MAI JANGAN TAK MAI PESTA PULAU PINANG 2016

dah lama nak bercerita pasal kunjungan kami sekeluarga ke Pesta Pulau Pinang 2 minggu yang lepas.tak sempat nak menulis sebabnya nadia sangatlah busy dok kemas kat rumah baru.sajalah nak berkongsi cerita mengenai Pesta Pulau Pinang tu..

Untuk pengetahuan korang, Pesta Pulau Pinang diadakan setiap tahun pada setiap kali hujung tahun musim cuti sekolah di tapak pesta Sungai Nibong kat dalam pulau .pada kali ni, di sana ada kelainannya kerana adanya kerlipan lampu-lampu yang berwarna-warni menghiasi pesta..bila malam, sangatlah cantik bila dilihat..colourful...sangat menarik.

nadia pergi bersama suami, anak, mak mertua dan adik ipar.. kami pi awai la sampaikan dapat parking kereta betul2 di hadapan pintu masuk pesta..alhamdulillah syukur dekat sangat , tak payahlah perlu berjalan jauh nak masuk ke pesta tu.kami sampai pukul 6 petang..masa tu hujan rintik-rintik , jadi kami berjalanlah perlahan -lahan..tapi sekejap ja hujan tu..sat ja..syukurr dapat berjalan dengan aman damai dan selesa gitu..


mak mertua, suami dan anakku

adik ipar dan mak mertuaku
(masa ni masih cerah lagi, kan kami pi awal)

anakku Muhammad Arsyad
(pakai kain kat kepala sebab masa ni hujan rintik-rintik)

papan tanda di Pesta Pulau Pinang

banner Pesta Pulau Pinang 2016 berlangsung dari
26/11/16 hingga 31/12/2016




tiket masuk ke pesta berharga rm3 untuk orang dewasa dan anak nadia, Muhammad Arsyad tak dikenakan bayaran disebabkan masih tak cukup umur..jadi, free of charge lorr..heheehe..kalau tak silap kanak-kanak 7 tahun ke atas kena bayar rm1 kot..nadia tak brapa pasti plak..sori na kalau tersilap info.tapi yang pastinya orang dewasa kena bayar rm3.

macam-macam barang jualan yang dijual di pesta..karpet, pakaian, mainan kanak-kanak, beg sekolah, aksesori wanita dan lelaki, kasut, dan sebagainya dijual di sana..rambang mata la nak pilih yang mana satu berkenan di hati.kebanyakannya harga murah juga la dan sangat berpatutan..nadia sempatlah beli kasut, beg kecil Arsyad, kain baju kurung Pucci, seluar tido.

kalau ke pesta tak bestlah kalau tak mencuba mainan kat sana kan..kat sana nadia cuma nek 1 mainan ja dengan Muhammad Arsyad iaitu mainan  pusing2 ja..Muhammad Arsyad tak kena bayar pun nek mainan tu sebabnya kanak-kanak berumur bawah pada 2 tahun..lega lagi..tapi mamanya(nadia) kenalah bayar..hehehe..unutk pengetahuan korang, 1 token berharga rm2.kebanyakannya mainan kat sana perlukan 2 ke 3 token..bergantung kepada mainan tu sendiri la.

yang seronoknya kami dapat bergambar di tempat yang berwarna-warni.tapi biasalah ramai la orang.kena tunggu turn plak nak ambik gambar tu..takpa yang penting puas hati den dapat bergambar..nampak macam kat ICT plak pesta kali ni bermandikan cahaya lampu warna-warni.Muhammad Arsyad pun nampak gembira tengok lampu tu.

kesimpulannya, tak rugi pun pi jalan-jalan kat pesta.kita dapat cuci mata tengok pemandangan luar pada waktu malam.cuma nadia nak nasihatkan supaya kalau nak pi pesta pergilah awal supaya dapat parking berdekatan dengan pintu masuk.bukannya apa taklah penat sangat berjalan sebab pesta pun luas juga..penat gak kaki kalau nak berjalan tau..kat sana pun ada gerai makan jadi tak payahlah risau kalau anda lapar ka atau anak meragam nak makan.kalau sesiapa yang memang kaki jalan dan biasa dengan suasana bising bolehlah berkunjung Pesta Pulau Pinang 2016.semuanya bergantung kepada anda, pilihan di tangan anda.tepuk dada, tanya selera.💞


gerai menjual haiwan peliharaan

burung pun ada dijual

suamiku memegang Arsyad

menjelang malam kian tiba

mak mertua dan diriku

lampu-lampu menghiasi pesta


sangat cantik..berwarna-warni

berehat sebentar setelah penat membeli-belah

orang ramai pakat bergambar untuk merakam momen indah di pesta kali ni

Muhammad Arsyad membasahkan tekak minum air..penat berjalan oii.

mainan yang nadia naik bersama Arsyad

Arsyad diam ja bila mainan ni berpusing..hehehe

sekian dahulu ceritaku mengenai Pesta Pulau Pinang 2016 ni.wassalam..

2 comments:

  1. Hmmm zaman belajar dulu rajinlah pegi .. skrang ni malas lak.
    Wife banyak kali ajak dah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah tuan..best pi sna..hehe..cuci mata skit..

      Delete

Powered by Blogger.