Saturday 29 April 2023

JUADAH RAYA MEE SUP





bekal Nadia bawa masa kerja petang





mee sup style LadyNadia
nampak sedap tak??hihi
mai mood rajin,apa2 yang Nadia teringin masak insyaallah cuba masak juga









kuah mee






first time Nadia belajar buat sambal hitam sendiri tau







mee kuning



semasa di rumah persiapan menyediakan bekal untuk bawa ke tempat kerja





juadah raya pada 7 Syawal !444H@28.4.2023
bekal masa kerja petang.makan bersama partner kerja
allhamdulillah,ada juga yang puji sedap...
bukan senang oo nadia nk bawa bekal lebih makan bersama kawan.hihi



Allhamdulillah💖😋🤩
Berpeluang masak mee sup style Nadia..tak pernah pun buat sambal kicap sendiri tetapi saja ja cuba  juga buat bagi jadi dan  hasilnya taraa ....ada juga la cedok sikit2 resepi daripada Google sambil modify ikut selera tekak saya..hihi

🍁Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan🍁
💥💥Kun Fa Ya Kun💥💥

Ikutkan Nadia baru saja balik kerja shift malam dan nak masuk semula shift kerja petang tetapi sebab rasa teringin sangat nak buat juga.korbankan sat masa tidoq tu untuk bangun awal masak sekejap.
Niat juga nak berkongsi rezeki dengan rakan sekerja yang kerja shift pagi ( Kak Norul,Bibah & Ppk Joe) & partner kerja petang Nadia ( Kak Faizah & Ppk Adi)

Kiranya first time juga la masak mee sup ni sampaikan usaha buat sendiri sambal kicap tu dengan tengok2 kat Google resepi yang mudah nak cuba ikut dan buat..
Try & Error😉
Allhamdulillah, mungkin masak dengan seikhlas hati, ada juga yang puji sedap🤩🤭 Syukur... kebetulan sama menjadi sebab ikut resepi dan bahan2 masakan pun secukup rasa😘
🎀🎀Juadah Raya pada 
       7 SYAWAL 1444H
 bersamaan 28 April 1987🎀🎀
(I am birthday girl🥳 past 2 days,
my birthday is on 26.4.2023😉)

#LadyNadia #PartTimeBlogger #ladyxray #kejakujuruxray #malaysianblogger #MalaysianFrontliners #raya2023 #selamatharirayaaidilfitri #doayangbaikbaik #juadahraya #kerjapetang #motivasi #keepfighting #staystrong #mamaarsyadhakeemharraz #lifemummyof3sons

Sunday 23 April 2023

BEWARE OF MAK CIK BAWANG RANGERS..




👉👉👉👉Beware of makcik 🧅bawang
Besa la bila musim perayaan, setiap orang akan balik kampung ,ada la makcik2 🧅 akan sibuk bertanya macam kita ni umpama macam kaunter pertanyaan no..haru sungguh🤣penyibuk jer nak tau hal orang..suka hati ler orang nak buat apa pun...🤪
💥mak cik 🧅 jagalah diri sendiri..jangan suka dok masuk campur & ambik tahu hal orang@rumah tangga..jangan suka jadi penyampai,bergosip benda yang  belum pasti sahih ka tak.ingatlah hari ni kita dok sedap mengata orang,esok lusa mungkin benda tu akan berbalik kepada orang tersebut yg suka mengata orang 😡🚫
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Allah Maha Mengetahui
Allah Maha Besar
Allah Maha Adil
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Ok,sekian coretan drpd saya..saja ja berkongsi.gambar kat bawah ni pun saya yg edit sendiri & buat ayat sendiri na...saya memang suka edit pictures & titipkan sedikit nasihat🤩 terima kasih kepada sesiapa yg sudi baca na😉
🎆Salam Lebaran 2023🎆

#PartTimeBlogger #malaysianblogger #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #LadyNadia  #ladyxray #doayangbaikbaik #shootingxray #MalaysianFrontliners #makcikbawangrangers

Monday 17 April 2023

PENYONDOL@ PERAMPAS SUAMI ORANG...INSAFLAH!!!!!

