Saturday 31 December 2022

PESANAN DI HUJUNG TAHUN 2022



sahabatku..ini titipan nasihatku

biarlah kita ada pendirian sendiri dan berdiri berusaha atas kaki sendiri.
tidak berhasad dengki & sentiasa berfikian positif
hari ni hari terakhir 2022. jom la kita bermuhasabah diri berusaha menjadi insan yg berguna kepada agama,bangsa dan negara

moga tahun 2023 akan datang menjadikan kita tabah dan cekal hadapi dugaan yg datang.jom jadi insan yg lebih baik dan sentiasa berusaha

MUG KARTUN COMEL


mak tih Zati @ adikku telah memberi 3 orang anak lelaki nadia mug kartun yg comel.adikku Zati bgtau kartum tu berdasarkan minat 3 orang heroku.


😍mug yg ada gambar dinosaur tu untuk anak sulungku,Arsyad yg suka akan segala jenis dinosaur.
😍mug kuning yg ada abjad ABCD untuk anak keduaku,Hakeem memandangkan anakku akan  memasuki alam persekolahan belajar di prasekolah.mula mengenali abjad.
😍mug yg ada gambar ikan pula khas untuk anak bongsuku,Harraz yg minat juga dengan ikan.

terima kasih mak tih Zati bagi mug kartun yg comel-comel belaka.anak-anak kakngah suka sangat dengan semua mug tersebut.

Thursday 1 December 2022

ALFATIHAH ARWAH PAKSU MID ULAMA KEDAH

SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - 2022 )

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :

1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star,  Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah 
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .

Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi 
3) Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .

Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulama yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah. 

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim /  Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. 

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :

1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 

2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 

3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.

4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.

5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat . 

6. Sapa tak baca al-Quran,  dia benci kepada Allah. 

7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Berikut disertakan waktu ziarah Pak Su Mid di rumahnya .

● Waktu Pertama :  9.00 pagi - 12.00 tengah Hari
● Waktu Kedua : 3.00 petang - 5.00 petang

Adab untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran , pen & kertas dan ikut waktu lawatan tersebut .

Alamat rumah Pak Su Mid - Kampung Kuala Pai , Bukit Tembaga , Kuala Nerang KEDAH

Moga rohnya dicucuri rahmat.alfatihah..
Amin 

#KenaliUlamak
Kredit info





Wednesday 2 November 2022

WARNA WARNI KEHIDUPAN

pesta cahaya,Stadium Keladi,Kulim



warna warni cantik dipandang,
hanya mampu melihat tak dapat dipegang,
memberi keceriaan penyeri alam,
hayatilah warna warni penyejuk mata .


Warna warni adalah kebebasan,
mengapa harus dipersoalkan?
Atau memang telah jenuh pada kedamaian?
Biarkan semua itu berjalan.

Warna warni adalah ketulusan,
yang terasa damai tanpa dipaksakan.
Bila tidak sependapat usahakan mencari jalan,
sepanjang hidup tidak meributkan.

Friday 21 October 2022

KEINDAHAN MALAM DI KOTA RAYA KUALA LUMPUR


MENARA KUALA LUMPUR







MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC

KREDIT : TWITTER


KEINDAHAN MALAM DITERANGI SINARAN LAMPU YANG MENYALA.BERWARNA WARNI MENCANTIKKAN LAGI KEINDAHAN SUASANA MALAM DI 
KOTA RAYA KUALA LUMPUR

💗💗SUBHANALLAH
💗💗ALLHAMDULILLAH
💗💗ALLAHUAKBAR

MALAYSIA TANAH AIRKU
SAYANGILAH MALAYSIA
PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT

SELAMAT MENGUNDI BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA
JOM KITA PERGI MENGUNDI
MOGA PEMIMPIN YANG DIPILIH MAMPU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA KITA DAN BENAR-BENAR MENJADIKAN NEGARA DEMOKRATIK DAN DISANJUNGI 

RIADAH PETANG

3 orang anakku,  Arsyad,Hakeem ,Harraz
berehat sebentar di kerusi taman








si bongsu,Harraz 



allhamdulilllah petang ni kami dapat balik kampung rumah tok di Alor Setar.mama layankan ajer 3 orang hero nak bermain di taman permainan di rumah tok.kebetulan berdekatan je dengn rumah tok.

