SELAMAT HARI IBU MAK



masih belum terlambat nadia nak mengucapkan selamat hari ibu kepada semua golongan wanita yang telah bergelar ibu di seluruh dunia.ibu adalah wanita yang bersusah payah mengandungkan,melahirkan dan membesarkan kita sehinggalah menjadi dewasa.

ada yang memanggil ibu mereka dengan gelaran mama,umi,bonda,mak dan sebagainya,apa pun gelaran kepada seorang ibu yang pastinya merekalah orang yang sentiasa bersama-sama kita di masa susah dan senang.seorang ibu sentiasa memberi sokongan kepada setiap anak mereka.ibu mana yang akan membiarkan anaknya menderita.dia akan sentiasa berusaha membantu anaknya walaupun dirinya terpaksa melakukan pengorbanan.

bila nadia dah bergelar ibu pada 19 Januari 2015 nadia berasa sangat bersyukur kerana berjaya mengharungi pengalaman mengandungkan anak 10 bulan 6 hari ,kandungan overdue.alhamdulillah detik semasa melahirkan anak pertama memang tidak dapat dilupakan .masih segar dalam ingatanku lagi.sekarang dah bertambah anak lagi dan dah menjadi ibu anak dua.anak sulung bernama Muhammad Arsyad dan anak kedua bernama Muhammad Hakeem.bila dah bergelar seorang ibu barulah nadia faham bagaimana perasaan mak nadia dulu.

anak nadia yang sulung Muhammad Arsyad sekarang ni dah berumur 3 tahun , sudah petah bercakap.dia memanggil nadia dengan gelaran mama.dulu nadia nak anak panggil nadia dengan gelaran ibu tetapi Arsyad dah biasa dengar panggilan mama(semasa di taska) jadi dia sukar untuk melafazkan panggilan ibu. takpalah tak kisah pun asalkan anak nadia hormat dan tahu nadia merupakan ibu kandungnya.


oklah nadia ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak dan mak mertua nadia..merekalah menjadi tulang belakang nadia selepas suami nadia.tak lupa juga nadia ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang telah bergelar ibu dan bakal ibu sekalian.

kiri : mak nadia mengendong anak kedua nadia
kanan : mak mertuaku



nadia bersama anak-anakku

No comments:

Powered by Blogger.