NAMPAK MUDAH DAN SENANG KERJAYA JURU X-RAY TETAPI HAKIKATNYA.......



nampak mudah dan senang kerja menjadi juru x-ray kan..cuma ambik dan tangkap gambar anggota badan manusia..tetapi hakikatnya kami sebagai juru x-ray yang bertauliah perlu belajar anatomi dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gambar imej yang dihasilkan dengan kaitan penyakit yang dihadapi..kami tak perlu mendiagnosis dengan jelas, itu semua kerja dan tugasan doktor yang berpengalaman tetapi kami kena tahu juga sedikit sebanyak apa gambar imej yang telah kami x-ray.

takkan la tau ambik gambar x-ray pesakit hinggakan tak belajar langsung mengenai ilmu menganalisa imej yang dihasilkan.ingat lagi masa student dulu nadia ada belajar subjek Critic Image..subjek ni lah yang membuatkan nadia berdebar-debar sebab kena belajar menganalisa dan meneliti gambar imej x-ray..bukan senang ooo sebab kena tau banyak benda seperti anatomi sebenar anggota badan manusia, jenis penyakit, dan sebagainya..

sebenarnya seronok menjadi juru x-ray ni kerana :

😍banyak mengajar nadia erti kesabaran dalam menguruskan ragam pesakit 

😍dapat membantu tugas doktor dalam mendiagnosis sesuatu penyakit

😍mempelajari ilmu baru mengenai sesuatu penyakit

😍memberi keinsafan kepada diri melihat pesakit yang mengalami kekurangan anggota badan gigih juga datang 
x-ray untuk menerima rawatan doktor

😍memberi semangat baru bila setiap kali x-ray, pesakit akan mengucapkan terima kasih..rasa lebih dihargai.










2 comments:

  1. Mmg org akan kata best tp hanya yg bekerja tahu kesulitan sebelum nampak best tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnya org yang berada dalam bidang tu yang tau camna peritnya bekerja

      Delete

Powered by Blogger.