beriadah bermain papan gelongsor,buaian,bermain bola sudah memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada anak-anakku.almaklumlah dah lama juga kami tak kuar beriadah bermain di taman permainan dok sibuk urus diri di rumah.

ibu sibuk mengoreng ikan,
ikan dimakan bersama Pak Tarman,
riang gembira bermain di taman,
mama bahagia jadi peneman..

anak-anak menjadi kunci kebahagiaan mama dan ayah.
moga 3 orang anak lelaki mama jadi anak soleh
berjaya du dunia dan akhirat
mama sayang kamu💖 

Saturday 24 September 2022

BAHAGIA CARA SENDIRI

Orang yang suka post gambar makan-makan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kerajinan dan ringannya tangan untuk berbakti dengan cara bersusah payah sediakan makanan.

Orang yang suka post gambar dia anak beranak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan waktu yang bersisa dan tenaga yang maksima untuk selalu dihabiskan bersama-sama dengan ahli keluarga.

Orang yang suka post gambar ke hulu ke hilir bagi sedekah pada yang memerlukan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kewangan yang lebih dan ketekunan yang tinggi untuk ke sana sini menghulur bantuan seikhlas hati.

Orang yang suka post gambar tengah bertugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang kuat dan semangat yang tekad untuk terus berjihad menyelamatkan orang lain yang sedang tak sihat.

Orang yang suka post gambar tengah mengaji dan hafaz Quran, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang dekat dengan Al Quran dan tingginya keinginan untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amalan.

Orang yang suka post gambar layan anak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan idea yang banyak beserta kesabaran yang tinggi dalam membuat anak-anak terhibur hati dan rasa disayangi.

Orang yang suka post gambar mengemas rumah, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan masa lapang dan kreativiti yang kunjung datang untuk buat rumah dia makin tenang dan senang dipandang.

Dan bahagian kita apa?
Bahagian kita ialah doakan yang baik supaya kebaikan kepada orang-orang itu semakin melimpah ruah. Dan dengan itu percayalah bahawa rezeki kita juga akan semakin bertambah. 

Begitu sifir Tuhan.
Kamu doa satu.
AKU bagi dua.

Satu untuk dia.
Tak lupa untukmu juga.

Jika tak punya rezeki seperti orang lain terkadang bukan kerana apa. Tapi kerana banyaknya mempersoal akan rezeki dan kelebihan manusia lainnya.

Kita bahagia cara kita❤️

Kredit : Norhidayah Binti Jamalus





cuba positif dalam hidup ni walaupun ada 
dugaan &ujian yg perlu dihadapi





bahagia caraku menulis blog bila ada masa lapang


Friday 23 September 2022

SENGKUANG CALIT


sengkuang diletak dengan kuah rojak ditaburi kacang dipanggil sengkuang calit

sengkuang calit dulu popular masa tahun 80an & 90an.kanak-kanak ,anak muda dan orang tua pun suka makn sengkuang calit.zaman sekarang banyak anak muda tak biasa makan sebab tak ramai orang nak menjual sengkuang yg diletak kuah rojak ditaburi kekacang.agak rare juga makanan ni..ada yg tak biasa makan camni.

gambar sengkuang ni diambil semasa nadia pergi beriadah di Taman Rimba @ Taman Jubli Perak semasa balik kampung di Alor Setar.harga sengkuang calit ni hanya rm2 saja tau.agak murah juga dengan potongan buah sengkuang yang agak besar.rangup ooo.

antara kebaikan makan buah sengkuang ini ialah :

🎀boleh mengurangkan sembelit

🎀berpotensi mengurangkan terjadinya penyakit kanser

🎀 meningkatkan prestasi senaman

🎀 baik untuk peredaran darah kerana ada zat besi

🎀 mengurangkan risiko pembekuan darah

🎀dapat mengawal tekanan darah

🎀membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan

🎀membantu menurunkan berat badan

Friday 16 September 2022

SELAMAT HARI MALAYSIA 2022


my family

Selamat Hari Malaysia

Lirik Lagu 1 Malaysia – Lagu Patriotik

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

ermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia


Aktiviti Hari Malaysia anak cucu Tok Mah & Tok Wan Aziz
di Alor Setar..kami balik kampung...yeay,,,anak Nadia 3 orang lelaki ,anak kaklong saya 2 orang lelaki juga dan adik Nadia pula 1 orang anak perempuan.memang riuh rendah rumah mak abah Nadia bila ada 5 orang cucu lelaki dan 1 orang cucu perempuan.sesekali dapat berkupul bersama..bukannya selalu dapat berkumpul sekali .cuma adik nadia yg sorang lagi ja takdapat balik ada urusan kerja.

