BILA SHOPPING BERSAMA ANAK

Arsyad & Hakeem diletakkan di dalam troli

apabila shopping di pasaraya nadia dan suami selalu meletakkan anak-anak di dalam troli barang..kalau dibiarkan berjalan mereka akan menyentuh dan menarik barang-barang dalam pasaraya tersebut.berkemungkinan kalau kena barang kaca dan mudah pecah boleh menyebabkan kena bayar ganti rugi pula.jadi bagi memudahkan kami untuk membeli barang tanpa kekacauan, kami letakkan mereka di dalam troli.

memang diakui troli barang tidak semestinya bersih.kami akan memastikan selepas pulang daripada membeli belah di pasaraya nadia akan menyalin baju dan memandikan mereka dengan menyental sabun terutamanya di kaki dan tangan.moga dijauhkan terkena penyakit HFMD (tangan,kaki,mulut).

kadang2 nadia bawa dan guna baby carrier ataupun baby trolley yang nadia beli.bergantung kepada keadaan semasa. 

2 comments:

  1. Memang kena bubuh mereka dalam troli.. Sha pun sama.. Kalau tak habis semua barang nak disentuhnya.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu..buuh dalam troli mudah sikit..boleh pantau depa drpd sibuk tarik barang2

      Delete

Powered by Blogger.