TIPS BAGI ANAK-ANAK SUKA MEMBACA BUKU





kredit daripada Facebook


Tips nak bagi anak-anak suka buku.

1. Expose anak-anak dengan buku-buku yang menarik.

Janganlah awal-awal kau dah tunjuk novel Ombak Rindu dekat dia. Mana maunya. Buku yang menarik tu maksudnya yang banyak warna terang-terang, gambar yang mood happy, buku-buku graphic yang tak heavy dengan wordings sangat. Sebab budak ni, kena bagi dia curious dulu. Baru dia rasa nak explore.

2. Bawak pergi Library.

Yang ni atas initiative parents lah. Dekat mana-mana library mesti akan ada section kanak-kanak. Buku-buku baby, flash cards pun ada. Bagi je diorang explore sendiri buku-buku situ. Kita just pantau jenis buku yang dia pilih jelah. Jangan bantai dia ambik Mastika, 1001 Malam,Mangga sudah. (Ada lagi ke = sekarang? Haha)

Sekali pergi dapat lepak situ sejam dua pun cukup dah. Tak dapat every week, pergi monthly pun okay dah. Just to let them know that, there is a place for them to explore buku-buku macamtu. Kadang tu bebudak ni bukan tak suka buku. Tapi dia tak didedahkan dengan jenis-jenis buku yang menarik dimata dia. Tu yang dia tak tunjuk minat pada buku tu.

3. Parents kena berlakon sikit depan anak-anak.

Budak-budak biasanya akan bercerita dengan parents bila dia dah baca something. So, bila dia cerita tu, kita kena buat facial expression yang macam kagum gila! Just fake it. Takpe. Budak-budak suka. Dia rasa bangga. Apa pun yang dia cerita, kita react as if tu lah first time kita dengar pasal benda tu. Nanti semangat dia akan naik untuk baca and cerita lagi kat kita. Then kita berlakon la lagi. Kejap je. Sampai anak kita ada anak sendiri sok, biar dia pulak sambung berlakon depan anak dia. 

4. Kurangkan Screen Time

Ni biasa dengar dah kan? Gadget-gadget tu kurangkan. For some parents, maybe it's hard sebab dah termula bagi gadget. But kita ni parents kan? Kita ada control over our kids. Kena firm dengan decision kita. Jangan dia pujuk sikit kita dah cair pulak. Tapi terpulangla bab ni. Abang tak campur cara masing-masing.

5. Jadikan budaya dalam family.

Anak-anak ni, they lead by example. Cara paling berkesan adalah bila dia tengok kita buat, dia akan mudah ikut. So, kita rajinkan membaca depan anak-anak. Nak lagi elok, ambik masa sekali dalam seminggu, sejam every session, duduk sekali sama-sama, semua gadget letak tepi, semua membaca. Parents and kids. Lagi power impact dia kalau dapat buat macamni.

6. Give them no choice.

Bila nak keluar ke apa ke, the only thing yang kita benarkan dia bawak adalah buku. Choose your books. Pilihla nak bawak buku mana pun, but hanya buku yang dibenarkan.

Bila tu je entertainment yang dia ada, dia akan baca. Mula-mula je rasa terpaksa. Lama-lama bila dah terbiasa, dia akan selesa sendiri. Dia sendiri yang mintak nak bawak buku bila keluar instead of benda lain. InsyaaAllah.

Tapi parents still kena main peranan la. Time anak-anak baca buku, minimumkan pegang phone sendiri. Kang dah tak jadi lead by exampl pulak.

.
.

 tips ni bukan nak bagitau yang anak-anak Nadia  bagus membaca everywhere ke apa.nak kongsi nikmatnya bila anak-anak suka buku ni. Nak tau nikmat dia macam mana? Cuba dulu these steps and you'll find out yourself.
 

JOM JADIKAN AMALAN MEMBACA SEBAGAI BUDAYA HIDUP KITA
MEMBACA JAMBATAN ILMU
JADIKAN BUKU SEBAGAI PENEMAN & PEMBIMBING HIDUP KITAđź’–


             Anak bongsuku, Harraz suka mewarna                 almaklumlah baru masuk 3 tahun



No comments:

Powered by Blogger.