CABARAN MENANGANI ANAK 3 TAHUN
7 SEBAB PERANGAI ANAK 3 TAHUN LEBIH MENCABAR BERBANDING ANAK 2 TAHUN
1. DAH LEBIH PANDAI BERCAKAP
Masa usia 2 tahun, mereka baru mula nak belajar bercakap. Bila dah 3 tahun, bukan main lagi – ada saja yang nak dicerita dan ditanya. Kalau masa free, seronok juga melayan. Tapi kalau tak kena masa, kita yang letih melayan.
Mengikut kajian, kemahiran verbal anak kecil akan mula menjadi lebih advanced dalam usia 3 hingga 5 tahun. Ini kerana dalam tempoh ini mereka sudah mula memahami emosi, menjelaskan sesuatu hal, belajar guna perkataan baru dan membina ayat yang sempurna.
2. MULA MEMILIH MAKANAN
Bila dah makin besar, ramai yang dah pandai memilih makanan. Masa 2 tahun, mereka makan saja apa yang kita bagi kalau makanan kegemaran mereka tak ada. Setakat mi dan pasta, tak ada beza pun dulu. Tapi dah 3 tahun ni, mula berkeras tak mahu makan walaupun benda yang hampir sama.
Tapi sekarang kalau kita cakap tak ada – mereka dah tak percaya lagi (dan mungkin tak mahu terima kenyataan).
3. ‘LIAT’ DIAJAK MANDI
Masa 2 tahun, tak adalah susah sangat nak diajak mandi. Bila dah 3 tahun ni, banyak pula alasan mereka.
Sekali dah masuk tandas, lain pula halnya. Kalau dulu kita mandikan 10 minit siap, sekarang 30 minit pun tak habis-habis main sabun lagi.
4. POTTY TRAINING
Biasanya ibu akan mula potty training lepas anak pandai bercakap atau selepas bercerai susu, iaitu sekitar usia 3 tahun. Walaupun dulu kita mengeluh masa nak tukar lampin mereka, sekarang baru tahu lebih susah lagi nak ajarkan anak ke tandas.
Memang memenatkan. Dalam seminggu dua asyik ikut ‘punggung’ dia saja. Itu pun tak tentu berjaya!
5. NAK BERFESYEN
Masa anak umur 2 tahun, dia pakai saja apa yang kita bagi. Kalau ada yang suka pilih sendiri pun, sekali-sekala saja.
Bila dah 3 tahun, ramai yang berkeras nak pilih baju sendiri. Padanannya pula memang ‘hebat’. Sekali kalau ajak keluar, mesti ada yang ingat mak ayah dia tak belikan baju. Ada yang asyik nak pakai kostum Spiderman tiap-tiap hari. Ada pula yang asyik nak tukar baju selang 2-3 jam. Dalam bakul baju kotor, penuh baju dia saja…
6. LEBIH SUKAR DIPUJUK
Pada usia 2 tahun, biasanya kita susah nak agak kenapa mereka menangis sebab ada masanya mereka sendiri pun tak tahu sebabnya. Mungkin mereka penat atau mereka tak faham apa yang berlaku. Kalau nak pujuk pun, biasanya tak susah sangat.
Tapi bila dah masuk 3 tahun dan pandai berdebat, mereka seolah-olah ada lagi banyak sebab untuk menangis!
Memang ada anak kecil yang mula menjadi lebih empati dalam usia 3 tahun. Mereka mula memahami perasaan orang sekeliling. Tapi ini mungkin boleh mengelirukan perasaan mereka sendiri. Sama jugalah menangis tak sudah!
7. BANYAK ‘AKAL’
Dalam usia ini juga, minda anak semakin ligat dan aktif berfikir. Mereka suka bertanyadan mahukan jawapan serta-merta. Ada yang suka bereksperimen – contohnya ‘kemas’ baju yang disimpan dalam almari bertutup. Ada yang suka memerhati dengan penuh perincian – contohnya mereka minta sesuatu yang kita tak faham.
Dari sinilah mereka belajar meneroka dan ada kalanya mencabar kesabaran kita. Apapun, itulah tandanya ‘sel otak mereka sedang berhubung!’
APAPUN, MEREKA TETAP MENGHIBURKAN
Walaupun ada yang menghadapi sedikit kesukaran mengawal kelakuan anak 3 tahun ini, janganlah terlalu stres kerana fasa ini juga bakal berakhir tanpa anda sedari. Sedikit sebanyak, cabaran yang dihadapi ini akan mempersiapkan anda untuk lebih memahami anak anda dengan lebih mendalam.
Ini semua hanyalah sebahagian daripada proses perkembangan yang mereka lalui. Bila anak dah besar nanti, ia tentu menjadi kenangan yang indah!
C&P drpd Facebook
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q