Buat lelaki & wanita yang budiman🧐

Pesanan mesra drpd saya😉

Say 
 ✅YES cuba menghindarkan diri & mengelakkan diri agar tidak terlalu beramah mesra dengan kawan lelaki/perempuan terutamanya di tempat kerja .risau satgi jadi terlebih selesa bercerita daripada pasangan sendiri

❎ NO perempuan bujang perlu mengawal diri dan jangan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang.fikirlah baik2 jika anda berada di tempat isteri orang tu,adakah anda pun takkan rasa sakit hati bila suami anda curang🤔..lelaki hidung belang mungkin akan cari orang lain pula jika si isteri no 2 dia tu dah membuatkan dia jemu dah..

jadi,Cuba jangan jadi PERAMPAS@PENYONDOL
👎😡🚫⛔

🖤🖤🥹Sekarang ni di Malaysia 🇲🇾 isu yg sangat panas@ hot adalah kisah artis & media influencer yang rumah tangga mereka sedang berantakan dan ada yang turun naik mahkamah untuk selesaikan kes perceraian .masing-masing dah tak malu cerita hal peribadi & buka pekung sendiri.moga urusan kalian semua dipermudahkan & menemui jalan penyelesaian .tetapi harapnya anak-anak tidak diabaikan & kesihatan mental mereka perlu diambil peduli..berilah kasih sayang secukupnya🥰

Astaghfirullahalzim😲Nauzubillah😲 dunia akhir zaman🧐
#justmy2cents #PartTimeBlogger #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #IsuViralMalaysia #kisahrumahtangga #pasanganhidup #doayangbaikbaik #syukurselalu #redha #sabar #ujianhidup 

🤩Gambar ni Nadia edit sendiri tau..memang hobi & bakat terpendam😉suka tambah cute emoticon 🥰 suka suka layan hobi🫶peace yo ✌️

Tuesday 11 April 2023

SALAM RAMADHAN 1444H


🌹Salam 20 Ramadhan 1444H🌹

umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi.hanya berbaki lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk terus menunaikan ibadah puasa.
jom kita sentiasa bersemangat beribadah ,upgrade diri dan sentiasa istiqamah bersolat terawih pada bulan yang mulia ni.jom sentiasa kita membiasakan diri bangun solat sunat tahajud setiap kali waktu sahur dan memanjatkan doa.waktu sahur adalah salah satu waktu mustajab untuk kita berdoa.


😯hujan mengiringi kami di sini pada awal pagi ni menemani bersahur sekali🥱😋😉

ALLHAMDULILLAH ❣️
SUBHANALLAH❣️
ALLAHUAKBAR ❣️

Semoga dipermudahkan urusan kita semua umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa iaitu antara salah satu Rukun Islam 🌟

☢️Sis bekerja sebagai juru x-ray di hospital kerajaan.kami bekerja ada partial shift, maksudnya jadual kerja adakalanya kami juru x-ray di Jabatan Radiologi bekerja pelbagai waktu:

💀waktu office hour
💀bekerja shift pagi,malam,petang 
💀standby onkoll 24jam
alah bisa,tegal biasa.🤗😉
ayuh!!!semangat 💥semangat💥

bila bulan puasa,kami staff Hospital Kulim yang bekerja office hour sama ada kerja di pejabat pentadbiran,klinik pakar,jabatan farmasi,jabatan radiologi dan juga makmal berpeluang merasa balik kerja awal setengah jam daripda waktu kerja pada hari biasa.rupanya balik awal setengah jam tu bergantung pada pengurusan hospital tersebut atas kelulusan pengarah hospital.allhamdulillah pengarah hospital kami beri keizinan kami balik awal untuk membuat persiapan untuk berbuka puasa bersama famili.syukur..tetapi,bagi staff yang bekerja di jabatan kecemasan dan wad mereka perlu ikut jadual kerja shift seperti biasa la.

#radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #kamisediamembantu #hospitallife #KKM #malaysianfrontliner #puasa #ramadhan1444H #puasa2023#lifemummyof3sons #salamramadhan #salamsahur




Wednesday 5 April 2023

BELAJAR MRI, SIS CUBA😉

Allhamdulillah Nadia berpeluang belajar ilmu radiologi baru belajar mengendalikan mesin MRI walaupun hampir 11 tahun bekerja sebagai juru x-ray.kami semua juru x-ry buat kes MRI pesakit dari Hospital Kulim kat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sg Petani..kiranya pinjam modaliti mesin MRI HSAH sebab Hospital Kulim belum ada lg mesin MRI 🥺hanya ada mesin ct scan saja.
Tapi,tu la kami buat kes di sini 
setiap Selasa & Jumaat sahaja.

team MRI dari Hospital Kulim selalunya akan datang berlima.seorang doktor (MO) Radiologi,Pakar Radiologi dan 3 orang juru x-ray.kami selalu menaiki kenderaan hospital yang telah disediakan.kadang-kadang saja kami terpaksa pergi dengan kenderaan sendiri  sekiranya kemudahan transport tak dapat disediakan atas sebab faktor tertentu.

selalunya list kes MRI adalah lebih kurang 12 kes .
kes MRI semakin bertambah.moga suatu hari nanti, Hospital Kulim berpeluang memiliki mesin MRI kepunyaan sendiri.pemeriksaan MRI ni memerlukan masa yang lama untuk scan.scan brain(otak) pun ambil masa lebih kurang 30 minit juga berbanding bila kita guna mesin ct scan hanyalah 5-10 minit sahaja.
haaaa nampak bezakan??

