I AM BAWAL LOVERS

antara koleksi tudung bawal yang nadia beli

siapa peminat tudung bawal?

tudung bawal ni takkan lapuk ditelan zaman kerana patern tudung bawal yang sentiasa mengikut arus semasa.ada pelbagai jenis tudung bawal yang plain (kosong), bermanik dan bercorak.tudung bawal ni boleh dipakai sepanjang zaman sebab boleh digayakan dengan pelbagai jenis fesyen baju.

harga tudung bawal juga ada yang murah dan ada yang mahal..kena pandai pilih la yang mana satu pilihan anda semua.ada orang sanggup menghabiskan duit beribu ringgit untuk beli tudung bawal  yang ada manik-manik kristal..semuanya terpulang pada diri sendiri..alah membeli menang memakai..ukurlah baju di badan sendiri.

jangan mudah melabel orang yang suka membeli bawal yang mahal sebagai membazir duit..mungkin orang tersebut selesa memakai tudung bawal yang mahal.lagipun dia berkemampuan membeli tudung bawal yang mahal harganya.biarlah janji dia menggayakan tudung bawal tersebut mengikut syariat Islam.

dulu ada suatu ketika nadia malas nak pakai tudung bawal sebabnya kena selalu seterika tudung tu.tapi sekarang ni terbalik plak walaupun ada 2 orang anak lelaki yang perlu diuruskan nadia rajin pulak iron tudung bawal untuk dipakai ke mana-mana.mungkin sebab dah terjatuh cinta dan selesa pakai tudung bawal kot..

anda pula bagaimana? adakah bawal lovers juga?

5 comments:

  1. Dah tak pandai nak pakai tudung bawal.. Sekarang ini sarung je takpun pakai shawl itupun tak belilit.. jenis sarung juga..

    ReplyDelete
  2. Oo ye ka?Nadia jadi suka pakai Bawal plak skrg ni...

    ReplyDelete
  3. kita sama.
    bawal lover.
    raya nanti nak memborong lagi.
    aida akan memborong time nak raya.
    then, stop setahun :) hi hi hi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.