KEDAI GUNTING RAMBUT MUSLIMAH DI KULIM IAITU SALON JARI JEMARI TINIE

orang perempuan iaitu kaum muslimah semestinya lebih selesa pi gunting rambut dengan orang perempuan muslimah juga.lagipun  rambut adalah aurat dilihat oleh orang perempuan bukan Islam.

baru-baru ni nadia baru pertama kali pi gunting rambut kat Salon Jari Jemari Tinie  kat Taman Kemuning.salon ni diusahakan oleh seorang usahawan wanita yang juga buka Spa Jari Jemari Tinie.salon ni juga terletak bersebelahan dengan spa.pengusaha spa dan salon ni bernama Zuria Tinie Md Sazari (nama komersialnya di Facebook).nadia ada juga ceritakan pasal Spa Jari Jemari Tinie dalam entri yang lepas.

masa nadia pi salon ni nadia tak berkesempatan jumpa dengan pengusaha Spa Jari Jemari Tinie.pekerja salon yang dikenali sebagai Ummi yang gunting rambut nadia.Kak Tinie ni juga ada buka spa ke 2  di Bertam,Pulau Pinang.alhamdulillah bisnes kak Tinie berkembang, sampai dah buka cawangan kat tempat lain.

harga bayaran gunting rambut adalah dalam lingkungan rm8 hingga rm15.bergantung kepada panjang dan ketebalan rambut juga.

Salon Jari Jemari Tinie juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah :

šŸ’Ÿgunting rambut
šŸ’Ÿcuci rambut
šŸ’Ÿrawatan rambut
šŸ’Ÿwarnakan rambut
šŸ’Ÿluruskan rambut


perkhidmatan yang disediakan di Salon Jari Jemari Tinie

masa tu Nadia ada masa yang singkat ja jadi nadia hanya pi gunting rambut saja.bila2 nak juga pi cuci atau buat rawatan rambut ka.syoknya bila orang main kepala/rambut kita kan.lagipun salon ni bersebelahan dengan spa.jadi kalau ada masa terluang bolehlah buat facial, urutan ka kat Spa JarI Jemari Tinie pula.

oklah rakan-rakan yang berada di sekitar Kulim dan kawasan berhampiran marilah berkunjung ke Salon Jari Jemari Tinie yang terletak seperti di alamat di bawah :

Salon Jari Jemati Tinie
No. 598B Lorong Kemuning 1,
Taman Kemuning 1,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

Nombor untuk dihubungi sekiranya mahu booking slot :
019-5706475 (Pn.Tini)
017-4996014 (office)

Salon Jari Jemari Tinie


Nadia bersama salah seorang pekerja salon yang dikenali sebagai Ummi

No comments:

Powered by Blogger.