FIRST TIME DAPAT DOK BILIK SINGLE ROOM DI WAD BERSALIN,HSB SEMASA MUSIM PKPP


single room di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah





single room di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah



Rezeki nadia masa masuk wad untuk bersalin baru-baru ni nadia ditempatkan di bilik single room di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah.kebetulan ada kosong.untuk pengetahuan semua,nadia selamat bersalin bayi lelaki pada pukul 8.35 malam tanggal 8.7.2020...dok ingatkan bayi nak keluar masa tarikh cantik 7.7.2020..tetapi takpalah terlebih sehari pula..alhamdulillah lega dah selamat bersalin bayi lelaki seberat 3.76kg secara normal.insyaallah ada masa nanti nadia cerita pula mengenai pengalaman bersalin anak ke 3 nanti dalam entri lain.

Masa sakit contraction nadia rasa tenang sahaja bila berada sorang-sorang dalam bilik tu.lagipun tak perlu kongsi bilik air dengan pesakit lain.rasa sangat selesa..ada ruang juga untuk solat memandangkan biliknya agak luas juga.

Bila berada dalam bilik single room dapat memberi ruang privasi kepada kita.kita rasa bebas melakukan apa-apa tanpa ada orang yang melihatnya.cumanya memandangkan musim Covid19 pelawat tidak dibenarkan masuk melawat kami yg berada dalam wad.lagipun masih dalam fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)

Jika suami nak menghantar barang makanan ka apa, cuma boleh minta tolong pengawal keselamatan untuk menghantar kepada pesakit.memang agak bosan juga sebab kita seorang diri sahaja dalam wad dan takdak orang datang melawat..rasa sunyi juga.bila dah selesai bersalin barulah nadia bertukar katil lain berdekatan dengan kaunter wad dan tidak duduk dalam single room dah.

nadia sudah ada pengalaman menguruskan 2 orang anak sebelum ni, jadinya taklah kekok sangat kerana tidak ada bantuan daripada ahli keluarga kita bila telah selamat bersalin memandangkan pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam wad.tetapi ,staff nurse dan doktor yang ada dalam wad 2D tu baik dan mesra .mereka sentiasa menghulurkan bantuan jika kita memerlukan bantuan seseorang.lagipun. mereka sentiasa membantu menguruskan bayi jika depa lihat si ibu masih tidak bertenaga menguruskan bayi selepas penat bersalin.

nadia bersyukur telah selamat bersalin dan sangat berterima kasih kepada warga kerja wad Kenanga  2D dan kakitangan dewan bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah di atas kesungguhan mereka menguruskan nadia dan pesakit lain semasa kami berada di sana.memandangkan nadia pun seorang juru x-ray hospital kerajaan , nadia juga turut rasa bangga dengan staff hospital kerajaan  yang sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.





6 comments:

  1. Selamat berpantang nadia... Tahniah... Syoknya ada baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wawa...alhamdulillah diberi kesempatan dapat bersalin lg

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Semoga ibu dan baby terus sihat

    ReplyDelete
  3. Tahniah nadia.. Akak dua2 kali bersalin kat bahiyah dpt bilik single ni... Sunyiiii takut pun ada... Biasa time tu nanti kakak mai teman sebab dia selalu tdoq kt bilik on call dia.. Tpi bila terjaga tgh mlm tgk dia dah blah balik bilik on call.. Rasa sunyi🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih kak Alia..oo nadia baru first time merasa dok bilik single..rasa ciwi la skit.hehehe.takut pun ada gak bila dok sorg..tp rasa sangat selesa

      Delete

Powered by Blogger.