Friday 26 May 2023

TIPS BAGI ANAK-ANAK SUKA MEMBACA BUKU





kredit daripada Facebook


Tips nak bagi anak-anak suka buku.

1. Expose anak-anak dengan buku-buku yang menarik.

Janganlah awal-awal kau dah tunjuk novel Ombak Rindu dekat dia. Mana maunya. Buku yang menarik tu maksudnya yang banyak warna terang-terang, gambar yang mood happy, buku-buku graphic yang tak heavy dengan wordings sangat. Sebab budak ni, kena bagi dia curious dulu. Baru dia rasa nak explore.

2. Bawak pergi Library.

Yang ni atas initiative parents lah. Dekat mana-mana library mesti akan ada section kanak-kanak. Buku-buku baby, flash cards pun ada. Bagi je diorang explore sendiri buku-buku situ. Kita just pantau jenis buku yang dia pilih jelah. Jangan bantai dia ambik Mastika, 1001 Malam,Mangga sudah. (Ada lagi ke = sekarang? Haha)

Sekali pergi dapat lepak situ sejam dua pun cukup dah. Tak dapat every week, pergi monthly pun okay dah. Just to let them know that, there is a place for them to explore buku-buku macamtu. Kadang tu bebudak ni bukan tak suka buku. Tapi dia tak didedahkan dengan jenis-jenis buku yang menarik dimata dia. Tu yang dia tak tunjuk minat pada buku tu.

3. Parents kena berlakon sikit depan anak-anak.

Budak-budak biasanya akan bercerita dengan parents bila dia dah baca something. So, bila dia cerita tu, kita kena buat facial expression yang macam kagum gila! Just fake it. Takpe. Budak-budak suka. Dia rasa bangga. Apa pun yang dia cerita, kita react as if tu lah first time kita dengar pasal benda tu. Nanti semangat dia akan naik untuk baca and cerita lagi kat kita. Then kita berlakon la lagi. Kejap je. Sampai anak kita ada anak sendiri sok, biar dia pulak sambung berlakon depan anak dia. 

4. Kurangkan Screen Time

Ni biasa dengar dah kan? Gadget-gadget tu kurangkan. For some parents, maybe it's hard sebab dah termula bagi gadget. But kita ni parents kan? Kita ada control over our kids. Kena firm dengan decision kita. Jangan dia pujuk sikit kita dah cair pulak. Tapi terpulangla bab ni. Abang tak campur cara masing-masing.

5. Jadikan budaya dalam family.

Anak-anak ni, they lead by example. Cara paling berkesan adalah bila dia tengok kita buat, dia akan mudah ikut. So, kita rajinkan membaca depan anak-anak. Nak lagi elok, ambik masa sekali dalam seminggu, sejam every session, duduk sekali sama-sama, semua gadget letak tepi, semua membaca. Parents and kids. Lagi power impact dia kalau dapat buat macamni.

6. Give them no choice.

Bila nak keluar ke apa ke, the only thing yang kita benarkan dia bawak adalah buku. Choose your books. Pilihla nak bawak buku mana pun, but hanya buku yang dibenarkan.

Bila tu je entertainment yang dia ada, dia akan baca. Mula-mula je rasa terpaksa. Lama-lama bila dah terbiasa, dia akan selesa sendiri. Dia sendiri yang mintak nak bawak buku bila keluar instead of benda lain. InsyaaAllah.

Tapi parents still kena main peranan la. Time anak-anak baca buku, minimumkan pegang phone sendiri. Kang dah tak jadi lead by exampl pulak.

.
.

 tips ni bukan nak bagitau yang anak-anak Nadia  bagus membaca everywhere ke apa.nak kongsi nikmatnya bila anak-anak suka buku ni. Nak tau nikmat dia macam mana? Cuba dulu these steps and you'll find out yourself.
 

JOM JADIKAN AMALAN MEMBACA SEBAGAI BUDAYA HIDUP KITA
MEMBACA JAMBATAN ILMU
JADIKAN BUKU SEBAGAI PENEMAN & PEMBIMBING HIDUP KITA💖


             Anak bongsuku, Harraz suka mewarna                 almaklumlah baru masuk 3 tahun



Monday 22 May 2023

WELCOME TO FAMILYMART KULIM





















Kulim dah semakin maju.syukur..💗
Walaupun Kulim ni bukannya my hometown tetapi Nadia mencari rezeki di sini.
Tumpang seronok jg bila banyak kedai francais yg dah ada di Kulim.
Dulu kalau nak beli barang2 camni kena pi area Bkt Mertajam,Sbrg Jaya,Penang,Sg Petani😉

🥳🥳Hari ni Isnin bersamaan 22.5.2023🌟 2 Zulkaedah 1444H FamilyMart akan buka secara rasmi di bangunan baru berdekatan dengan Mc Donald's Kulim & luar Kulim Landmark Central (Giant Kulim).bangunan baru berdekatan 

Jom kita pakat ramai2 beli makanan viral di sana ..Nadia pernah makan aiskrim ja..hat tu ja reti makan ..Oden pun takdan lagi nak beli...😂

