SAYANGILAH DAN HARGAILAH PASANGAN KITA



ramai ibu mengandung di seluruh dunia yang meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid19.seluruh Malaysia terkesan dengan berita ni iaitu  tanggal 9.8.2021 penyanyi terkenal Malaysia iaitu Siti Sarah Raisuddin telah meninggal dunia akibat penyakit Covid19 setelah melahirkan anak keempatnya secara pembedahan.moga syurga buatmu dan mati syahid.mati syahid akibat wabak dan mati selepas bertarung nyawa melahirkan anak.Allahu Akbar sungguh besar pengorbananmu dan ini merupakan dugaan besar buat suaminya Shuib Sepahtu yang juga merupakan pelawak terkenal juga.

ibu mengandung sangat 'fragile' apabila terkena Covid19.mereka adalah golongan berisiko tinggi dan kebanyakannya akan terkorban.hilangnya bidadari untuk seorang suami,hilangnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak dan hilanglah segala seri dalam rumahtangga.

seperti mana yang kita telah ketahui Shuib Sepahtu dan Siti Sarah merupakan pasangan yang sangat bahagia.banyak video yang memaparkan kemesraan pasangan sejoli ini.Sarah menerima Shuib dengan sepenuh hati di kala Shuib tidak ada apa-apa.mereka bersama-sama susah dan senang dan melakukan bisnes seperti produk madu air Bubblebee,dobi AquaNano, tudung dan baju rekaan Siti Sarah.

Shuib dan Siti Sarah adalah bukti :

'kesetiaan wanita diuji ketika lelaki tidak mempunyai apa-apa & kesetiaan seorang lelaki diuji ketika mmempunyai segala-galanya.'

kita boleh mencontohi pasangan ini yang sentiasa redha dan menerima kekurangan pasangan..
jadi, hargailah dan sayangilah pasangan kita sepenuh hati.sesungguhnya pasangan kita hanyalah pinjaman sahaja.selalulah rakam gambar dan video momen-momen indah bersama pasangan kita supaya bila pasangan kita telah tiada ada juga kenangan tercipta di antara kita.memori tercipta dapat diabadikan untuk kenangan abadi.


Nukilan puisi buat sang suami sekalian :

Jaga Isteri ..
Memang Susah . 
.
Memang Penat . 
.
Memang Rasa Rimas . 
.
Suka Membebel . 
Suka Marah-Marah . 
Suka Merajuk . 
.
Tapi , 
Ketahuilah ..
.
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu . 
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu . 
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu . 
.
Dan , 
.
Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu . 
.
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu . 
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu . 
.
Dan , 
.
Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu . 
.
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu . 
Tanpa Mengira Bertapa Dia Terluka Dengan Cara Layananmu .
.
Dan Nasihatku ..
' Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu ' 🙂 
.
Kerana , 
Kamu Akan Mengerti ..
.
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu .. 
.
Ketika Kamu Kehilangannya .
Dan Ketahuilah .
.
Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.
.
Ramai yang lupa pesan Rasulullah: 
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (isteriku).”
C&P






6 comments:

  1. betul.. express love jangan simpan2 dah. lagi2 dlm keadaan dunia skrng ni..
    insyallah.. syurga buat dia =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..ciptalah momen2 indah bersama org tersayang..

      Delete
  2. Sedih kan... Tpi tu la.. Shahid 2x utk ibu2 mngandung yg mninggal masa covid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betoi tu..moga syurga buat org yang meninggal buat ibu2 mengandung disebabkan kena covid19

      Delete
  3. sedih sangat kan ms dengar fasal sarah....tp dia syahid...Allahuakbar...bestnya dia. mendapat redho suami. Dia boleh pilih je nak masuk mana2 pintu syurga..Tersentuh dengan cara shuib layan sarah dan sarah layan shuib. Beruntungnya keduanya romantik sehingga hujung nyawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sangat mengejutkan kita semua bila dengar berita kematian arwah Sarah.terbayang -bayang arwah sarah dan Shuib bergurau mesra bila melihat video mereka..sangat romantik pasangan dua sejoli ni.moga arwah sarah tenang di sana.al Fatihah

      Delete

Powered by Blogger.