JALAN-JALAN ZOO TAIPING BERSAMA FAMILI TERCINTA

pada 5 oktober yang lalu, nadia, suami dan anak-anak telah jalan-jalan makan angin di Zoo Taiping.alhamdulillah masa kami sampai di sana cuaca masih cerah dan tak hujan .syukurlah boleh masuk tengok haiwan puas-puas.

tiket masuk berharga rm16 bagi dewasa dan bagi kanak-kanak pula berharga rm8.kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas  perlu bayaran masuk..Hakeem baru berumur 9 bulan.jadi tak perlu bayar la.

kat Zoo Taiping macam-macam haiwan kami dapat lihat seperti gajah,zirafah,harimau,buaya,rusa dan banyak haiwan lain lagi.Arsyad berasa teruja bila melihat macam-macam haiwan.lagipun ni merupakan pengalaman pertama dia berkunjung ke zoo.macam-macam soalan yang Arsyad tanya bila dia tengok gelagat haiwan.

jika kita malas nak berjalan jalan sendiri Zoo Taiping ada sediakan kereta api yang mengelilingi sekitar zoo.kami seronok lagi jalan-jalan tengok haiwan daripada naik trip kereta api sebab bila jalan-jalan rasa lagi puas tengok haiwan lama-lama.dapat tengok dengan lebih dekat lagi.

bila berkunjung ke zoo anak-anak pasti teruja melihat haiwan yang ada sebabnya selalu mereka tengok dalam televisyen dan buku sahaja.ni bila tengok live depan mata rasa lagi puas dan menyeronokkan bila melihat gelagat haiwan.ada tu Arsyad tergelak bila dia tengok beruang dok mengasah kuku sambil bunyi ketit..ketit..sungguh melucukan.

jalan-jalan melihat haiwan di zoo merupakan kenangan nadia bersama famili tersayang.my sweet quality time with my sweet family.









orang utan

suami dan anak sulungku

aku bersama anak bongsuku

Arsyad khusyuk tengok rusa
zebra dan zirafah



muka riang gembira Arsyad dapat tengok haiwan
 di Zoo Taiping



2 comments:

  1. Kami pon ada pi Zoo Taiping baru2 ni..bawa anak2 seronok mereka tgk binatang kat sana

    ReplyDelete

Powered by Blogger.