JOM SAMA-SAMA HIJRAH..KURANGKAN APA❓❓
Menjelang usia hampir 40 tahun marilah kita sama-sama berhijrah mengurangkan sesuatu yang perlu diubah supaya perjalanan hidup kita di muka bumi ini lebih tenang dan bahagia bersama keluarga tercinta.kadang-kadang bila berlaku penghijrahan membuatkan kita lebih menghargai hidup dan orang di sekeliling yang sentiasa bersama-sama memberi suntikan semangat.
1. Kurangkan makan.
Oleh sebab badan kita ni dah menua. Begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga. Tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.
2. Kurangkan berkawan.
Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan. Mana toksik kita maafkan. Lepas tu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan. Bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan. Dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.
3. Kurangkan membeli.
Saya perasan umur begini kita mula mengerti. Mungumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi. Dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.
4. Kurangkan bercakap.
Benda ni senang saja until orang yang pendiam. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.
5. Kurangkan merungut/komplen.
Selama ni saya selalu perhati. Ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji. Semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen/mengkritik tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti. Pandai-pandailah pilih sendiri.
6. Kurangkan ekspektasi.
Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka. Selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.
7. Kurangkan kerja.
Dulu kita ingat kerja ni lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti. Tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.
8. Kurangkan anxiety.
Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.
Begitulah kiranya...
Buat saya,
Cerita sebenar dari
Facebook Siti Suryani Yaakop
#kaknis
Saya olah sedikit ayat
#sharingiscaring
#terusmenulissampaikehujungnyawa
#sharingiscaring
#tintaseorangjuruxray
Jom rajinkan diri bersolat jemaah di surau @ masjid
No comments: