Thursday 23 March 2023

ADAKAH KITA DAH CUKUP MATANG??
























****MARILAH KITA SAMA SAMA MENJADI ORANG YANG SENTIASA POSITIF  DALAM APA JUA SITUASI PUN WALAUPUN KADANGKALA KITA RASA SANGSI..TETAPI TAKPA JIKA KITA BERTINDAK MENGENDALIKAN SESUATU SECARA MATANG,INSYAALLAH ORANG YANG TAK SUKA KITA @ BERNIAT JAHAT TERHADAP KITA MUNGKIN NANTI SUATU MASA TINDAKAN MEREKA YANG BODOH ITU AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI...BIARLAH KITA ADA TUHAN UNTUK MENGHUKUM...SEKARANG NI KADANGKALA TUHAN TERUS TUNJUK BALASAN CASH TERUS KEPADA PELAKU TERSEBUT..JOM JADI ORANG YANG MATANG:)***

Friday 10 March 2023

ANAK LELAKI

SIAPA ADA ANAK LELAKI KENA BACA SAMPAI HABIS

Anak lelaki banyak energy.
Anak lelaki suka berlari.
Anak lelaki suka bergusti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berquality.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory.
Semua ni ada scientific study.
.
Anak lelaki perlu terapi alami.
Ada penyembuhan pada alam semulajadi.
Biar main parit. Panjat pokok sana sini.
Ini untuk tabung emosi.
Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki.
Badan dapat create sistem immunity.
Dapat neutralize cas negative.
Kita nak restore humanity.
.
Jangan asyik pegang controller dan main psp.
Terperap dalam rumah, dinding kanan kiri.
Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.
.
Beri anak lelaki haiwan peliharaan.
Tak kisahlah walaupun ikan guppy.
Supaya belajar rasa empathy.
Moga besar jadi suami mithali.
Tak da la ego meninggi. (Kannnn)
.
Anak lelaki perlu ayah disisi.
Untuk jadi idola diri.
Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni. 
Kalau buat Allah sukai.
Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar dan mengasihi.
Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati.
Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
Cakap sekali belum tentu bergerak.
Kenalah ingatkan beberapa kali.
Bukan semberono ya.
Ada cara dan seni.
Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi.
.
Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri,
Ini amanah Illahi
Tugas kita bukan menghakimi
Tapi mendidik
Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi.
.
Ini soalan yang last sekali
Dah peluk anak lelaki hari ini?
Sekejap saja mereka membesar
Peluklah selagi berdenyut nadi.
Sayangilah mereka sehingga hujung nyawa kita..

C&P :Facebook



***nadia ada 3 orang anak lelaki...walaupun memang teringin nak ada anak perempuan tetapi semuanya ketentuan Allah..ada rezeki tambah anak lagi insyaallah..redha dan tak terlalu mengharap sangat..bersyukur masih berpeluang merasai nikmat mengandung,melahirkan anak dan bersama sama membesarkan anak3 nadia bersama suami tersayang..moga Allah mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan kami sentiasa mengamalkan amar makruf nahi mungkar..***






            gambar tahun 2020 masa perayaan Raya Haji



gambar tahun 2019 semasa anak sulung & anak kedua mai melawat tempat kerja Nadia di hospital






Friday 3 March 2023

SAYANGILAH DAN HARGAILAH PASANGAN KITA ,ANUGERAH TERINDAH






Para suami, isteri bukan tunggul. Bukan patung. Bukan orang gaji kat rumah. Masa kita kahwin kita setuju nak hidup mati sama-sama. Nak tempuh sama-sama. Nak buat semua benda sama-sama.Jadi, semua keputusan perlu dibincang bersama. Jangan membelakangkan isteri. Sebab tempat isteri bukan di belakang tapi di sisi.Perkahwinan menuntut mutual understanding, mutual responsibility. Peranan suami isteri adalah sama penting. 

Bukan macam majikan dan kuli. Bukan sorang di depan sorang di belakang. Bukan sorang diperintah dan sorang lagi yang menurut perintah.Cuba maklumkan kepada isteri, rendahkan ego. Isteri akan lapang dada walaupun suami sibuk tahap Perdana Menteri.Cuba bagitahu awal nak pergi mana. Nak pergi program apa. Nak jumpa siapa. Mungkin suami rasa tak penting untuk beritahu, tapi penting bagi isteri.Tapi BAGITAHU je tak cukup. Sekadar bagitahu, lepas tu pergi. Bagi saya menyakitkan hati. Cubalah ‘minta izin’.“Yang, boleh tak abang nak pergi..”Isteri akan rasa dihargai, rasa dihormati.Minta izin bukan sebab suami perlu keizinan isteri. Tak. Suami boleh pergi je tanpa minta izin. Isteri tak ada hak nak halang.Tapi minta maklumkan sebagai isyarat suami hargai dan hormat isteri sebagai teman hidup. 

