TIPS KETENANGAN HATI.JOM SAMA-SAMA SAYANG DIRI KITA.

Tips Menenangkan hati sendiri.💝

1. Memilih teman untuk bercerita. Usah main terjah nak bagitahu apa saja. Usah main sembur apa pun yang kita rasa. Kena pilih orang yang benar-benar dipercaya. Jangan sampai akhirnya rahsia itu menjadi berita. Memilih untuk meluah rasa hanya pada orang yang betul tu adalah cara terbaik menjaga jiwa.

2. Unfriend, block, jauhkan diri. Dari orang yang terus melukakan hati. Sekali dua kita mampu bersangka baik lagi. Dah berulang-ulang kali takkan nak dibiar sampai memakan diri. 
Maafkan, lupakan dan jauhkan diri adalah langkah sebaik-baik terapi.

3. Jangan tengok cara orang yang bukan taraf kita. Dia mampu kita pun suka juga. Suka tu sebab tengok ada orang berjaya. Tapi dia tetap dia. Kita pula dah ada rezeki kita. Apa pun yang Tuhan bagi lihatlah cukup serba segala. Manusia yang kaya tu adalah manusia yang besar rasa syukurnya. Rasa syukur itu pula adalah sebesar-besar rasa bahagia.

4. Kalau bukan kita punya biarlah. Yang penting lepas usaha kita tawakal dan doa tak sudah. Rezeki ni kalau nak jadi kita punya kadang tak perlu pun kita nak susah-susah. Tapi kalau memang bukan hak kita kadang dah masuk mulut pun boleh tergolek jatuh ke tanah. Melepaskan itu adalah setinggi-tinggi tanda tawakal pada Allah.

5. Hargai orang-orang diseliling kita. Cari kebaikan padanya sampai kita jumpa. Yang baik dia itu kita raikan sehabis bahagia. Benda tak suka kita tutup mata dan panjatkan doa. Selagi tak melibatkan agama sabar-sabarlah jiwa raga. Mencari kebaikan itu adalah tanda sebesar-besar redha.

6. Raikan setiap saat yang ada dengan orang yang kita cinta. Setiap waktu itu adalah rezeki yang bukan boleh diulang masa. Sungguh kadang kita tidak menghargai bila ada di depan mata. Hanya kemudian nanti menahan sakit saat rindu pada yang tiada. Meraikan cinta itu adalah sebesar tanggungjawab pada amanah yang Esa. 

7. Jaga lisan dari melukakan. Sedaya habis fikir dulu sebelum dikeluarkan. Siasat dan sabar sebelum diluahkan segala perkataan. Hati yang luka boleh memaafkan tapi kadang sulit melupakan. Bila sudah begitu kadang tercalar habis seakrab hubungan. Menjaga lisan itu adalah tanda sebaik-baik insan.

8. Jaga waktu lapang yang diberi. Isi dengan perkara yang baik dunia ukhrawi. Orang yang menjaga masa sentiasa rasa lapang buat semua aktiviti. Cukup 24 jam dirasakan dari pagi bertemu pagi. Orang yang menjaga masa adalah orang yang takkan rugi.

 9. Pilih kawan yang mengingatkan pada 3 perkara ni.
 Buat baik, tinggal yang buruk dan ingat mati. Teman baik yang ada saat susah sangat sulit untuk dicari. Doakan dia dalam tadahan doa saat solat di dinihari. Mendoakan orang lain adalah sebaik-baik latihan menjernihkan hati.

10. Mudahkan urusan orang-orang disisi kita. Carilah jalan untuk tolong seikhlas rasa. Biarpun bantuan bukanlah besar tidaklah sehebat mana. Walau hanya mampu sekadar mengalih batu di jalanraya. Sebab tidak kita tahu amal mana yang diambil kira. Memudahkan urusan orang adalah sebaik jalan merendahkan jiwa.


C/P
luahan rasa dari seorang wanita yang pernah mengalami zaman kegelapan juga...


Kita rasa kita,
ani Yaakop 
#kaknis
Siti Sury





No comments:

Powered by Blogger.