Saya menggunakan inverter aircond R32 Daikin. Untuk penjimatan letrik saya set pada DRY mode agar humidity bilik antara 50-60%. Pada remote, saya set pada 26’C dan masih mendapat 24.3’C dengan 47% humidity. Kebiasaan humidity dibilik saya ialah 70%. Humidity yang sesuai, segar dan menyihatkan di Malaysia ialah antara 50-60%. Ini bermakna aircond saya berfungsi dengan baik dan bersesuaian dengan saiz bilik. Suhu paling sesuai ialah 24’C atau 25’C untuk tidur malam. Jikalau anda set remote pada 16’C pun, suhu terendah yang anda dapat mungkin 19’C sahaja tetapi compressor bekerja non-stop, yang menyebabkan bil letrik yang tinggi .
Untuk penjimatan, set remote pada DRY mode (tanda air bukan tanda snow) dengan suhu 24’c atau 25’C. Jika tak selesa juga, set remote 22’C COOL kemudian tukar mode pada DRY. DRY mode akan mendapatkan anggaran penjimatan 50% dari COOL mode kerana compressor kurang bekerja. Untuk makluman, kos letrik aircond satu jam, lebih kurang:
thanks for sharing. nanti sy ikut tips yg nadia kongsikan ni.
ReplyDelete