FIRST TIME KEJA MALAM TAHUN 2018

nadia baru start keja awal bulan 4 baru-baru ni setelah sekian lama cuti bersalin 3 bulan.selasa baru-baru ni nadia kena kerja malam ganti kawan sebabnya dia terpaksa bercuti menjaga anaknya yang sakit.

memandangkan kali pertama bekerja malam bagi tahun ni memang mulanya rasa kekok dan agak gementar.tapi alhamdulillah dapat pula partner keja malam yang baik.jadi urusan kerja menjadi mudah dan lancar.alhamdulillah syukur.

kerja sebagai juru x-ray memang kami ada juga keja shift tapi shift kerja kami berlainan skit daripada kerja shift nurse.selepas masuk keja malam esoknya kami masuk petang semula.kalau kami tak kena keja malam atau onkoll kami hanya bekerja ofis hour saja.dulu memang rasa kekok masa mula-mula kerja bila bekerja di malam hari lama2 tu dah biasa la.alah bisa tegal biasa .

oklah.nadia berharap nanti nadia akan bekerja dengan penuh dedikasi dan sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu kerja.slogan Kementerian Kesihatan Malaysia, kami sedia membantu nadia kena sematkan di dalam diri kami sebagai kakitangan kerajaan yang berkerja di hospital.insyaallah...





No comments:

Powered by Blogger.