2 HEROKU SEMASA PULANG DARI TASKA DAN TADIKA

anak-anak nadia semasa pulang dari Taska & Tadika

inilah wajah 2 orang anak lelakiku nadia semasa pulang dari taska dan tadika.masa jemput mereka dari tempat masing-masing ,nadia rasa seronok bila si abang Arsyad akan bercerita mengenai apa aktiviti yang dibuat di tadikanya.

hari tu masa lawatannya ke Taman Burung Kulim , masa balik dan masuk dah dalam kereta abang Arsyad bersemangat bercerita mengenai haiwan2 yang ada di Taman Burung tu.nadia rasa gembira dengan perkembangan postif Arsyad sejak dia mula bersekolah tadika sejak awal tahun ni.walaupun umur baru 4 tahun, tetapi anakku Arsyad petah bercakap dan cikgu tadikanya cakap nampak dia matang macam budak umur 6 tahun.

adik Hakeem pula bolehlah bercakap sikit-sikit tetapi taklah banyak perkataan lagi.apa yang dia cakap nadia masih boleh faham lagi walaupun ada yang pelat.biasalah baru nak masuk umur 2 tahun tahun 2020.moga adik Hakeem akan dapat bercakap lebih banyak perkataan lagi nanti.

mama harap anak-anak mama akan berusaha menjadi anak yang baik dan mendengar nasihat mama dan ayah.sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

3 comments:

  1. Saya benar-benar akan berterima kasih kepada Allah kerana kebaikan yang anda lakukan dengan membantu saya dan hari ini saya mendapat pinjaman sebanyak RM120,000.00 untuk menyelesaikan masalah saya.
    Saya terima telefon saya pada pagi ini amaran dari bank saya CIMB yang mengesahkan bahawa saya memperoleh pinjaman dalam akaun saya dengan jayanya.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita Puan Deborah kerana saya berpegang kepada kepercayaan saya dan dengan rahmat Allah, saya telah berjaya mendapatkan pinjaman saya.
    Terima kasih banyak - banyak.
    Saya juga akan memaklumkan kepada kawan-kawan dan orang tersayang yang memerlukan pinjaman. Terima kasih banyak Deborah, saya berdoa agar Allah menyertai kamu.
    Hubungi Ibu Deborah melalui
    e-mel: avantloanson@gmail.com
    WhatsApp: +6281334785906

    ReplyDelete

Powered by Blogger.