Sekarang ni zaman dah canggih,kita digalakkan untuk download aplikasi  My FamilyMart kat Play Store handphone kita
untuk dapat diskaun,code, delivery & pelbagai keistimewaan lagi 🤩🥰

#familymartmalaysia #PartTimeBlogger #ladyxray #LadyNadia #lifemummyof3sons #kulimkedah #sayaanakkedah #viralfoodmalaysia #kulim #FamilyMart #sharingiscaring



Aplikasi FamilyMart boleh didownload di PlayStore









Nadia bersama kawan baik Wawa,semasa hari pertama pelancaran kedai FamilyMart Kulim pada 22.2.2023@2 Zulkaedah 1444H


Friday 5 May 2023

AJAL MAUT RAHSIA ALLAH





buku keluaran Dubook Press Sdn Bhd berjudul
 Diagnosis : Mortuari


buku ni mengisahkan kisah dan pengalaman sebenar 3 orang doktor yang berdepan dengan pesakit yang di ambang kematian dan ada yang nampak sihat elok akhirnya meninggal dunia juga..
ya..tiap tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Sesungguhnya, tiada upaya kita untuk menidakkan takdir Allah. Ajal maut adalah rahsia Allah. Apabila sampai masanya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa boleh ditunda atau dipercepatkan. 

Sakit bukan bermakna ajal dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan ajal. Dek itulah, kita disuruh untuk sentiasa beramal agar ia boleh dijadikan bekalan di hari perhitungan kelak. Penentu syurga atau neraka yang layak didiami. Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali-Imran 3: ayat 185)  

Hidup ini hanyalah persinggahan. Akhirat itu kekal abadi. Namun, cuba perhatikan gaya hidup yang ramai di antara kita jalani ketika ini. Adakah kita ‘menghambakan’ diri kepada akhirat yang kekal abadi atau kita lelah dengan urusan dunia yang sementara ini?

Celik sahaja mata, otak sudah ligat berfikir tentang urusan kerja yang tidak pernah habis. Bimbang dengan jumlah wang yang tidak pernah cukup. Segala nikmat hidup ingin dikecapi. Urusan dengan Allah sering terabai. Dalam 24 jam sehari, kurang dari sejam masa diperuntukkan untuk kehidupan di sana.

Apabila difikirkan, betapa bodohnya diri ini kerana tidak mampu menilai ganjaran yang menanti. Jika ingin membuat pelaburan, bijak pula membuat perbandingan itu dan ini. 

Jika keuntungan tidak pasti, itu pasti bukan pilihan hati. Sebaliknya pula dengan hal hidup dan mati. Biapun sudah jelas tentang kematian, masih tidak sedar diri. Mungkin inilah yang dikatakan hidup jika bertuhankan nafsu, kita sebenarnya memilih jalan menuju kehancuran.

Capai cermin, tanyalah pada diri sendiri, apakah anda salah seorang daripada manusia yang tunduk dan yakin bahawa Allah Ta'ala ialah Rabb, tuhan bagi seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi. Selepas itu cuba imbas kembali, apa kebaikan dan amalan yang telah anda lakukan pada hari ini?

Jika tiada yang terlintas di fikiran, masih belum terlambat untuk mengambil tindakan. Islam itu indah, Islam itu mudah. Setiap kebaikan pasti ada ganjarannya. Mempermudahkan urusan orang lain juga adalah kebaikan yang dijanjikan pahala. 

Jom sama-sama kita persiapkan diri untuk pulang ke negeri abadi. Moga kita semua sentiasa Istiqamah dalam mencari redha Allah. - Getaran, 13 November 2022

 #iluvreading👓 #bukubelisendiri #myminilibrary📚 #membacajambatanilmu






Monday 1 May 2023

SELAMAT HARI PEKERJA 2023

1 Mei > SELAMAT HARI PEKERJA

🧑‍⚕️🧑‍⚕️Nadia bekerja seikhlas hati walaupun jeles pula bila tengok orang berjalan ke sana ke sini melancong sebab hari ni kan Public Holiday (hari kelepasan am Malaysia)
1 Mei & masih dalam cuti sekolah lagi🤗 1 Mei selalunya menyambut Hari Pekerja 🕵️
lagipun masih lagi dalam suasana raya, almaklumlah kan bulan Syawal ni banyak masyarakat buat rumah terbuka Aidilfitri (open house)😋 

Kali ni partner kerja dengan Kak Mas,juru x-ray senior.allhamdulillah, kes utk x-ray & scan  masa kerja shift pagi ni biasa2 ja...moga nanti masa kerja shift malam masih under control & taklah overload...biasa la kan hari ni juga hari terakhir murid bercuti sekolah..jadi,banyak kereta di  jalan raya & moga tiada apa2 kecelakaan berlaku🥲

#radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #LadyNadia #ladyxray #01052023 #selamatharipekerja #PartTimeBlogger #MalaysianFrontliners #lifemummyof3sons #raya2023 #malaysianblogger #doayangbaikbaik #kejakujuruxray