Sebagaimana suami nak dihargai dan dihormati.Pentingkan isteri, isteri akan pentingkan anda. Utamakan isteri, isteri akan utamakan anda. Hormat isteri, isteri akan hormat anda. HARGAI isteri, isteri akan hargai anda..


kredit : Facebook

JANGAN TAKSUB DENGAN PHONE

Tanda-tanda phone sudah masuk dalam hati adalah :

1) Lepas solat terus cari phone
2) Baca Quran pun dah tak ada keghairahan
3) Bangun tidur terus capai phone
4) Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi
5) Nabi rehat dengan solat, kita rehat cari phone
6) Tidur malam kita mula terganggu kerana phone juga
7) Solat dilengahkan kerana sikap nanti nanti sedang leka melayan phone
8) Segala perbuatan kita disertai ingatan kita terhadap phone
9) Anak sembang pun kita tak dengar, terlalu fokus pada phone
10) Ada tetamu pun kita sudah tidak beradab, sibuk layan phone
11) Mak Ayah datang ziarah pun masih lagi layan phone
12) Ni lagi sedih, suami/isteri sembang sorang² sampai tertido, kita dok acah² respond tapi tangan dok sibuk menaip kat phone
13) Anak minta susu sampai tertido sampai kita tak perasan dia tertido, dan tangan masih tak lekang dari phone
14) Dengar azan pun tak terkesan, selamba lagi pegang phone. Tak takut langsung panggilan Allah.

Astaghfirullah. 

Jika tanda² di atas ada dalam diri kita, segera lah bertaubat, perbanyakkan Istighfar dan segera sorokkan phone anda. Jangan sentuh phone langsung. Selagi perasaan cinta kasih sayang terhadap phone tak dapat dihapuskan. Selagi itu jangan pegang phone. Ketika mana rasa ketagihan phone datang, tahan diri! LAWAN! KUAT! INGAT! Jangan sentuh phone. 

Ambil Wudu', Solat 2 rakaat, Baca Quran. Lepas baca Quran, buat Taklim Infradi. In Shaa Allah lama² phone tiada lagi dalam hati. Banyakkan zikir dan selawat. 

Rawat dulu ketagihan ini sampai dah sihat penyakit phone ni, baru pegang semula phone tetapi bersyarat. 

Kita yang sebenarnya mendahului kanak² dari segi TANTRUM. Kalau kita pun degil, macam mana nak control anak² yang ketagih phone. Hancur! 

Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman.

kredit : Facebook



PLAYGROUND @ PADANG PERMAINAN

Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak  rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak2. 

Malah kita sendiri pun... semasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground? 

✏️Di playground la otot dan sendi kita dirangsang. 
Sebab itu kita jadi kuat 💪🏼
Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita utk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis. 

Anak2 zaman skrg apabila menulis dan menggunting,kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata! 

Kenapa jadi mcm ni?
Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi. 

✏️Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. 

Kanak2 perlu bergerak.
Kita dulu memang boleh duduk diam eh? 
Dah kenapa zaman skrg ni kita nak anak2 duduk diam? 
 
No point bagi anak duduk diam. 
Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni. 
Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati: 
📌Anak akan sukar fokus
📌Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas
📌Anak kurang keyakinan diri
📌Anak tidak boleh mengawal emosi

Sebab dengan adanya playground,anak2 boleh bergerak dan bebas melakukan apa yg mereka ingin lakukan. 
📌Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu utk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak! 
📌Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang. 

Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah: 
⚔️We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini... sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon! 
HELLO!!!!! Anak2 perlukan guidance utk mereka memanjat di mana,pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana...... so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides,jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dgn jatuh dan menahan sakit,maka anak kita semakin kebal jadinya 💪🏼

⚔️Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan2 terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah.... dan kdg2 anak kita menjadi mangsa namun kdg2 kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yg membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda2 seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan,itulah yg kita dapat. 

⚔️Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kpd jatuhnya anak2 di playground. Itu saya cakap... change your mind and words. Daripada cakap jatuh,lebih baik pergi tolong anak dan bantunya mcm mana nak elak daripada jatuh. 

Kita,kalau org tengah kacau kita berseronok,kita marah kan? Apa ingat anak2 ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yg anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama2 dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini. 
“Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yg anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama mcm kita,bukan robot nak diarahkan itu ini. 

Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari2 bawa... tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje..... anak2 saya pun lama2 bosan takde kawan2 nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama mcm kita dulu2. Sebab anak2 saya dah terbiasa dengan rangsangan2 seperti ini namun kerana stage of play anak2 saya skrg lebih kepada social play, ketiadaan rakan2 baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai org.............

kredit : Facebook



anak bongsuku ceria bermain 







taman permainan berdekatan rumahku




             my heroes... permata hatiku bermain buaian di taman permainan di rumah abah makku