SAPA SUKA MAKAN KUACI??KITA GENG...
kuaci |
Kuaci berasal dari biji tanaman bunga matahari. Tanaman yang berasal dari Mexico dan Peru ini kemudian tersebar sejak tahun 1700 ke banyak negara. Tanaman bunga tersebut kemudian ditanam secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat.
Mulanya tanaman bunga matahari ditanam sebagai tanaman hias. Kemudian bijinya dimanfaatkan sebagai kuaci dan sumber minyak untuk produk kosmetik.
Kuaci merupakan sumber lemak sihat hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu (asid linoleat) dan (asid oleik), jenis lemak yang melindungi jantung. Kajian klinikal menunjukkan, makanan tinggi lemak tidak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, kerana meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).
Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E; satu perempat cawan biji bunga matahari memberikan 90,5% daripada keperluan harian vitamin E. Vitamin E adalah antioksidan dan anti radang; mengurangkan gejala asma, osteoartritis dan Rematoid arthritis, yang utamanya dipengaruhi oleh radikal bebas dan radang. Kandungan vitamin E yang cukup dapat mengurangkan risiko pada pembuluh darah dan kanser. Juga dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan rasa panas (hot flush) yang dialami wanita menopause dan komplikasi diabetes. Selain itu, kuaci juga banyak mengandung mineral bermanfaat; seperti fosfor (705-755 mg/l00 g), kalium (648-689 mg/100 g), kalsium (54-116 mg/100 g), natrium (3-99 mg / 100 g), besi (6,77-7,28 mg/100 g), dan tembaga (0,69-1,75 mg/100 g).
Mineral kalsium dan fosforus sangat penting peranannya dalam pembentukan tulang dan gigi, sehingga bermanfaat untuk mencegah osteoporosis. Kewujudan mineral kalium sangat penting untuk mengimbangi natrium. Kalium bersifat hipotensif, iaitu mempunyai kesan penurunan tekanan darah.
Kuaci sedap dimakan ketika menonton wayang,menonton perlawanan bola sepak dan ketika bergosip dengan kawan.syok mengunyah dan kadang2 tak sangka nak habis dah sebungkus kuaci.
sapa suka makan kuaci? kita geng..hehehehe
legend kuaci ni..dulu2 bila makan mmg xleh stop
ReplyDeletesgt betoi..seronok kan mengunyah kuaci
DeleteMemang best pun.. Tahu-tahu je dah habis.. hehehe
ReplyDeletebetoi..kdg2 smpai tak sedar dah nak abis makan..
Delete