TAHUN KE 6 BERGELAR JURU X-RAY




tanggal 3 April yang lalu genaplah 6 tahun nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan..pejam celik pejam celik sat ja dah lebih 5 tahun nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray.

banyak pengalaman pahit manis bila bekerja sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan.ada pesakit yang baik hati, menghargai pengorbanan kami, hormat dan tidak kurang juga ada pesakit yang biadap, bercakap kasar, suka meninggikan suara tanda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami.tapi semuanya nadia hadapi dengan redha dan sentiasa berusaha memantapkan lagi tugasan kerja nadia.

biasalah kerja memang banyak cabaran dan dugaaannya.kena banyak bersabar dan tabah menhadapinya.kerja mana yang mudah kan, semuanya memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.oklah nadia harap nadia akan sentiasa berusaha  menjadi seorang juru x-ray yang berkaliber dan komited dengan tugas yang diberi.

oklah, sekian dahulu coretan nadia.




No comments:

Powered by Blogger.