💛mesin MRI menggunakan kuasa magnetik & gelombang radio,tiada radiasi dan memang selamat.lebih fokus untuk melihat otot(muscles),tisu,organ (cross section images)
 
💛mesin ct scan memang memberi radiasi yang sangat tinggi kepada pesakit.lebih fokus untuk melihat organ & tisu dalam badan

❤bayangkan buat ct scan brain bersamaan dengan 30 kali kita buat x-ray dada (chest@cxr) (radiasi tinggi)

🌹SUCCESS NEEDS A SACRIFICE 🌹

😓 First time baru setel abis buat kes MRI pkl 7.15malam..sis redha.bertabahlah..

 #radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #malaysianfrontliner #kkm #kamisediamembantu #hospitallife #mriteam #ilmu #sayabudakbarubelajar

Nadia belajar dengan rakan
 sekerja Haikal & Kak Siti Mariam






TIPS GALAKKAN ANAK BERPUASA





Mama ampa memang pulun & excited pula nak bagi semangat anak-anak supaya belajar berpuasa penuh hinggakan terhasilnya pamphlet untuk lekatkan stickers jika berpuasa penuh setiap hari 🥳🥳

Anak sulung Nadia dah berumur 8 tahun, jadi memang Nadia cuba bagi galakan supaya belajar berpuasa penuh .tahun lepas tak berjaya pun puasa penuh..biasa la kan,abg Arsyad ni suka makan, jadi ada ja la alasan nak buka puasa awai🤭tapi takpala pelan2 la belajar berpuasa..tengok tahun ni nampak abg Arsyad dah bersemangat skit berpuasa..moga anak mama istiqamah na🫶

Si adik yg no 2 ni ,Hakeem dah masuk 5 tahun & belajar di prasekolah di sekolah sama dgn si abg Arsyad jg..cikgu kelas prasekolah memang galakkan pelajar berpuasa .tetapi entahlah si Hakeem ni dapat berpuasa ka tak sampai abis kelas pkl 12 tgh hari.selalunya kat rumah pkl 10pagi minta nak makan dah🤭bila bgtau Hakeem puasa kan,mana boleh makan & minum ..dia boleh cakap alaa makan skit ja mama...adooi haru aih,Hakeem tak brapa nak faham lg erti sebenarnya puasa..

Almaklumlah kan negeri Kedah baru2 ni dapat cuti 3 hari..kami dapat cuti public holiday (PH) utk menyambut 1 Ramadhan..jadinya bersambung la sampai cuti weekend Jumaat & Sabtu .. hari ni baru pelajar2 sekolah di Kedah mula bersekolah & start berpuasa di sekolah.moga pelajar2 sekalian sabar & tetap bersemangat belajar walaupun berpuasa.. insyaallah belajar kan merupakan 1 jihad juga kan menuntut ilmu untuk bekalan di dunia & akhirat😉🌹🌹👌
#lifemummyof3sons #salamramadhan2023 #1444H #day4 #puasa #tipsparenting #justmy2cents #mamaterlebihrajin #puasarukunislam

Tuesday 4 April 2023

KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA)





Boleh tahan juga ye pelajar tahun 2 belajar untuk kelas KAFA
 (Kelas Al Quran & Fardhu Ain)
Ada buku teks & buku aktiviti 📚

Saja nak cerita😉
Nadia & adik beradik Nadia tidak berkesempatan belajar untuk sesi kelas KAFA.jadinya kami tak berapa tau sangat apa subjek yang diajar.rupanya menarik juga ye...🤩

Nadia pun rasa semangat juga nak belajar & ambik tahu ilmu agama bila anak sulung Nadia,Arsyad buat homework. biasalah kadang-kadang tak semua ilmu agama kita tau kan..tambah-tambah subjek Sirah, belajar pasal riwayat hidup Nabi s.a.w....biasalah ada juga yang dah terlupa juga

            subjek yg diajar dalam kelas KAFA ialah :

Bahasa Arab
Sirah
Ibadah
Adab
Tilawah
Hafazan
Jawi
Khat
Akidah


💐💐JOM SAMA-SAMA KITA BELAJAR,
 UPDATE OUR ISLAMIC KNOWLEDGE 💐💐