BERIADAH DI TAMAN JUBLI EMAS, ALOR SETAR

baru-baru ni nadia dan adik beradik yang lain telah pergi beriadah di Taman Jubli Emas.nadia bersama kaklong,adikku Yana,Zati,Faiz,anakku Arsyad,Hakeem dan anak menakanku Afiq pergi jalan-jalan hirup udara segar di taman tersebut.taman ni terletak di Jalan Suka Menanti kat Alor Setar.masa ni nadia balik bercuti di rumah mak abah di Alor Setar.jadi sajalah jalan-jalan makan angin di sini.ambik angin petang.

taman ni merupakan tempat untuk beriadah seperti berjalan sekeliling tasik, berjoging, bermain di taman permainan,berpusing mengelilingi tasik menaiki basikal elektrik, menaiki kereta kuda dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan.kat taman ni juga ada orang menjual makanan/minuman,air sabun,layang-layang dan sewaan kereta mainan elektrik.kalau nak tahu ada juga yang ambil peluang meniaga pakaian seperti tudung,baju kanak2 dan sebagainya.

kat sini juga adanya tasik yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang jinak.ramai orang berkesempatan bagi makan ikan.kami juga tidak terkecuali turut sama bagi makan ikan juga.anakku Arsyad dan sepupunya Afiq sangat seronok bagi makan ikan bila mereka dapat tengok sendiri ikan muncul ke permukaan air untuk makan makanan yang diberi.bila tengok anak-anak gembira bermain kejar-mengejar teringat pula zaman nadia kecik dulu.seronok kan ligan(kejar) orang ni.

kami menghabiskan masa selama sejam juga beriadah di Taman Jubli Emas tu.ya lah kami sampai pun dah nak dekat pukul 6 petang.jadi tak sempatlah nak dok lama-lama lagi sebab dah nak dekat waktu maghrib.lagipun ada bayi kecil ni anakku Hakeem.Hakeem pun tak meragam/menangis pun dan mungkin dia seronok juga tengok keindahan alam semulajadi.

kawan-kawan yang berada di sekitar Alor Setar bolehlah bawa famili korang beriadah ambik angin di Taman Jubli Emas ni.parkir pun takdak bayaran.free of charge tau.selalunya kalau musim cuti sekolah memang meriah ka dengan kehadiran ramai pengunjung ke sini.di sini dapatlah kita menenangkan fikiran kita yang berserabut daripada kesibukan kerja.kita dapat juga cuci mata tengok keindahan alam semulajadi ciptaan Allah dan tasik buatan ciptaan manusia.subhanallah ..sangat mengasyikkan dan tenangnya.

gerai jualan di Taman Jubli Emas



beriadah bersama familiku



laluan untuk orang berjalan dan berjoging






c
ada khidmat menunggang kuda






ada tasik di sini



Muhammad Arsyad bersama adikku

Nadia bersama anak keduaku,Muhammad Hakeem






kaklong bersama Muhammad Hakeem



bersantai di tepi tasik


pemandangan di Taman Jubli Emas


gerai jualan layang-layang.cantikkan?

No comments:

Powered by Blogger.