MAKAN NASI ARAB DI RESTORAN PUJI ARABIAN DELIGHTS

kawan-kawan pernah makan nasi arab?sedap kan nasi arab bila dimakan.nadia dan keluarga telah pergi makan di Restoran Puji Arabian Delights di Alor Setar.

ni adalah kali kedua nadia pergi makan kat restoran ni.masa kali pertama datang ke restoran ni nadia tengah sarat  mengandungkan anak kedua, tak larat plak nak cerita dalam blog.kali ni ada kesempatan nadia cerita dalam blog ye.tapi tak banyak gambar yang sempat nadia ambil sebab sibuk uruskan anak-anak.maaf ye.gambar menu pun tak sempat nadia snap.huhuhuhu.

masa kami sampai kat restoran ni dah agak lewat, dah nak dekat pukul 9.30 malam.kami nak order nasi mandy kambing tapi lauk kambing dah habis.jadi kami hanya order nasi mandy ayam.lagipun diaorang dah nak tutup restoran.awal kan depa dah nak tutup.laku ooo makanan kat sini.sampai cepat habis la.

antara yang nadia ingat harga makanan kat Restoran Puji Arabian Delights adalah nasi mandy ayam berharga rm12 sepinggan dan nasi mandy kambing berharga rm15 sepinggan.kalau makan dalam talam untuk 4 orang pula berharga rm60 untuk nasi mandy ayam.lebih kurang sama harga la  kalau makan nasi dalam talam atau pinggan kan.biasalah makanan Arab memang macam tu harganya, agak mahal.

masa kami sampai orang sangatlah ramai sampaikan jenuh juga cari tempat duduk.almaklumlah makanan kat sini sedap-sedap belaka.Restoran Puji Arabian Delights ni terletak di Jalan Langgar, Alor Setar.restoran ni terletak berhadapan dengan Masjid Al Bukhari dan berdekatan dengan Sekolah Sultanah Asma.
alamatnya ialah : 

Restoran PUJI Arabian Delights,
No.15, tingkat bawah,
Komples Perniagaan Jelatek.
KM3 jalan langgar, 
Alor Setar, Kedah

untuk tempahan sila hubungi 📞 013-4747672


Restoran PUJI Arabian Delights


familiku tengah menjamu selera



nasi mandy ayam





Muhammad Arsyad bersama Tok Hasmah dan Tok Wan Aziz





adik-adikku.sementara menunggu makanan sampai







makanan belum sampai.selfie dulu..heheheh




nadia bersama arsyad.



bergambar kenangan di hadapan Restoran PUJI Arabian Delights, Alor Setar

5 comments:

Powered by Blogger.