FAKTOR USIA ATAU KEKANGAN MASA SUKAR HABISKAN MEMBACA SEBUAH NOVEL??

sejak di bangku sekolah menengah lagi saya suka sangat membaca novel terutamanya novel melayu..tak kisah la berkisahkan tentang cinta ka, fiksyen ka, penyiasatan ka, seram ka , semuanya layan jer baca sampai habis.bila dah start bekerja mulalah kumpul duit beli novel sendiri.buat koleksi tambahan pula novel yang best seller dan terbaik orang kata seronok baca.mesti beli punya untuk koleksi peribadi.

tetapi, sejak dah berkahwin dan ada anak seorang ni masa untuk membaca dan menghabiskan sebuah novel sangatlah lama..sampai berminggu - minggu juga la bercinta nak habiskan bacaan sebuah novel.mungkin disebabkan kekangan masa kerana perlu menguruskan hal rumah tangga, anak dan suami.jadi memang tak dak masa la nak dok membaca novel tu.ada lagi novel yang dah lebih 3 bulan beli tapi masih lagi tak terusik pun..almaklumlah saya ni bekerja yang mempunyai jadual shif dan ada juga onkoll.tak sempat la sangat nak memperuntukkan masa membaca novel.

lagipun, faktor usia juga mempengaruhi juga.saya dah masuk umur 30 tahun dah.jadi kadang-kadang dah kurang gemar habiskan membaca novel saja.terpikir juga novel ni bukannya kisah realiti , kadang-kadang hanyalah fantasi saja tapi ada juga diselitkan unsur pengajaran dan iktibar(memang ada juga kisah realiti kehidupan juga).jadi saya pun dah menjinakkan diri membeli buku ilmiah dan buku agama dah sekarang ni.tu mungkin umur saya pun dah masuk 3 series kan ..novel pun malas layan sangat dah la.saya masih lagi membaca  novel juga walaupun lambat dihabiskan membaca  dan telah  kurangkan membeli novel dah.

oleh itu, dapatlah saya simpulkan di sini faktor usia dan kekangan masa membuatkan saya sukar menghabiskan sebuah novel.namun, kedua-dua faktor ini tidak memudarkan kegemaran saya membaca novel pun.saya masih juga membaca novel walaupun lambat diabiskan.

banyak manfaatnya juga membaca novel ni di mana kita dapat :-

# mengambil pengajaran daripada kisah dalam novel tersebut

# memperkaya kosa kata dan perkataan baru

# menambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik seluruh dunia


# memberi ilham dan mencetuskan idea kreatif

Akhir kata, marilah kita membaca.tak kisah la novel, majalah,buku ilmiah , surat khabar dan sebagainya.generasi intektual merupakan generasi yang kaya dengan ilmu pengetahuan...membaca jambatan ilmu... jom membaca


mini library di rumahku











2 comments:

  1. Chayook.. Chayook.. Biar lambat tapi masih membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betoi tu..membaca jambatan ilmu...thanks a lot kak bagi semangat...

      Delete

Powered by Blogger.