STOKING @ SARUNG KAKI

stoking kegemaranku ketika keja malam



stoking atau sarung kaki merupakan antara salah satu pakaian atau alas kaki bagi manusia.pelbagai jenis stoking dijual di pasaran sekarang ni.ada yang kosong(plain) ,tidak bercorak ,ada yang bercorak dan ada juga yang mengikut bentuk jari kaki.

selalunya lelaki yang berpakaian pejabat yang perlu memakai stoking sebabnya perlu memakai kasut berkulit dan bertutup.begitu juga orang perempuan.tapi bagi muslimah kita memang diwajibkan menutup aurat.kaki tu juga merupakan aurat wanita.kebanyakan wanita yang baru lepas bersalin dan berpantang perlu memakai stoking untuk memulihkan kesihatan diri dan mengelakkan terdedah kepada penyakit.orang tua-tua kata sejuk kalau tak pakai stoking,  kan baru je lepas bersalin kan.perlulah menjaga kesihatan diri.

gambar di atas merupakan stoking kegemaran nadia yang selalu nadia pakai ketika keja malam.kat jabatan x-ray ni kan fully air-cond dan sangatlah sejuk bila waktu malam.stoking ni tebal dan nadia suka tengok warna dan corak dia yang berbintik-bintik tu, rasa selesa ja bila dipakai.

kawan-kawan yang lain pula bagaimana?suka tak pakai stoking ?banyak kelebihannya bila pakai stoking .

6 comments:

Powered by Blogger.