PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE 2 SECARA INDUCE

nadia ingin berkongsi pengalaman melahirkan anak ke 2.ok, silalah baca coretanku ni.

8hb Januari 2018 pada pkl 9.45 malam nadia telah pergi ke PAC untuk memeriksa kandungan yang dah masuk 40 minggu 3 hari.baby dalam perut dah kurang gerakan dan tak cukup 10 kali gerakan hari tu..nadia baru sempat rasa sebanyak 3 kali gerakan ja.nadia dah risau sebab kandungan dah overdue.jadi nadia pun pergi ke PAC Hospital Sultanah Bahiyah untuk memeriksa kandungan.

sesampainya di sana setelah diperiksa alhamdulillah baby masih sihat dan doktor syorkan untuk induce bagi ada bukaan untuk bersalin.lagipun masa buat VE check bukaan dah buka sebanyak 1 cm dah.baby dah terlebih due 3 hari.nadia kena tahan dok wad bermalam di situ.
jadi bermalamlah nadia di wad.

esok pagi Selasa 9 Januari 2018 dlm lbh kurang pkl 6 pagi nadia dikehendaki check lg bukaan...dah ada bukaan 2 cm dan doktor pun masukkan 1 ubat untuk induce ke dalam vagina.bila bab check bukaan dulu masa mula2 mengandung anak pertama rasa malu juga bila ada doktor berlainan jantina check VE bukaan.tapi lama2 dah biasa kadang2 nk buat cmna doktor lelaki ja yg onkoll masa tu.malu pun terpAksa diketepikan..huhuhuhu..


masa selepas 6 jam dah masuk ubat, bukaan masih lagi 2 cm.nadia banyakkan berjalan pusing wad nak bagi cepat buka.tulah antara tips yang dipesan oleh rakan nadia yang pernah kena induce juga.petang tu suami,anak,mak,kakak dan adik2 nadia mai melawat nadia..nadia masih lagi boleh tersenyum sebab belum rasa sakit sepenuhnya.selepas solat isyak nadia pun berehat di katil.makin lama makin rasa sakit contraction.adoi sakitnya menahan..rasa macam tak tertahan menahan sakit..sangat syahdu.huhuhuhu..
malam tu nadia tak boleh tido lena sebab dok menahan sakit contraction.pukul 2 pagi bukaan dah mencecah 3 cm..nadia dok berdoa la harap2 la ada bukaan lagi menjelang subuh nanti..pukul 5 pagi nadia sekali lagi diperiksa dan bukaan dah 4 cm..jadi doktor kata boleh hantar dewan bersalin dah.nadia pun telefon la suami dan mak bagitau dah nak kena tolak pi dewan bersalin.


pukul 5.20 pagi nadia dah berada dalam bilik dewan bersalin.masa tu dah pikir dan berdoa agar dapat bersalin dengan baik nanti dan moga cepat ada bukaan lagi.pukul 6 pagi suami nadia sampai dan masuk ke bilik dewan bersalin untuk bersama sama menemani nadia.masa tu nadia dah rasa sakit yang tak tertanggung sakitnya dan banyak kali suruh suami urut pinggang sebab rasa macam nak putus pinggang.

dalam pukul 9.30pagi dah ada bukaan sampai 10cm.jadi nurse kata awak dah boleh meneran bila dah ada sakit contraction.nadia cuba meneran banyak kali tetapi baby masih belum keluar lagi.doktor dan nurse bagi kata2 semangat untuk nadia terus meneran.mulanya doktor bagitau nak guna vacuum dah nak tarik baby keluar sebab takut baby lemas sebab nadia teran lambat baby keluar.
tapi dengan sepenuh tenaga nadia cuba juga meneran.jadi tak sempatlah doktor guna vacuum..syukur sangat.

alhamdulillah dengan izin Allah lahirnya putera ke 2 nadia.baby lelaki  seberat 3.84kg.tak sangka dapat lahirkan baby seberat tu sebab masa last scan masa 39 minggu baby dijangka beratnya 3.4kg sahaja..patutlah baby susah nak keluar.nadia guna sepenuh tenaga juga la nak keluarkan baby tu.

selepas lahirkan baby, nadia turut mengucapkan terima kasih kepada staf nurse dan doktor yang tak putus2 bagi semangat untuk nadia lahirkan baby.kalau tanpa sokongan mereka semua dan suami mungkin nadia tak dapat melahirkan baby secara normal.syukur sangat pada Allah kerana nadia dapat juga melahirkan baby secara normal walaupun baby agak besar juga.memang adanya luka episiotomi juga tapi takpa asalkan baby dapat juga dilahirkan dengan selamat.

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..syukur padamu ya Allah.


terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi baca coretanku pengalaman kena induce.first time merasa kena induce..alhamdulillah masuk 1 ubat ja.doktor ada bagitau kalau 1 ubat tu masih lagi sama bukaan 2 cm saja mungkin kena tambah masuk ubat lagi keesokan harinya..berdasarkan pengalaman orang yang kena induce paling banyak ubat yang depa masukkan 3  ubat sahaja.1 hari 1 ubat.bergantung kepada cepat atau lambat bukaan seseorang tu.

begitulah pengalaman nadia yang pertama kali merasa induce..sangat 'syahdu' (sakit yang tak terkata) ye induce ni..huhuhuhu...terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca ye..


Muhammad Hakeem anak ke 2 mama ayah

selepas cukur rambut Muhammad Hakeem tido lena

6 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah segala selamat...

    ReplyDelete
  2. First baby liez induce mmg sakit lebih dr sakit contraction.. tp sakit mcm mn pun still nak mengandung lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu..sakit camna pun rasa nak tambah anak lg man..1 nikmat Mengandung Dan melahirkan anak ni

      Delete
  3. tahniah nadia atas kelahiran putera ke2.
    aida ni x dpt nak share pengalaman induce.
    sebab alhamdulillah ketiga-tiga nyer normal.
    takde induce or anything.
    kesakitan yg amat tapi hasilnya manis kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aida..bestnya aida tak pernah kena induce..kena induce aduhai mmg sakit yang amat tapi hasilnya manis.alhamdulillah

      Delete

Powered by Blogger.