🌟Main kat taman permainan dekat rumah tok
🌟Main kat Taman Jubli Perak dekat Wisma Darul Aman
🌟 Makan2 kat Lotus A.setar

terima kasih kaklong &adikku Yana sudi balik berkumpul bersama berjumpa dengan kakngah yg balik bercuti..mak abah pun terima kasih juga belanja kami makan & mak masak masakan yg sedap


bermain di taman permainan dengan rumh tok 



pemandangan di Lotus Alor Setar

MENGIMBAU ZAMAN STUDENT TAHUN 2011


Kawan lama masa belajar di kolej ambil jurusan Radiologi,teringat kenangan suka duka kami semua apabila belajar di sana..sekarang semua orang bekerja menjadi juru x-ray dan bertugas di hospital kerajaan.syukur allhamdulillah..

suka duka berkongsi bersama,
hadapi cabaran dengan tenang,
sahabat sejati berhati mulia,
sanggup bersama susah dan senang.

sahabat sejati sahabat setia,
ikhlas bersahabat membawa berkat,
selalu memberi nasihat berguna,
agar selamat dunia akhirat

MOGA BERJAYA DAN SEMUA SAHABATKU DIPERMUDAHKAN URUSAN MASING-MASING

Saturday 10 September 2022

KELEBIHAN MASAK SENDIRI DI RUMAH




wanita bekerja kadangkala tidak sempat masak sendiri di rumah.selalu tapau@bungkus makanan dari luar.nadia pun adakalanya beli juga makanan luar tetapi sekiranya larat dan sempat masak,nadia usahakan masak juga.homemade food lebih baikkan..

oklah,antara kelebihan masak sendiri di rumah adalah :

💖boleh masak dalam kuantiti yg banyak dan boleh makan berulangkali dan makan bertambah

💖bila masak sendiri kebersihan makanan lebih terpelihara.kita tidak tahu bagaimana pengurusan orang lain yg masak makanan yang kita beli dari luar.kadangakala ada juga makanan luar yg tercemar dan menyebabkan kita mengalami keracunan makanan

💖kita dapat mengawal bahan perasa yg diletakkan dalam makanan apabila masak sendiri di rumah

💖apabila masak sendiri kita dapat meluangkan masa makan bersama keluarga tercinta.

💖dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan.kita dapat merancang menu harian kita apabila memasak sendiri

💖dapat memberi kesihatan yang baik terutamanya kolestrol menjadi lebih terkawal kerana dengan memasak sendiri penggunaan garam dan minyak terkawal kadar penggunaannya

💖dapat memberi kepuasan diri merekacipta resepi baru dan keluarga menikmati resepi masakan yg istimewa daripada kita


nadia masak ayam masak merah



nadia masak nasi tomato di dalam periuk Noxxa



homemade nasi tomato..nadia masak

Thursday 8 September 2022

MAGGIE JENIS UDANG


Cover plastik maggie udang



adakah anda pernah makan maggie jenis perisa udang?
nadia rasa macam lebih kurang jenama maggie jenis kari.
cuma rasa lain macam rasa seafood skit.

maggie di bawah ni nadia masak & pecahkan telur..rasa sedap pula..makan pula waktu lapar & panas2 memang sedap tak terkata.anda pernah tak masak maggie dan pecahkan telur?

tetapi beringatlah juga supaya kita tidak kerap amalkan makan maggie kerana ada perasa MSG..memang sedap gak sekali sekala makan  kan...tetapi perlu berpada pada na...janganlah menyesal kemudian hari kerana amalan makan maggie secara kerap.

antara keburukan amalan makan maggie iaalah :

👉menganggu sistem penghadaman dan pencernaan
👉obesiti
👉kerosakan pada hati &jantung
👉keguguran
👉migrain yang teruk
👉 darah tinggi
👉gangguan hormon dalam badan



maggie udang

Saturday 3 September 2022

BERSARA@PENCEN

Sekiranya telah pilih untuk bersara wajib pada usia 60 tahun, boleh sahaja bersara pilihan seawal usia 40 tahun, dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.

