MASA BERPANTANG MASA TERBAIK BERSAMA ANAKKU




dah lama nadia tak update blog selepas bersalin tempoh hari.hari ni baru berkesempatan nak update.dah cergas dan kuat skit dah.ni pun taip sambil meriba anak..gigihkan saya..hehe..syukur dipermudahkan bersalin walapun kena induce..nanti nadia cerita pengalaman bersalin secara induce dalam entri lain ye.insyaallah..

Alhamdulillah hari ni dah nak masuk hari ke 29 nadia berpantang.sat ja masa berlalu..esok genaplah usia anak keduaku sebulan.anak keduaku lelaki juga tau..suamiku yang pilih nama iaitu Muhammad Hakeem..

kenapa nadia kata masa berpantang adalah masa terbaik bersama anak?/
ini adalah kerana masa berpantang nilah kita dapat membiasakan dan menyesuaikan diri dengan anak yang baru lahir.sekaligus dapat mewujudkan bonding terhadap anak dan ibu.nadia bekerja dan semestinya anak-anak akan dijaga oleh orang lain/pengasuh.jadi bila masa berpantang nilah peluang terbaik nadia untuk sentiasa mendampingi anak.

nadia ambik cuti bersalin 90 hari..lama tu..insyaallah nadia akan memperuntukkan cuti yang ada dengan sentiasa meluangkan masa bersama anak.oklah setakat ini dulu entri saya..bye..


4 comments:

Powered by Blogger.