6 PERKARA YANG MEMBUATKAN JURU X-RAY SERONOK BEKERJA



­čĺŚMendapat kerjasama daripada pesakit apabila diberi arahan untuk menukar pakaian atau menanggalkan rantai dan barang kemas dan mengikut arahan tanpa mengingkari arahan juru x-ray.pesakit buat apa yang disuruh, tak banyak songeh.

­čĺŚmendapat penghargaan atau pujian daripada pesakit dan waris kerana memberi layanan yang baik kepada mereka

­čĺŚmendapat rakan sekerja yang saling bekerjasama membuat kerja bersama-sama.doktor juga sangat cool dan boleh mendengar teguran yang membina

­čĺŚrakan sekerja tidak lokek ilmu dan saling berkongsi ilmu yang ada.junior yang baru bekerja diberi tunjuk ajar sekiranya menghadapi masalah untuk mengambil x-ray special view 

­čĺŚpihak pentadbiran di jabatan x-ray meluluskan cuti panjang untuk staffnya.ini membolehkan anak buah terutamanya juru x-ray berehat setelah sekian lama bekerja shif atau onkoll.

­čĺŚadanya jamuan ataupun potluck.stress jika asyik bekerja saja.sesekali adakan jamuan untuk menyambut hari lahir staff, meraikan kejayaan pasukan ataupun pertukaran tempat bekerja juga membuatkan  juru x-ray seronok juga

ini semua pendapat saya sebagai salah seorang juru x-ray yang bekerja di hospital kerajaan.sekiranya anda juga bekerja mungkin anda juga akan bersetuju dengan apa yang saya rasa.mungkin bukan semua yang sama tapi ada juga mungkin sama kan.

kerja ni suatu ibadah.jadi kita kenalah melakukan kerja kita dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat waja.jangan mengharapkan duit gaji setiap bulan sahaja tanpa kita tidak berusaha meningkatkan kualiti kerja kita.nawaitu tu penting.bekerja kerana Allah.kita dapat memperoleh ganjaran pahala sekiranya melakukan kerja dengan seikhlas hati.

oklah, selamat bekerja ye.kepada yang tidak bekerja mungkin anda juga melakukan kerja  menguruskan keperluan keluarga.tu pun keja juga kan.ok.sekian.wassalam.



No comments:

Powered by Blogger.