Ketika bersara pada usia 40 tahun tu, akan layak menerima Ganjaran Perkhidmatan, Award Wang Tunai GCR dan Kad Pesara sahaja (semua faedah ini tidak dicukaikan pun).

Pencen bulanan layak terima bila? Soalan ni sangat lah popular. 

Pencen bulanan akan layak terima mulai usia 55 tahun sekiranya tarikh lantikan adalah selepas 12 April 1991. 

Bagi lantikan sebelum 12 April 1991, pencen bulanan boleh layak terima seawal 45 tahun dan seawal 50 tahun (mengikut klasifikasi tertentu). Pencen bulanan yang diterima seawal usia ini lah yang boleh dicukaikan. Boleh dicukaikan bermakna kena lah 'declare'. Kena cukai atau tidak, LHDN akan tentukan. 

Nak lagi faham, jom kita baca soalan berdasarkan situasi tertentu :

"Oh, begitu. Min, saya pilih dah nak bersara wajib pada usia 60 tahun. Lantikan saya SELEPAS tarikh 12 April 1991 dan saya ada beberapa soalan seperti berikut (Jawapan turut teman berikan) : 

1.    Saya nak bersara pada usia 53 tahun, berapa usia saya layak terima pencen bulanan ye? 
Jawapan  :  Pada usia 55 tahun nanti barulah layak terima pencen bulanan. Kena tunggu sikitlah. 

2.    Kalau saya nak bersara pada usia 54 tahun pula bagaimana?
Jawapan : Sama, akan layak terima pencen bulanan pada usia 55 tahun juga. Kena tunggu setahun, baru boleh layak terima. 

3.    Kalau saya nak bersara pada usia 55 tahun, boleh ke? 
Jawapan  : Ya boleh, boleh sangat, tuan akan terus dapat pencen bulanan pada usia 55 tahun.

4.    Hmm kalau saya nak bersara pada usia 56 tahun boleh ke? 
Jawapan : Ya boleh, boleh tuan yang budiman, tuan akan mulai layak terima pencen bulanan pada usia 56 tahun. Terus dapat. Tanpa ragu. 

5.    Kalau saya nak bersara usia 60 tahun pula Minmin?
Jawapan : Hurm.. jap saya nak ambil wuduk, solat 2 rakaat. Bagi tenang sikit. Lepas tenang kang baru jawab 😆.

Pertanyaan di atas kerap dikemukakan. Hampir setiap hari pasti akan ada. 'No worry', teman sentiasa dengan tenang akan berikan maklumbalas. 😊

Sekian, terima kasih. Harap bermanfaat.

Yang OHSEM, 
Admin

P/S  :   Teman doakan rakan seperjuangan barisan hadapan terus kuat. Didoakan kalian dan kita bersama sentiasa dalam perlindungan dan rahmat-Nya. Aaamiin 🤲"

copy paste
Facebook


  KERJAKU SEORANG JURU X-RAY@ RADIOGRAPHER
DI HOSPITAL KERAJAAN





Friday 2 September 2022

BUKU JUDUL FILOSOFI MAK SINGA


                                       buku yg menarik drpd penulis Anie-Alja



Buku berjudul Filosofi Mak Singa bacaan santai buat Ibu bapa terutamanya golongan Ibu yg berusaha menguruskan anak-anak yg pelbagai ragam dari sudut 
😉😉Psikologi Versus Sekehlogi🤣🤣

Anak sorang mungkin tak jadi 'singa' sebab Masih under control..kalau dah ada Anak lebih drpd sorang memang kita akan jadi *mak Singa*..
Ya,kita garang bertempat kan..bukan saja-saja nak marah Anak jika mereka tak buat sesuatu yg kita jadi marah..kita garang bukan nak niat membunuh anak-anak..marah untuk menegur kesilapan mereka yg perlu diperbaiki supaya besar nanti mereka  tak jadikan diri mereka 'Tuan Besar'@'Big Boss' kepada Ibu bapa mereka ..Nauzubillah..mohon dijauhkan & anak-anak kita jadi anak yg soleh & solehah.Amin...💞💝

Sakit kot beranak,tak kira la kita bersalin normal ka ceaser😰ingat senang ka melahirkan seorang bayi🤔jadi anak kita ibarat kain putih bersih yg masih suci & kita sebagai ibu bapa yg akan mencorakkannya🤩moga kita diberi kekuatan & kesabaran yg tinggi mendidik Anak generasi Y@Z 🤔sungguh mencabar 🥺

Penulis buku iaitu Puan Anie-Alja mengupas isu ni dengan baik & pengolahan ayat2 yg mudah difahami..Tahniah buat penulis buku; cetakan dari tahun 2018..

