SEKADAR GURAUAN SAHAJA NAA...



gambar ni sekadar hiasan sahaja..gurauan sahaja..sebenarnya kami sebagai seorang juru x-ray akan buat x-ray yang telah di order oleh doktor dari jabatan kecemasan,cumanya kami akan bertanya balik dan call semula doktor yang order x-ray yg minta x-ray yg bukan-bukan yang tidak melibatkan tempat yang sakit.hat tu yang kami argue kenapa perlu buat x-ray pada tempat anggota badan yang langsung tak rasa sakit.

sebagai seorang pegawai perubatan@ doktor perlu faham dan prihatin juga jumlah radiasi yg akan pesakit dapat apabila perlu di x-ray.jadinya perlu beringat janganlah order perkara yg bukan-bukan..apa yg perlu nak tengok takpala..ni kan pesakit mengadu sakit kat jari  kaki sahaja tetapi doktor order suruh kami buat x-ray sampai naik ke paha...ishhk ..ishk..tak patut aih..x-ray tempat yg perlu sahaja.

sebagai seorang juru x-ray yg tak suka engkar dan menghormati arahan doktor, kami akan cuba bagitau dan hubungi doktor dahulu jika kami rasa perlu bincang dulu apa yg penting perlu di x-ray dahulu.sebenarnya kerjasama antara juru x-ray dan doktor sangatlah penting dalam melancarkan sesuatu kerja..kena saling menghormati dan mengetahui skop kerja  masing-masing.

No comments:

Powered by Blogger.