AJAL MAUT RAHSIA ALLAH





buku keluaran Dubook Press Sdn Bhd berjudul
 Diagnosis : Mortuari


buku ni mengisahkan kisah dan pengalaman sebenar 3 orang doktor yang berdepan dengan pesakit yang di ambang kematian dan ada yang nampak sihat elok akhirnya meninggal dunia juga..
ya..tiap tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Sesungguhnya, tiada upaya kita untuk menidakkan takdir Allah. Ajal maut adalah rahsia Allah. Apabila sampai masanya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa boleh ditunda atau dipercepatkan. 

Sakit bukan bermakna ajal dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan ajal. Dek itulah, kita disuruh untuk sentiasa beramal agar ia boleh dijadikan bekalan di hari perhitungan kelak. Penentu syurga atau neraka yang layak didiami. Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali-Imran 3: ayat 185)  

Hidup ini hanyalah persinggahan. Akhirat itu kekal abadi. Namun, cuba perhatikan gaya hidup yang ramai di antara kita jalani ketika ini. Adakah kita ‘menghambakan’ diri kepada akhirat yang kekal abadi atau kita lelah dengan urusan dunia yang sementara ini?

Celik sahaja mata, otak sudah ligat berfikir tentang urusan kerja yang tidak pernah habis. Bimbang dengan jumlah wang yang tidak pernah cukup. Segala nikmat hidup ingin dikecapi. Urusan dengan Allah sering terabai. Dalam 24 jam sehari, kurang dari sejam masa diperuntukkan untuk kehidupan di sana.

Apabila difikirkan, betapa bodohnya diri ini kerana tidak mampu menilai ganjaran yang menanti. Jika ingin membuat pelaburan, bijak pula membuat perbandingan itu dan ini. 

Jika keuntungan tidak pasti, itu pasti bukan pilihan hati. Sebaliknya pula dengan hal hidup dan mati. Biapun sudah jelas tentang kematian, masih tidak sedar diri. Mungkin inilah yang dikatakan hidup jika bertuhankan nafsu, kita sebenarnya memilih jalan menuju kehancuran.

Capai cermin, tanyalah pada diri sendiri, apakah anda salah seorang daripada manusia yang tunduk dan yakin bahawa Allah Ta'ala ialah Rabb, tuhan bagi seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi. Selepas itu cuba imbas kembali, apa kebaikan dan amalan yang telah anda lakukan pada hari ini?

Jika tiada yang terlintas di fikiran, masih belum terlambat untuk mengambil tindakan. Islam itu indah, Islam itu mudah. Setiap kebaikan pasti ada ganjarannya. Mempermudahkan urusan orang lain juga adalah kebaikan yang dijanjikan pahala. 

Jom sama-sama kita persiapkan diri untuk pulang ke negeri abadi. Moga kita semua sentiasa Istiqamah dalam mencari redha Allah. - Getaran, 13 November 2022

 #iluvreading👓 #bukubelisendiri #myminilibrary📚 #membacajambatanilmu






2 comments:

  1. bila nak masih 50 thn ni terus terfikir akan apa akhirnya hidup nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betoi tu...nadia lagi 4 tahun dah nak masuk 40 series..rasa satnya masa berlalu

      Delete

Powered by Blogger.