RESEPI POTATO SMILE

Resepi Potato Smile

Bahan-bahan

6 Biji ubi kentang
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar serbuk roti
1 biji telur (terpulang nak letak atau tak mau letak)
1 ketul kiub pati ayam
garam

Cara membuatnya

1) rebus ubi kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk
2) selepas empuk, lenyek kentang sehingga sebati
3) campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk roti pada kentang yang telah dilenyek.
4)pecahkan telur sekiranya mahu letak.terpulanglah kepada masing2.
5)uli sehingga menjadi doh
6)jika adunan lembik tambah sedikit tepung jagung
7) canaikan adunan dan jangan terlalu tebal dan tekap menjadi bentuk bulat
8) buat bentuk mata dengan straw dan mulut dengan hujung sudu
9) gorengkan dalam minyak yang sederhana panas
10) setelah siap digoreng, bolehlah dihidang dan dimakan cicah bersama sos.
11) selamat mencuba ye! 




potato smile



2 comments:

Powered by Blogger.