Sebab itulah rahim boleh kembang sekali, dan air kencing turun dari rahim ke dalam saluran faraj keluar. Maka sebab itulah boleh becak-becak. 

Zaman dulu, belum ada pakar bedah yang boleh buat pembedahan membetulkan koyakkan ini. Nak bius pun kena pakai chloroform. Antibiotic pun tak ada. Maka ramai ibu-ibu ini sentiasa becak air kencing dan suami mereka tinggalkan mereka. Sebab itulah mereka takut kalau tak pantang selepas bersalin, nanti ditinggalkan suami.  

Zaman sekarang, bersalin di hospital, kami tak benarkan ibu Labour lama-lama. Kami tak benarkan ibu teran lama-lama. Kalau ada masalah bersalin, kami bantu anda dengan pembedahan Caesarean Section. Kami tak mahu tengok anda merana sampai ke tua dan ditinggalkan suami disebabkan komplikasi fistula ni. Kami pastikan ibu yang boleh bersalin boleh kencing dengan normal dan tiada becak-becak sebelum pulang ke rumah. Maka zaman sekarang, kami tak jumpa lagi dah masalah vesico-vaginal fistula dan vesico-uterine fistula. Doktor-doktor muda dan misi-misi zaman sekarang pun TAK pernah tengok pesakit dapat masalah ini selepas bersalin dan tak tahu pun masalah ini berlaku pada zaman dulu. 

Tetapi, jika anda merantau ke benua Afrika, dimana 50% ibu-ibu Afrika masih lagi bersalin di rumah tanpa bantuan bidan bertauliah dan doktor, dan tak mampu pergi ke hospital, seramai 100 ribu ibu yang bersalin setahun dapat masalah obstetric fistula ini. Saya tahu ini, sebab inilah bidang saya. Doktor-doktor pakar di UK zaman sekarang, tak reti dah nak buat pembedahan membetulkan obstetric fistula ini sebab tiada pengalaman. Kalau nak belajar buat pembedahan obstetric fistula repair no, kena pergi ke Uganda dan Ethiopia di mana ramai ibu-ibu menunggu untuk mendapat peluang kehidupan yang baru yang normal. Selepas pembedahan, kita suruh pantang 100 hari dengan suami, sehingga sembuh dulu. Depa di London dah offer saya ke Uganda untuk belajar buat pembedahan ini, tapi saya kata tak payah laaa, saya nak pulang ke Malaysia dan nak tumpukan perhatian saya kepada masalah ibu-ibu Malaysia. 

Itulah ceritanya. 

You all, bersyukurlah, tak payah ikut dah adat berpantang zaman dulu yang menyeksakan sampai kena catu minum air dan takut suami lari. You all, hanya perlu dengar nasihat doktor dan bersalinlah di hospital. Zaman sekarang tiada lagi obstetric fistula di England dan di Malaysia. 

Macam mana nak buat pembedahan Obstetric Fistula Repair seperti yang dijelaskan di dalam penulisan Dr Eben Watson pada tahun 1869? Saya tak tau dan tak reti buat, sebab saya tak pernah buat, sebab saya tak benarkan patients saya labour berhari-hari dan saya tak benarkan patients saya teran berjam-jam sampai baby dia mati dan dapat koyakan macam ni. Saya tak benarkan. Mencegah itu lebih baik dari merawat, supaya doktor zaman sekarang tak perlu lagi buat pembedahan repair macam ini lagi. 

Semua patients saya tahu, soalan penting yang saya selalu tanya depa selepas bersalin dan sebelum dibenarkan pulang ke rumah ialah, “Dah bangun pi kencing ka belum?” Kalau anda tak tahu kenapa saya selalu pastikan anda boleh kencing dengan normal selepas bersalin, sekarang anda semua dah tahu. Saya galakkan semua patients saya minum air secukupnya selepas bersalin, inilah nikmat bersalin di zaman sekarang. 

Nenek zaman dulu tak tahu ini. Tapi saya dah bagi ilmu ini dengan percuma kepada anda semua. Rugi diri sendiri kalau anda ketinggalan zaman. 

Semoga ilmu ini bermanfaat. 
Dr Imelda Balchin
Pakar Maternal dan Fetal Medicine

C&P
Facebook Dr Imelda Balchin
Pakar Maternal dan Fetal Medicine


Dr Imelda Balchin
Pakar Maternal dan Fetal Medicine





Thursday 4 August 2022

TEGUR KERANA SAYANG KAMU

Bila kita sudah tak boleh ditegur, itulah ego.

Bila kita rasakan diri kita lebih bagus dan pandang rendah orang lain itulah takabbur.

Orang bijak tidak mudah melenting dan tersentap apabila ditegur.

Kita manusia biasa yang tak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.

Adakalanya teguran orang lain itu datangnya dari Allah.

Maka, jangan terlalu cepat untuk tak menghiraukannya.

Kita tak tahu bila kita màti, bimbang nanti tak sempat berubah mahupun bertaubat.

Orang yang tak boleh terima teguran orang lain, dia takkan berubah.

Orang yang tak mahu berubah, dia tak layak tegur orang lain.

Bila dinasihatkan, kata orang tu macam baik sangat.

Kata tak boleh tengok dia senang, merasakan diri tu dah cukup sempurna.

Terimalah teguran dengan hati terbuka, walaupun teguran itu amat menyakitkan.

Jangan jadi orang yang sombong.

Belajarlah terima teguran orang.

Terimalah teguran dengan hati terbuka dan fikiran yang positif.

Jadikan teguran sebagai cermin untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik.

Aamiin...🌹
C&P 
Sumber : Facebook Mohd Ibrahim




jagalah adab kita..tegur secara berhormat &
 tidak memalukan si pelaku

#pesananuntukdirikusama

                            **saling menghormati **




belajar dan terus belajar supaya kehidupan rasa lebih bahagia..syukur & redha❤