BELAJARLAH SEPANJANG HAYAT..LEARNING IS FUN AND SO INTERESTING, OK!!





belajar adalah menuntut ilmu ataupun berusaha mempelajari sesuatu.anak-anak yang baru bertatih berjalan juga belajar ilmu baru supaya sentiasa berusaha untuk cuba berjalan iaitu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.bak kata orang dari kecil lagi, semua manusia di muka bumi ni mempelajari sesuatu tak kiralah secara formal atau tidak formal.💸💐📖📓📎🕓





sebenarnya proses pembelajaran ni perlulah sentiasa diteruskan sehinggalah kita dimamah usia dan rambut beruban pun.janganlah menganggap selepas tamat persekolahan ataupun sudah memegang ijazah kita terus berhenti belajar.sebenarnya kita tak akan pernah abis belajar lagi walaupun sudah memegang title doktor sekalipun kerana hari-hari kita akan didedahkan dengan sesuatu yang baru.haa bila kita dapat dan tahu sesuatu yang baru (fresh) semestinya kita akan berusaha untuk belajar untuk menghadapi situasi tersebut.contohnya graduan yang baru mula bekerja akan belajar lagi ilmu dalam menguruskan kerjaya sendiri pula dan akan belajar selok-belok dunia kerjayanya.👮👯👰👱👲👳👬👭



saya pun mempelajari sesuatu yang baru dalam mengendalikan pesakit yang berbagai ragam walaupun dah masuk 4 tahun bergelar juru x-ray di salah sebuah hospital kerajaan.saya akan cuba melakukan x-ray dengan sebaik mungkin dan akan cuba belajar meminimumkan dos radiasi kepada setiap pesakit yang di x-ray.haa tu pun kiranya belajar juga kan.💀👫

sebenarnya saya nak menekankan yang everyday is a learning process...kita akan sentiasa belajar benda baru kerana setiap hari kita akan berdepan dengan pelbagai situasi.adakah kita berjaya mengendalikan situasi tersebut dengan baik ataupun sebaliknya.semuanya bergantung kepada keupayaan kita.kalau berlaku sebaliknya yang negatif kita akan cuba belajar memperbaiki kesilapan yang kita telah lakukan tempoh hari.yaa , nobody is not perfect. but we need trying to make things perfect.although not perfect, but it must going smoothly..ok??insyaaalah, kita boleh lakukannya dengan baik. 👪✋ 

nadia bukannya nak menunjuk-nunjuk dan sengaja nak berkongsi entri ni, cuma ingin mengajak dan memperjelaskan kepada semua bahawa sebagai seorang manusia sejati kita perlulah berusaha menjadi seorang yang lebih baik daripada hari semalam.try to be a better person today, tomorrow and day by day..(sori na, nadia mix bahasa melayu dan english, harapnya korang tak kisah na..)🌹😍

mesti kita semua pernah dengarkan ada slogan yang mengatakan "tuntutlah ilmu hingga ke negara China".sebenarnya ia merupakan suatu simbolik galakan supaya kita berusaha mempelajari sesuatu ilmu sehinggalah ke mana pun.di mana-mana pun kita akan belajar benda yang baru.ilmu yang baru sebenarnya seronok untuk kita terokai.macam contohnya pakcik makcik yang lahir pada tahun 50-70 an.mereka banyak mempelajari ilmu baru dengan adanya kecanggihan teknologi zaman sekarang.daripada dulu mereka kurang terdedah dengan handphone, tapi sekarang ni mereka belajar menggunakan handphone touch screen dan belajar menggunakan media sosial menggunakan handphone seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.haa tu kan mereka belajar juga, kalau tak macam mana mereka pandai nak gunakan handphone jika tak belajar dan explore benda baru.☎

walaupun nadia dah bekerja dan bukannya bergelar pelajar lagi tapi nadia cuba menambah ilmu pengetahuan dengan banyakkan membaca,berkongsi cerita dengan orang yang lebih tua serta rakan-rakan  dan sentiasa bertanya kepada orang yang lebih arif.memang nadia suka membeli dan mengumpul pelbagai jenis buku seperti buku motivasi, buku resepi, majalah PAMA,novel, buku agama dan sebagainya tetapi nadia tidaklah membuta tuli mengambil dan mengaplikasikan ilmu di dalam buku-buku tersebut tanpa bertanya dulu kepada orang yang arif.bukan apa kita nak belajar ni perlu juga berguru , tak boleh sesuka hati mempercayai buku semata-mata.nanti lain plak jadinya.takut sesat ja.ingat pepatah "malu bertanya, sesat jalan".👀👃👄✌


sudut ruang membaca di rumahku(mini library)













oklah, panjang plak nukilan nadia.konklusinya, belajarlah sepanjang hayat. jadilah manusia yang penuh ilmu di dada dan penuh budi bahasa.learning is fun and so interesting, ok!!terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca tulisan ni..terima kasih daun keladi, lain kali bacalah lagi.heheheh..peace, no war!!🙋

8 comments:

  1. Yup!! Setuju dengan Nadia.. everyday is learning proses.. kita akan belajar setiap hari bukan sahaja dengan orang luar tapi family kita juga..Nterutama sekali anak-anak kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betoi sangat tu kak...dengan anak sendiri pun kita boleh belajar tentang bagaimana nak uruskan mereka kan

      Delete
  2. Betul tu setuju... Belajar lah sampai bila-bila kerana ilmu itu tidak pernah luak. Hidup untuk sentiasa belajar... Thank you sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...welcome..thanks juga sebab sudi membaca entri sy ni:)

      Delete
  3. waaa..bagusnya ada mini library..betul, kita jangan berhenti belajar..untuk diri kita juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja ja kebetulan dah ada ruang skit kat rumah saya ni buatlah mini library..alhamdulillah tercapai juga impian...ya belajar untuk diri kita juga

      Delete

Powered by Blogger.