SELAMAT TAHUN BARU 2022

gambar masa hari terakhir 31.12.2021


Sekejap masa dah berlalu..kita dah masuk ke tahun baru..tahun 2022..

Banyak suka duka kita tempuhi masa tahun 2021..tahun di mana kita masih berdepan dengan virus Covid19 sehingga sistem persekolahan anak-anak kita pun terganggu disebabkan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan..ada rakyat Malaysia perlu bekerja dari rumah sahaja iaitu work from home (WOH).sektor perniagaan juga turut terjejas.tidak dibenarkan dine in semasa tempoh PKP berlangsung.

Malaysia juga dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin.pada bulan Ogos 2021 , Dato Sri Ismail Sabri dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Macam-macam dugaan ditempuhi rakyat Malaysia..hujung tahun bulan Disember 2021 banjir yg melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia..banyak rakyat yg terkesan kerana ada rumah yg rosak,barang hilang hanyut dibawa arus air..tak sangka hujan lebat boleh menyebabkan banjir yg teruk..sekelip mata ja bencana alam ni berlaku.

moga tahun 2022 ni memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua.nadia doakan agar semua orang berjaya melalui segala cabaran dan rintangan pada zaman yang makin mencabar ni.moga azam kita dapat dipenuhi dan segalanya berjalan lancar.

4 comments:

  1. Semoga 2022 lebih baik buat kita semua

    ReplyDelete
  2. Sangat mencabar di tahun 2021. Semoga tahun baru 2022 jauh lebih baik lagi. Aaaminn...
    Selamat tahun baru 2022 :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.