SANGAT PENTING PERLUNYA X-RAY UNTUK "BROKEN FINGER"

gerunnya dengar broken finger..apa itu broken finger?anda tahu ke idok? amende tu??

ok, meh sini nadia ceritakan serba sedikit ilmu yang ada mengenai broken finger yang perlukan x-ray.dengan teknologi zaman sekarang x-ray dapat membolehkan segala diagnosis doktor dapat diperjelaskan melalui gambar 
x-ray.

broken finger adalah merupakan jari tangan yang telah patah atau retak ataupun dikenali sebagai fractured finger.

simptom broken finger :=

  • sakit
  • bengkak
  • berdenyut-denyut
  • rasa kebas
bagaimana broken fracture boleh terjadi?

  • motor vehicle accident(MVA)
  • terjatuh
  • menumbuk benda yang keras
  • terhentak
fractured/broken finger




anatomi tangan


untuk mengetahui anda mengalami broken finger, anda perlu menjalani x-ray.tahap fracture boleh diketahui setelah dix-ray.

rawatan :

  • setelah diketahui sememangnya broken finger berkemungkinan  jari anda akan dipasang splint atau plaster.
  • jika tahap fracture anda agak serius anda mungkin akan mengalami pembedahan bagi menstabilkan jari dengan mengunakan k-wire, mini plate atau screw fixation.
memasang k-wire pada jari tangan

bila akan sembuh : jari anda akan sembuh dalam lebih kurang 4 hingga ke 6 minggu.bergantung kepada tahap fracture.

setelah selesai mendapatkan rawatan di hospital anda akan dibenarkan pulang ke rumah.anda akan diberi tarikh untuk menghadiri temujanji dengan klinik pakar ortopedik(pakar tulang).sebaiknya anda perlu meneruskan rawatan susulan dan akan dix-ray lagi untuk mengetahui bagaimana  jari sama ada sudah bercantum atau belum.

sebagai seorang juru x-ray bertauliah, saya perlu melakukan x-ray dengan baik dan memastikan gambar jari yang diambil berada dalam kedudukan AP, oblique ataupun lateral.kedudukan ini penting untuk membezakan antara satu sama lain.

akhir kata, jagalah anggota badan anda terutamanya jari kerana kita perlu memegang sesuatu dengan tangan.jagalah dengan sebaik mungkin.bila ada patah kadang2 dapat membuatkan kita tidak dapat melakukan dengan lebih sempurna.ok, sekian dahulu coretan ni..sekian..wassalam.. 























No comments:

Powered by Blogger.