TIPS GALAKKAN ANAK BERPUASA





Mama ampa memang pulun & excited pula nak bagi semangat anak-anak supaya belajar berpuasa penuh hinggakan terhasilnya pamphlet untuk lekatkan stickers jika berpuasa penuh setiap hari 🥳🥳

Anak sulung Nadia dah berumur 8 tahun, jadi memang Nadia cuba bagi galakan supaya belajar berpuasa penuh .tahun lepas tak berjaya pun puasa penuh..biasa la kan,abg Arsyad ni suka makan, jadi ada ja la alasan nak buka puasa awai🤭tapi takpala pelan2 la belajar berpuasa..tengok tahun ni nampak abg Arsyad dah bersemangat skit berpuasa..moga anak mama istiqamah na🫶

Si adik yg no 2 ni ,Hakeem dah masuk 5 tahun & belajar di prasekolah di sekolah sama dgn si abg Arsyad jg..cikgu kelas prasekolah memang galakkan pelajar berpuasa .tetapi entahlah si Hakeem ni dapat berpuasa ka tak sampai abis kelas pkl 12 tgh hari.selalunya kat rumah pkl 10pagi minta nak makan dah🤭bila bgtau Hakeem puasa kan,mana boleh makan & minum ..dia boleh cakap alaa makan skit ja mama...adooi haru aih,Hakeem tak brapa nak faham lg erti sebenarnya puasa..

Almaklumlah kan negeri Kedah baru2 ni dapat cuti 3 hari..kami dapat cuti public holiday (PH) utk menyambut 1 Ramadhan..jadinya bersambung la sampai cuti weekend Jumaat & Sabtu .. hari ni baru pelajar2 sekolah di Kedah mula bersekolah & start berpuasa di sekolah.moga pelajar2 sekalian sabar & tetap bersemangat belajar walaupun berpuasa.. insyaallah belajar kan merupakan 1 jihad juga kan menuntut ilmu untuk bekalan di dunia & akhirat😉🌹🌹👌
#lifemummyof3sons #salamramadhan2023 #1444H #day4 #puasa #tipsparenting #justmy2cents #mamaterlebihrajin #puasarukunislam

No comments:

Powered by Blogger.