SENGKUANG CALIT


sengkuang diletak dengan kuah rojak ditaburi kacang dipanggil sengkuang calit

sengkuang calit dulu popular masa tahun 80an & 90an.kanak-kanak ,anak muda dan orang tua pun suka makn sengkuang calit.zaman sekarang banyak anak muda tak biasa makan sebab tak ramai orang nak menjual sengkuang yg diletak kuah rojak ditaburi kekacang.agak rare juga makanan ni..ada yg tak biasa makan camni.

gambar sengkuang ni diambil semasa nadia pergi beriadah di Taman Rimba @ Taman Jubli Perak semasa balik kampung di Alor Setar.harga sengkuang calit ni hanya rm2 saja tau.agak murah juga dengan potongan buah sengkuang yang agak besar.rangup ooo.

antara kebaikan makan buah sengkuang ini ialah :

🎀boleh mengurangkan sembelit

🎀berpotensi mengurangkan terjadinya penyakit kanser

🎀 meningkatkan prestasi senaman

🎀 baik untuk peredaran darah kerana ada zat besi

🎀 mengurangkan risiko pembekuan darah

🎀dapat mengawal tekanan darah

🎀membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan

🎀membantu menurunkan berat badan

6 comments:

  1. sengkuang jrg dijual di Kelate ni. kalau ada, nak juga beli n rasa...

    ReplyDelete
  2. Suka jugak makan sengkuang calit ni. Kena sengkuang rangup dan kuah sedap memang layan.

    ReplyDelete
  3. Kesukaan Sha ini.. siap beli sos dia di shopee.. Memang sukalah makan ni masa bebudak dulu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.