MY SMALL KITCHEN

dapur kecilku

inilah ruang untuk nadia memasak untuk suami dan anak2..kecil ja dapur nadia..cukuplah untuk memasak untuk keluarga kecilku.bersyukurlah dengan apa yang ada.kalau ikutkan hati nak dapur yang luas juga tetapi memandangkan ruang pun  terhad jadi gunakanlah ruang yang telah sudah disediakan.

nadia memasang penapis air Coway untuk kemudahan kami sekeluarga untuk ambil air panas atau sejuk.jadi tak perlulah nak masak/menjerang air untuk air panas..anak nadia yang bongsu tu masih minum susu lagi.jadi nadia perlu sentiasa ada bekalan air panas.alhamdulillah dengan adanya penapis air Coway ni mudah untuk nadia membancuh susu anak.

nampak tak wipe tissue tu kat dalam gambar tu?nadia guna untuk mengelap dapur apabila telah selesai memasak.mudah bila guna wipe tissue sebab kotoran yang berminyak akan hilang.lagipun wipe tissue kan sudah ada kelembapan tersendiri, jadi bila gunakan untuk mengelap tak perlulah letak air lagi.

sebelum tido nadia akan pastikan dapur tiada lagi pinggan mangkuk di dalam singki..lagipun nadia ada terbaca dan dan dengar ceramah agama kalau boleh pastikan sisa makanan/pinggan mangkuk tidak dibasuh tak berterabur di dapur kerana jin akan menjilat sisa makanan yang terdapat kat pinggan mangkuk tu.maksudnya di sini kita perlu memastikan kebersihan dapur kita dalam keadaan memuaskan sebelum masuk tido.kadang2 kalau rumah yang ada tikus/lipas berkemungkinan binatang2 tu akan berkeliaran kat dapur kita.jadi bersihkan dulu dapur ye...

utuk pengetahuan korang, tiles pada ruang dapur tu dan kabinet dapur nadia yang pilih..suami nadia bagi peluang kepada nadia untuk pilih jenis dan warna tiles kesukaan nadia.yelah nadia yang akan sentiasa masuk dapur untuk menyediakan juadah untuk keluarga , jadi suami nadia pun bagi can kat nadia untuk buat pilihan..terima kasih suamiku..

oklah korang punya dapur camna pula?

4 comments:

  1. dapur Sha biasa je.. Dapur rumah kuarters kerajaan kan.. Tak ada pa yang boleh nak diubahpun.. :) Comel je dapur nadia.. Yang penting, selesa nak masak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya takpa sha. Nanti bila sha dok rmh sendri bolehlah sha modify apa yg nak utk dapur..yg penting dapur utk kita selesa utk masak..insyaallah

      Delete
  2. comel. kemas.
    lagi 2-3 bulan baru nak fikirkan kabinet dapur, nadia.
    tgh kumpul duit dulu. da ada dah quotation nyer.
    dapur aida pun nanti kecik jer. aida suka dapur kekecik je.
    very personal je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO tq..moga impian aida utk ada dapur personal akan tercapai nanti ye

      Delete

Powered by Blogger.