LOGHAT UTARA..MAI CEK NAK HABAQ SAT

10:59
LOGHAT UTARA



Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa.Majoriti rakyat
Malaysia terdiri daripada masyarakat berbangsa Melayu.Masyarakat Melayu bercakap menggunakan bahasa Melayu..Bahasa Melayu yang digunakan mempunyai loghat tersendiri bagi setiap negeri..aku anak jati negeri Kedah..jadi aku memang dok bercakap loghat utara la..hang nak ayaq ka?(awak nak air ka)hang paham dak?
Orang utara lebih mengingati mati sebabnya suka tambah perkataan mampuih bila bercakap..tak caya tengok ni :

*Bila tidoq  - tidoq mampuih
* Bila nak bangun – liat nak mampuih
*Bila dalam bilik air - ayaq sejuk nak mampuih
* Makanan sedap –tu dia aih, sedap nak mampuih
*Buat keja penat – penat nak mampuih
*Meluat kat seseorang – mampuih pi kat dia la

A  Begitulah seterusnya sampai la dia pun mampuih…heheh,,loghat utara memang bila dengar orang bercakap agak kasar tapi realitinya kami tak bermaksud la nak doakan orang tersebut mati cepat…dak aih…bahasa ja kasar tapi hati banyak baik ooooo,,

Haa faham kan sebab apa aku cakap kami ni slalu mengingati mati…kih..kih…




Masing -masing tempat ada loghat tersendiri...bila kita pindah ke negeri selain daripada tempat kelahiran sendiri, kita akan akan mula belajar loghat baru di tempat tersebut.mula2 memang tak paham ..katalah aku ni anak jati Kedah pi berhijrah ke Sabah aku mesti terkial kial nak paham bahasa yang depa cakap tu.tapi belajarlah..lama2 kita paham la gak apa yang depa dok bercakap dengan loghat depa. memang rakyat  dok dalam Malaysia guna bahasa Melayu tapi ada loghat tersendiri.

Konklusinya, Malaysia negara yang unik.pelbagai bangsa, budaya, agama,bahasa tapi kita serumpun.moga bersatu hati menjaga dan melindungi tanah air tercinta.



No comments:

Powered by Blogger.