SALAM RAMADHAN 1444H


🌹Salam 20 Ramadhan 1444H🌹

umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi.hanya berbaki lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk terus menunaikan ibadah puasa.
jom kita sentiasa bersemangat beribadah ,upgrade diri dan sentiasa istiqamah bersolat terawih pada bulan yang mulia ni.jom sentiasa kita membiasakan diri bangun solat sunat tahajud setiap kali waktu sahur dan memanjatkan doa.waktu sahur adalah salah satu waktu mustajab untuk kita berdoa.


😯hujan mengiringi kami di sini pada awal pagi ni menemani bersahur sekali🥱😋😉

ALLHAMDULILLAH ❣️
SUBHANALLAH❣️
ALLAHUAKBAR ❣️

Semoga dipermudahkan urusan kita semua umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa iaitu antara salah satu Rukun Islam 🌟

☢️Sis bekerja sebagai juru x-ray di hospital kerajaan.kami bekerja ada partial shift, maksudnya jadual kerja adakalanya kami juru x-ray di Jabatan Radiologi bekerja pelbagai waktu:

💀waktu office hour
💀bekerja shift pagi,malam,petang 
💀standby onkoll 24jam
alah bisa,tegal biasa.🤗😉
ayuh!!!semangat 💥semangat💥

bila bulan puasa,kami staff Hospital Kulim yang bekerja office hour sama ada kerja di pejabat pentadbiran,klinik pakar,jabatan farmasi,jabatan radiologi dan juga makmal berpeluang merasa balik kerja awal setengah jam daripda waktu kerja pada hari biasa.rupanya balik awal setengah jam tu bergantung pada pengurusan hospital tersebut atas kelulusan pengarah hospital.allhamdulillah pengarah hospital kami beri keizinan kami balik awal untuk membuat persiapan untuk berbuka puasa bersama famili.syukur..tetapi,bagi staff yang bekerja di jabatan kecemasan dan wad mereka perlu ikut jadual kerja shift seperti biasa la.

#radiographerlife☢️ #kejakujuruxray #kamisediamembantu #hospitallife #KKM #malaysianfrontliner #puasa #ramadhan1444H #puasa2023#lifemummyof3sons #salamramadhan #salamsahur




No comments:

Powered by Blogger.