ASSIST FOOD MACHINE @ PUTING MAKANAN

ASSIST FOOD MACHINE @ PUTING MAKANAN

kawan-kawan pernah tengok dan tau tak apa bendanya ni?benda ni untuk bayi yang baru nak merasa makanan.puting makanan ni mempunyai lubang-lubang sederhana besar di sekelilingnya.gambar di atas nampak puting tu kuning kan? sebenarnya nadia dah masukkan potongan pisang ke dalam puting tersebut.

bagaimana cara bayi nak guna? 
mudah saja.bayi hanya perlu menghisap puting dan dia akan merasa sedikit makanan yang keluar daripada lubang-lubang puting tersebut.

makanan apa yang boleh guna?
buah buahan yang mudah dihadam seperti pisang,epal yang telah dilenyek,betik,ubi kentang dan keledek yang telah direbus

kelebihan menggunakan assist food machine
anak dapat menikmati makanan tertentu dengan sendiri tanpa mudah tercekik kerana makanan hanya keluar melalui lubang-lubang puting sahaja.

dimana untuk dapatkan alat ini?
boleh dapatkan di kedai bayi berdekatan anda

gambar di bawah menunjukkan anak nadia khusyuk menikmati pisang yang diletakkan ke dalam puting makanan tersebut.mudah kan zaman sekarang ni macam2 benda yang dicipta oleh manusia bertamadun untuk kemudahan orang ramai.

khusyuk Hakeem menikmati pisang yang diletakkan dalam food assist machine

muka berkerut..reaksi makan pisang


2 comments:

  1. Hihihi tak pernah cuba bg anak pakai puting ni walaupun beli.. tp bagus utk permulaan nak intro buah pada anak kecil

    ReplyDelete

Powered by Blogger.