RECHARGE TENAGA DENGAN BERSOLAT



solat itu tiang agama..solat merupakan rukun islam yang ke 2.solat merupakan sembahyang atau melakukan ibadat menyembah Allah merujuk kepada agama Islam.

setiap hari umat Islam wajib menunaikan solat 5.kali sehari..solat ada dua jenis iaitu solat fardhu atau solat sunat..solat fardhu adalah solat yang wajib dilakukan setiap hari.dengan bersolat dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita setelah seharian sibuk melakukan kerja.tenaga yang makin berkurangan menjadi semakin cergas setelah melakukan solat..sebelum solat kita perlu mengambil air sembahyang atau air wudhuk dahulu...bila dah kena air pada anggota badan dengan sekaligus badan kita akan menjadi segar semula.

bila dah segar selepas solat tu lah dipanggil recharge energy(tenaga)..kita dapat menjadi cergas dan cerdas semula untuk meneruskan kerja harian.anda perasan tak?nadia pun perasan selepas solat rasa segar semula walaupun sebelum tu rasa mengantuk dan kurang bertenaga.

ilmu mengenai solat

Rukun Solat

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]

Note:tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

No comments:

Powered by Blogger.