🌟Terima Kasih kepada sesiapa yg sudi membaca coretan saya sampai habis .tahniah ye anda dapat input positif drpd saya..syukur😉
#PartTimeBlogger #sharingiscaring #lifemummyof3sons #mamaarsyadhakeemharraz #kejakujuruxray #supermummy #ladyxray #superwoman #radiographerlife☢️ #wifeannuar






nadia bersama anak bongsu,Harraz

Wednesday 31 August 2022

MRI & KLAUSTROFOBIK

*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*

Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.

Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur...

Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru MRI mengenai proses MRI.

Sebagaimana yang dah diketahui,
Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.

Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,
Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.

Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.

Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.

Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.

Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan...

Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.

Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!

Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi  mcm pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.

5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nk menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas. 
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi.

Berkali2 aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi.
Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.

Ya Allah, aku tidak tahan...
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong. 
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.

MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.

Setelah ditenangkan oleh juru MRI, 
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI.
Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.

Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung...
Aku Klaustrofobik... Sessi dihentikan.

Aku tidak mahu teruskan MRI ini.
Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, 
maka MRI diteruskan pada petangnya dgn mengunakan ubat tidur (sedation).

Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepda pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.

6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi.
Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.

Ya Allah, 
aku takut himpitan kuburMu...

Di kubur nanti, 
Mana bola untuk aku ramas?
Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia?
Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?

MRI prosedur yang menginsafkan....
MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik...

C&P
Facebook
Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli.
****saya merupakan seorang juru x-ray yang mengendalikan mesin x-ray tetapi mesin Mri belum sempat belajar lagi..nadia bekerja di Hospital Kulim .bila kes Mri untuk pesakait dari Kulim kami semua pinjam mesin Mri di Hospital Sg Petani.kena bertugas di sana.**




mesin MRI








KAWAN@SAHABAT

Bukan nak menyendiri atau tak nak berkawan.

Bila kita makin dewasa, matang dan tua ini, semua kawan nampak menghilang.

Tetapi sebenarnya masing-masing sibuk dengan kerja, dengan keluarga, sibuk membesarkan matlamat dan sibuk berjuang untuk kelangsungan hidup.

Maka, kawan-kawan yang kita rapat itu nampaklah macam "ghaib". Hehe!

Yang tinggal pun mungkin tak ramai.
Yang rapat pun cuma seorang dua je.
Yang masih berhubung pun juga sedikit sangat.

Kawan yang berbalas, respon dan sentiasa ada bila kita cari dan perlukan, yang itulah kita hargai sungguh-sungguh ya.

Mana yang sudah tak berhubung tu, jangan risau ya. Jika ada rezeki dan jodohnya, pasti ada masa untuk ukhuwah ini terjalin juga.

", saya dah tak ramai kawan ni? Betul ke hidup saya dah jadi sendu?"

In shaa Allah, semua okay saja tu. Jangan risau ya.

Untuk sesiapa yang dah menginjak ke fasa lain, kawan-kawan semua yang baru berumahtangga atau mulakan hidup berkeluarga ni, kita kena faham mereka.

Usia yang lebih matang, kita tak kejar kuantiti.

Tetapi kita jaga kualiti.

Memang kita akan faham, jika nak diingat semula, kenangan masa ramai kawan ni seronok sangat. Gembira dan meriah je rasa.

Namun kena ingat juga, semua orang sedang berjuang dan meneruskan hidup masing-masing. Kawan-kawan kita tak pernah lupa kita, tetapi terlalu banyak perkara nak diingat dalam hidup ini. 

Komitmen dan tanggungjawab silih berganti.

Jika kamu sentiasa teringatkan kawan-kawan kamu, berdoalah untuk kesejahteraan dan kebahagiaan mereka walau di mana sahaja. Moga semua sahabat dan sesiapa pernah mengenali kita ini, diberikan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah ya.




COPY PASTE
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Carilah sahabat dunia akhirat.







rakan- rakan semasa belajar di Kolej Universiti MAHSA





rakan - rakan juru x-ray di Jabatan Radiologi