Gajet seperti telefon pintar, tab dan ipad memang menjadi antara barangan peribadi yang penting bagi individu sekarang ni. kita sebagai ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet anak-anak kita supaya mereka tidak terlalu taksub dan leka bermain gajet tersebut.
Di bawah ini saya kongsi antara tips yang boleh diamalkan untuk mengurus anak bermain gajet :-
# Hadkan masa anak menggunakan gajet tersebut.tetapkan masa agar anak bermain dalam masa tertentu sahaja.
# Jadikan penggunaaan internet sebagai perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka.
#Aplikasikan nilai-nilai murni yang diperoleh dan jauhkan nilai-nilai negatif daripada diri anak
#Lakukan bersama anak aktiviti menggunakan gajet supaya anak tidak menyalahgunakan dengan sewenang-wenangnya.
#Bimbing anak mengurus masa dalam pengggunaan gajet dan Internet.
#Terangkan fungsi gajet kepada anak-anak selaras dengan prkembangan terkini.
#Tulis nota ataupun pesanan berunsur tarbiyah dalam telefon pintar ataupun gajet anak-anak
#Muat turun aplikasi Al quran dan terjemahan,hadith 40, amalan sunnah supaya anak-anak dapat menerokai dan mengambil manfaat daripadanya.
#Lakukan aktiviti di dalam ataupun di luar rumah seperti berkebun, beriadah dan mengemas rumah agar anak-anak tidak terlalu leka bermain video atau game sahaja.
No comments:
Post a Comment