HAPPY RADIOGRAPHY DAY 2017

8 November setiap tahun merupakan hari radiografi sedunia.





nadia bekerja sebagai juru x-ray di salah sebuah hospital kerajaan di utara tanah air.pernah berkhidmat di 3 buah hospital yang berlainan.sedikit ringkasan mengenai tempat bertugas nadia.

tempat pertama posting adalah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar di Johor.masa mula2 dapat tau kena posting jauh dari rumah nadia kat Kedah ni memang berat hati juga nak pi sana.tapi setelah pikir semula apa salahnya bertugas jauh dari rumah sebab kat tempat orang kita dapat menimba pengalaman baru dan budaya baru.Alhamdulillah dapat juga menyesuaikan diri kat sana..masa tu masih bujang lagi dan duduk memyewa kat rumah berdekatan dengan hospital saja.kemudahan radiografi kat Muar ni adalah seperti x-ray, ct scan, MRI,ultrasound,fluoroskopy dan kemudahan II untuk dewan bedah.

Setahun lebih kemudian, nadia bertukar ke Kedah dan telah bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.hospital ni dekat sangat la dengan rumah Nadia.adalah dalam lebih kurang 20 minit saja perjalanan dari rumah ke hospital.macam2 kerenah pesakit semasa nadia bertugas di sini sebab hospital  ni merupakan hospital terbesar di Kedah dan menjadi tumpuan hospital daerah untk rujuk ke hospital ni.ada pelbagai kemudahan radiografi kat Jabatan Pengimejan Diagnostik hospital ni seperti general x-ray, ct scan, MRI, dexa scan,
ultrasound,angioraphy,ICL,mammography,
fluoroskopy dan kemudahan II untuk dewan bedah.

Selepas berkahwin ,  nadia bertukar ke Hospital Kulim memandangkan suami bekerja di Penang.hospital sini merupakan hospital daerah.jadi kemudahan x-ray di sini taklah sebanyak macam kat Hospital Sultanah Bahiyah.kat sini cuma ada general x-ray, ultrasound,ct scan dan kemudahan II untuk dewan bedah.

sudah 5 tahun nadia berkhidmat sebagai juru x-ray di hospital kerajaan.berbagai ragam dan kerenah pesakit dapat nadia temui semasa bertugas sebagai juru x-ray .sebagai seorang juru x-ray nadia perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai anatomi dan tulang2 dalam badan manusia.

nadia ingin mengucapkan HAPPY RADIOGRAPHY DAY kat semua juru x-ray dan kaki tangan perubatan yang terlibat dalam bidang radiologi.






4 comments:

Powered by Blogger.