DAGING BURGER PERISA UDANG KELUARAN RAMLY
jenama Ramly memang tidak asing lagi di negara kita dan merupakan pengeluar untuk makanan sejuk beku seperti daging burger, nuggets,kentang goreng,sosej,bebola daging dan banyak lagi.pengasasnya bernama bernama Ramly bin Mokni dan telah mula beroperasi sejak tahun 1980..dah lama mereka di dalam industri bisnes makanan kan..alhamdulillah masih dapat bertahan lama.
buat pertama kali, nadia ada beli daging burger perisa udang jenama Ramly di kedai berdekatan dengan rumah nadia hari tu.selalunya beli daging burger jenama Ramly beli jenis ayam dan daging sahaja.kebetulan pula tengok ada jenis perisa udang ni.nadia pun beli la nak rasa macam mana.
1 peket daging burger perisa udang ni ada 10 keping daging.harganya pula rasanya tak lebih daripada Rm10 kot.entahlah tak berapa ingat sangat harga sebenar 1 peket daging burger perisa udang ni.maafkan saya ye, terlupa pula harganya berapa. kebetulan beli dengan barang lain sama. jadi tak berapa ingat harga sebenarnya.
setelah selesai bakar daging menggunakan air fryer, nadia pun mula menikmati daging burger perisa udang bersama roti Gardenia.sedap juga rasanya..memang rasa udang.lembut dan juicy daging tu berkemungkinan sebab nadia bakar daging menggunakan air fryer kot tetapi awas ye kawan-kawan jangan bakar daging terlalu lama bila guna air fryer, daging mungkin akan jadi keras pula nanti.nadia cuma set masa selama 10 minit dengan suhu 180 celcius.alhamdulillah ok dan sedap.
senang je nak makan burger guna roti gardenia tuuuh., ;p
ReplyDeleteBetoi....hehehehe
DeleteWah! Mcm2 innovasi dlm penyediaan makanan skrg. Nanti ada perisa sotong plak. Kena beli la cam ni...
ReplyDeleteMcm2 kan skrg ni...
DeleteAlhamdulillah. Semoga Ramly Burger bertambah maju.Belum jumpa lagi burger udang ni. Harap satu hari nanti jumpa juga di mana-mana pasar raya. Tq for sharing.
ReplyDeletesedap juga..cubalah beli nanti
Delete