FIRST TIME BAWA MUHAMMAD ARSYAD KE PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI KEDAH, ALOR SETAR

pada hujung bln 12 yang lepas, Nadia telah berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar yang terletak di tengah pekan Alor Setar.bangunan ni berhadapan dengan bangunan UTC Kedah dan Pusat Dakwah.ni merupakan perpustakaan induk untuk negeri Kedah, kiranya perpustakaan yang paling besar dan utama la bagi negeri Kedah.

bila dah sampai kat perpustakaan ni, biasalah anakku dah mula nak buas lari merata tempat..jadi, nadia pun bawalah dia ke sudut bacaan kanak-kanak supaya tak menganggu sangat orang dewasa yang sibuk membaca bila kat sudut bacaan umum.kat sudut bacaan kanak-kanak adanya bilik untuk kanak-kanak bermain dengan kemudahan mainan yang disediakan..haa kat situ takpalah anakku nak berlari sebab tak mengganggu orang sangat..biasalah budak baru umur 3 tahun kira nak main saja..tunjuk buku pun sekejap ja belek buku tu.kira fokus nak main saja..ni merupakan pengalaman pertama kali Muhammad Arsyad berkunjung ke perpustakaan yang besar ni.




Perpustakaan ni mempunyai 2 tingkat.tingkat pertama adalah sudut bacaan untuk kanak-kanak dan umum(dewasa).kebanyakan bahan bacaan di tingkat ni boleh dipinjam.bagi tingkat kedua pula bahan bacaan kebanyakannya untuk rujukan sahaja dan tidak boleh dipinjam..hanya boleh difotostat sahaja.

perpustakaan ni sangatlah besar berbanding perpustakaan Kulim yang nadia selalu pergi tu.almaklumlah ni merupakan perpustakaan induk negeri Kedah.kad pinjaman buku tu nadia gunakan kad yang sama yang nadia daftar di Perpustakaan Kulim tempoh hari.kad yang sama boleh digunakan asalkan kad perpustakaan sekitar negeri Kedah.

kami sekeluarga memang selalu mengunjungi perpustakaan kerana hobi semua adalah membaca.jadi tempat ni wajib dikunjungi.kalau tak sempat berlama lama pun kat situ kami pinjam buku bawa balik baca kat rumah.memandangkan nadia menetap di Kulim, nadia dah jarang datang ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah ni sebab sekali sekala ja balik Alor Setar.jadi nadia banyak habiskan masa di Perpustakaaan Kulim la.kat perpustakan yang besar ni datang bila nadia balik bercuti di rumah mak abah di Alor Setar baru datang kalau ada kesempatan masa.

tapi, best tau bila berkunjung ke perpustakaan seronok juga tengok buku/majalah yang baru.kadang-kadang buku yang sudah ada di pasaran kebanyakannya akan turut ada di perpustakaan ,jadi kita taklah perlu berhabis duit beli buku yang sama.boleh ja pinjam di perpustakaan saja.haaa jimatkan duit kita .terpulanglah kalau kita nak beli buku tu untuk koleksi peribadi pula kan.



mainan untuk kanak-kanak bermain



senyum  plak si arsyad ni



seriusnys muka..ok fokus tau..hehehe

4 comments:

  1. Wah, bagus akak bawa anak2x pergi perpustakaan. Terbaik kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...terima kasih..insyaallah kak cuba nak terapkan budaya membaca untuk anak kak juga..moga diaorang jadi orang yang berilmu..insyaaallah

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. pendedahan yang bagus.. Semoga arsyad akan suka ke perpustakaan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.